Masuk 10 terakhir Ramadan. Maybe kita dengar pasal ramadan itu terbahagi kepada 3 fasa. 10 malam awal dan pertengahan tu adalah fasa keampunan dan fasa rahmat. Fasa 10 terakhir adalah pelepasan dari api neraka. Ketahuilah yang benda tu disandarkan pada hadis Nabi pada awalnya, tapi..disepakati oleh alim ilmu hadis yang status hadis tu tidak cukup kuat untuk diriwayatkan dari Nabi jadi, bimbang takut-takut kita semua berdusta atas nama Nabi s.a.w. Jadi, elakkan.. kalau boleh jelaskan kepada yang belum tahu lagi.
Ada juga hadis riwayat Bukhari yang menyuruh kita semua mencari malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Kita juga tahu yang bagaimana Rasulullah s.a.w memperbanyakkan iktikaf pada 10 terakhir Ramadan. Kita juga tahu yang mana isteri-isteri Nabi juga turut beriktikaf tetapi selepas selesainya suaminya beriktikaf dan sudah semestinya dengan izin suaminya. Kita juga tahu apa doa yang perlu diperbanyakkan bacaanya kalau pada malam seribu bulan melalui pertanyaan 'Aishah r.a kepada suaminya.
Semua sudah jelas. Hint dan clue bila lailatul qadar, apa amalan yang perlu dibuat, tapi masyarakat
kita tak ramai yang merebutnya. Masing-masing mengaku nak malam seribu bulan tapi perbuatan mereka tak menggambarkan apa yang mereka nak. Malam last macam ni la mula nak shoping baju raya la, baju raya anak, kuih raya, jalan-jalan survey harga. Nampak tak kat situ masyarakat Melayu? Susah nak maintain untuk penuhkan masjid dengan berterawih dari awal hingga akhir ramadan. Alasannya, dekat nak raya makin banyak sale. Makin tinggi diskaun! Nampak apa yang mall offer je, tak nampak apa yang Allah offer.
Sebuah keluarga, suami isteri kena bijak merancang awal. Beli siap-siap baju raya untuk anak mahupun untuk diri sendiri sebelum Ramadan lagi kalau boleh. Isteri mesti ada yang merungut kalau datang period masa ni, nak rebut juga ganjaran seribu bulan. Tak apa, Allah yang bagi period, dia tak zalim..kita masih lagi boleh dengar bacaan al-Quran suami kita. Kejut suami, kejut anak untuk bangun solat malam. Itu mesti akan dicatit oleh malaikat sebagai amalan yang paling berharga buat perempuan bergelar isteri dan ibu!
**kalau perempuan banyak kena ganti puasa nanti, ajaklah encik suami puasa sekali, mesti sweetkan? Hiii
penuh makna....InsyaAllah...
ReplyDeletekeep calm and ibadah :)
ReplyDeletecehh.. siap ada pesanan penaja lagi tu perenggan akhir. haha..
ReplyDeletebalik kampung tak nih??