Dunia Gajet

4 comments


Beberapa hari ni dunia teknologi kecoh dengan perkembangan terbaru, Apple dengan Iphone 5S dan 5C nya, dengan Blackberry Messenger (BBM) untuk OS Android dan  iOS, dan tidak ketinggalan juga Nokia yang baru – baru ini dibeli oleh syarikat gergasi Microsoft sibuk dengan pelancaran Lumia terbarunya. Semua ini adalah dunia gadget yang semakin menjadi kegilaan anak muda dan remaja masa kini. 

Tidak hairan kerana budak sebesar 2 tahun sudah pandai memegang tablet, sudah pandai dengan function touch screen, seolah ianya bukan benda baru untuk dibandingkan dengan kita yang baru mengenal handphone touch screen pada umur belasan tahun mahupun puluhan tahun. Dunia semakin maju, akhlak semakin mundur. Bila Islam lari daripada landasan, teknologi secanggih mana pun, akhlak tetap akan hancur. Agama itu memacu seorang insan untuk bergelar manusia yang bermoral.

Seperti apa yang dibicarakan oleh Sham Kamikaze dalam laman twitternya, manusia merasakan harga untuk sebuah iphone yang berharga sekitar 2 ribu adalah satu jumlah yang sikit. Sanggup menghabiskannya dalam sekelip mata walaupun duit itu memakan masa untuk menyimpannya. Demi sebuah gajet. Biar papa asalkan bergaya. Falsafah yang kelaut. Bila dibicarakan bab sedekah kepada faqir miskin pula, semua membuta tuli seakan RM 10 untuk disedekahkan itu adalah satu nilai yang cukup tinggi. Satu nilai yang boleh menggugat perbelanjaan bulanan kita. Ini adalah BULLSHIT. Haha.

Aku sokong apa pendirian Sham. Orang kita atau pun manusia sekarang semakin hilang timbang rasa. Benda gajet seperti itu dianggap murah dan menetapkan dalam hidupnya sebagai top priority. Biar bergaya dengan gajet, nanti ramai awek dekat kedai makan usha, nanti dapat bersaing dengan member – member yang lain, nanti dapat berbangga depan kekasih, dan nanti – nanti yang semua itu tidak akan habis. Kalau nak ikut perkembangan gajet, kena sedar kemampuan diri. Ukur dan nilai sendiri, kita berduit ke tak untuk follow semua benda tu. Usah bersusah – payah benda yang yang diluar kemampuan. Biar bersusah dahulu sebelum kita bersenang – senang.

**FA, kita tak mampu nak beli ipad :( hehe
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. bab gajet ni akak memang tak tahu...taknak ambil tahu. yang ada cukup untuk menelefon dan berSMS. yang budak2 kecil tu eloknya jangan dedahkan, banyak yang tak elok dari yang elok... tapi apa nak kata, orang sekarang T_T

    ReplyDelete
  2. gua nak beli juga note3! nak jadikan ia aset blog.. ^^

    papepun, harap arsenal teruskan kemenangnan malam ni.. OZIL!!!

    ReplyDelete
  3. kita pun tak mampu jugak..
    it's a trend kan dalam dunia moden sekarang ni..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia