Jangan Tolak Hadis

4 comments

Salam penghulu hari buat semua. Jumaat yang pernuh keberkatan dan rahmat. Jumaat yang mana ada suatu detik dan ketika, padanya yang tidak akan tertolak doa seorang muslim. Banyakkan selawat kepada baginda junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tentu, kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang kedekut dalam memperbanyakkan selawat ke atas baginda S.A.W.
 
Intro kemain nampak macam ustaz kan? Sudah lama blog ni tak ada sesi tazkirah pada hari Jumaat. Dulu ada sorang writer tu yang selalu update tazkirah. Kalau dia busy, aku yang akan cuba olah ayat sendiri untuk bagi tazkirah. Tak lain tak bukan, tazkirah ni lebih kepada nak peringatkan diri sendiri yang memang selalu lalai. Cumanya, alang - alang untuk diri sendiri, biarlah orang lain dapat merasakan tempiasnya walaupun sedikit. Ada la juga sahamnya nanti kan?
 
Tadi aku ada terbaca satu post dalam page facebook Dr. Mahathir yang mengulas mengenai penangkapan Kassim Ahmad. Jelas ada nada sesal dalam ayat yang dizahirkan. Aku petik point dia kat sini.
 
"...ternampak seolah - olah ingin supaya sunnah Nabi dijadikan lebih tinggi, lebih wajib dari firman Allah dalam Al-Quran."
 
Ayat Tun Mahathir seolah - olah ingin menafikan martabat hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Aku sebenarnya kesal kerana Tun seakan tidak faham dengan baik martabat hadis dan al-Quran. Ada bahagian Tun yang aku memang respect. Kepimpinannya dan cara management dia selaku mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak mengangkat Malaysia di persada dunia.
 
Umumnya, hadis dan sunnah Nabi s.a.w adalah pelengkap kepada Al-Quran. Al-Quran itu sendiri sudah lengkap yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi ianya berhajat kepada huraian dan penjelasan yang lebih panjang untuk memahamkan lagi orang awam. Tidak akan timbul masalah yang mana satu darjatnya lebih tinggi kerana  masing - masing saling memerlukan dan saling melengkapi satu sama lain. Al-Quran memerintahkan kita supaya mendirikan solat, mana mungkin kita dapat menentukan bilangan rakaat solat tanpa hadirnya hadis dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. betol akak setuju. akak sedih sgt tgk dunia sekarang. cuma mampu berdoa moga Allah tempatkan dalam kalangan orang beriman sampai ke akhirnya amin

    ReplyDelete
  2. erm tak reti nk cakap apa..zaman sekarang ni pendapat org2 kadang2 menakutkan
    termasuk la erma fatima tu

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua diberi kesedaran. Kdg2 tu ada ilmu tp masih x sedar. Dan.. Kdg2 ada yg mmg jahil dan bila diberitahu masih x mau terima ilmu sbb lbh cintakan dunia

    ReplyDelete
  4. hai HJ. ape cerita kau? haha

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia