Ramadan ke 19. Makin mampir dengan penghujungnya. Sedar dalam tak sedar. Kalau yang sedar, baguslah. Peka. Kalau tak sedar.. bagus juga kalau khusyuk sangat beribadah sehingga tak sedar. Kalau yang 'sedar tapi tak sedar' ni yang susah. Dia sedar je Ramadan nak pergi, tapi tak ada sedar untuk melakukan amal soleh untuk bekal akhirat sana. Tidak mahu pelaburan pada bulan 'sale' pahala ni. So, orang ni rugi. Kan?
Paling mudah nak dapat pahala dalam bulan Ramadan ini adalah dengan makan. Makan tika sahur dan makan tika berbuka. Tak kisah la dalam sedar atau tak sedar yang kita makan tu akan dapat pahala. Paling mudah sekali. Makan tak ada syarat yang maksima. Asalkan cicip sesuatu makanan ke dalam mulut, kunyah dan telan. Settle. Susah? Takkk. Sejak kecil lagi kita buat benda tu..sampai lah ke tua. Lewatkan sahur, awalkan berbuka. Suatu sunah yang simple tapi besar tuntutannya. Suatu benda yang kita sedar akan galakannya, tapi selalu ambil lewa dengan amalinya.
Sedar atau tak sedar, bulan Ramadan terdapat padanya malam seribu sebulan. Hanya satu malam sahaja dalam sebulan, dan hanya pada bulan Ramadan je dalam banyak-banyak bulan. Malam seribu bulan untuk tahun 1433 hijrah dah lepas. Cuma kita je yang sedar atau pun tak sedar. Sekarang Ramadan 1434. Terpulang kepada kita untuk merebutnya. Masih ada kesedaran atau pun tidak, kita yang tentukannya. Ada hadis yang menekankan bahawa malam seribu bulan ini ada pada 10 malam terakhir. Dah sedar kan, dah ada hint.
Ada hint ada kesedaran, tapi anggota kita masih malas. Masih kurang kesedaran. Tak kata kepada orang lain. Aku sendiri tu. Masih berjiwa remaja. Kalau bukan kerana 'terpaksa' kena solat terawih, aku tak rasa setiap malam cukup je 8 rakaat sekali dengan witir. Anak muda zaman sekarang, lelaki khasnya punyai darah dan gelodak jiwa yang membara. Liar. Ada sahaja program-program lepak. Tambah pula kedai yang melambak sesuai dengan port diorang. Eh, salah siapa? Salah kita sendiri!
**entry rabak, point sama eh? Haha
**'terpaksa' ada kebaikannya kan awak comel si FA? :0
aku ikut mood je ke terawih.. huhuu
ReplyDeletemajlis IFTAR pun boleh buat ramai yg terlepas maghrib dan malas berterawikh.
ReplyDelete"dalam sedar tak sedar" bape kali ulang daaa :p Tpi benar sekejap je Ramadhan nk tingglkn kita. ayuh tingkatkn ibadah dan kurang kontroversi~~ :)
ReplyDelete