Skip to main content

Renung-renungkan...

Assalamualaikum w.t.b. Alhamdulillah, segala syukur dah puji di hadratkan kepada tuhan pencipta sekalian makhluk. Selawat dan salam keatas jnjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yg mendapat syafaatnya di hari pembalasan kelak. Ingat, orang yg beriman kepada Allah dan Rasul ialah orang yg beriman terhadap hari kiamat dan juga hari pembalasan.

Pada hari ini, aku tidak ada apa2 berita terbaru pasal Arsenal yg hendak dikongsikan. Jadi, disini hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan yg ada dengan para pembaca sekalian. Hanya cerita unutk mengambil pelajaran dan pengajaran.

Cerita ini adalah cerita ahli sufi di zaman dahulu. Ahli sufi ini namanya NAsruddin dan dianya tinggal di sebuah desa yg penduduknya memeng mengenal yg Nasruddin ni seorang ahli sufi yg wara'.

Jadi, pada suatu hari, datanglah ke desanya 3 orang yg bijak pandai untuk bertanya seolan yang merumitkan kepada penduduk-penduduk desa dan mendesak untuk mendapatkan jawapan dan sampailah 3 orang ni di desa Nasruddin. Orang-orang kampung di desa Nasruddin awal-awal lagi menolak Nasruddin unutk menjadi wakil penduduk di kampung itu bagi menjawab soalan yang di aju oleh bijak pandau tersebut. Nasruddin dipaksa unutk menajwabnya dan orang ramai berdiri mengelilingi mereka unutk menyaksikan perbicaraan tersebut.

Orang bijak pertama bertanya kepada Nasruddin, "Dimanakah terletaknya pusat bumi ini?"

Nasruddin pun menjawab, "Tepat di bawah telapak kaki saya, wahai saudara."

BAgaimanakah saudara boleh membuktikan hal itu..??"tanya orang bijak pertama.

"Kalau saudara tidak percaya, boleh saja saudara mengukurnya." dengan tenang NAsruddin menjawab persoalan orang bijak tadi.

orang bijak yg pertama tadi diam membisu tidak menjawab. Soalannya dengan mudah dapat dijawab oleh Nasruddin. Sekarang ni, tibalah giliran orang bijak yg ke-2 utk bertanya. " Berapa bnyak jumlah bintang yg beada dilangit?"

Nasruddin pun menjawab, "Bintang-bintang yg ada di langit ini ialah sama banyak dengan rambut yg tumbuh di badan keldai saya ini."

"Bagaimana saudara boleh membuktikan hal ini?" ujar orang bijak kedua td.

"kalau saudara tidak percaya, boleh la saudara bilang rambut di keldai ini dan saudara akan menemui kebenarannya." Nasruddin menjawab.

"Saudara bercakap mcm percakapan kanak-kanak. Mana mungkin orang boleh menghitung rambut di badan keldai ini."

"Ooo..Kalau saya macam budak-budak, mengapa saudara mengajukan pertanyaan sedemikian, bagaimana orang boleh menghitung bintang di langit.?"bls Nasruddin.Mendengar hujah dan jawapan daripada Nasrudin, orang bijak ke-2 pom terdiam dan kelu untuk melanjutkan pertanyaan yg lain.

Sekarang, tibalah giliran orang bijak yg ketiga untuk mengajukan persoalannya. Dikatakan orang yg ketiga ini ialah orang yg paling bijak di antara ketiga-tiga orang itu. Dia nampaknya sedikit terganggu dengan kecerdikan Nasruddin dan terus bertanya, "Nampaknya saudara tahu banyak hal mengenai keldai, tapi cuba saudara memberitahu saya berapa banyakkah bulu yg terdapat di ekor keldai ini."

"Saya tahu jumlahnya," pantas Nasruddin menjawab. "bulu yg terdapat di ekor keldai ini adalah sama banyak dengan jumlah rambut di janggut saudara."

"Bagaimana kamu boleh membuktikan hal ini.?" tanyanya lagi.

"Ooo,,yg tu mudah je..Begini, saudara menecabut sehelai bulu ari keldai saya, dan saya mencabut sehelai ranbut dari janggut saudara. Hah, kalau sama bilangannya, maka benarlah apa yg saya katakan, dan kalau tak betul, salahlah jawapan saya."bijak jawapan dari Nasruddin.

Tentu sahaja orang bijak ketiga itu tidak mahu cara mengira yg sedemikian. DAn, orang-orang desa semakin yakin yang Nasruddin adalah orang yang paling bijak diantara empat orang itu.

Sekian.

Cerita itu adalah hasil pembacaan aku di sebuah laman internet dan aku mengolahkannya mengikut kesesuaian bahasa masa kini. Kesimpulannya yg kita dapat daripada cerita ahli sufi itu ialah tak semestinya soalan yg diajukan kepada kita dijawab seratus peratus dengan fakta. Ada kalanya kita perlu menggunakan logik akal unutk menjawabnya dan jawapan yg diberi adalah jawapan yg dapat diterima oleh akal yg sihat sejahtera.

Cerita di atas dapat dijadikan contoh dengan soalan olh orang bijak kedua kepada NAsruddin. Bertanya mengenai jumlah bintang di langit. Mustahil utk kita menghitungnya kerana jauh dari kita dan yg pling tak logiknya amat banyak sehingga tak terhitung. Sedangkan pasir di pantai tidak terhitung, inikan pula bintang di langit yg tiada sempadan.

Sememangnya tak usahlah kita bertanya soalan2 yg pelik2 kepada orang lain hanya sekadar unutk menguji kepintaran orang dan mengatakan yg hanyalah kita yg bijak kerana orang lain tidak mendapat persoalan yg kita kemukakan. Ingat, sekiranya kita sudah merasakan yg kita ini yg terpintar, terkuat ataupun ter semuanya, ada lagi orang yg lebih kuat, lbih pintar dari kita. Ingatlah kisah Nabi MUsa A.S dengan Nabi Khadir A.S.Ok, au revoir.

Wassalam....jumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-