Skip to main content

Mouro Zarate...




















Assalamualaikum...pagi - pagi lagi editor dikejutkan dengan satu sms ang mengatakan Arsenal ada menghubungi seorang agen bagi membeli seorang pemain. Tambah lagi satu berita untuk diletakkan dalam blog ini. Mungkin agak janggal sedikit jika ana menulis dengan bahasa rasmi Malaysia. Harap editor-editor yang lain tak marah. Dalam sms yang di hantar oleh pihak Arsenal.com mengatakan yang Arsenal sekarag ini tengah menghubungi agen pemain Mauro Zarate yang baru berumur 22 tahun.


Untuk pengetahuan bersama, Zarate ni pernah bermain di kelab Birmigham pada tahun 2008 secara pinjaman, setersunya berhijrah ke Lazio secara pinjaman dan sekarang brmain sebagai pemain tetap di Lazio. Gosip tentang pemain ini adalah kerana agennya, Jose Alberti mengatakan yang Zarate ini bersungguh untuk bersama kelab yang akan memenangi trofi. Ini kerana, jurulatihnya sekarang di Lazio tidak memanfaatkan secara total kebolehan yang ada pada pemain Argentina ini.


"Saya sekarang sedang berhubung dengan Arsenal" kata Jose Alberti, agen untuk Zarate.

"Beberapa hari yang lalu saya dihubungi oleh beberapa kelab ternama di England yang mengatakan mereka berminat terhadap pemain saya ini".

"Arsenal mahu membuat jentera serangannya lebih mantap dikatakan bersedia dengan €40million untuk membuat tawaran kepada presiden Lazio, iaitu Claudio Lotito".

"Tumpuan utama mereka adalah untuk membawa Zarate kembali ke liga Inggeris dengan berjaya kerana Manchester Sity telah pun gagal membawanya pada tahun lepas.-kata Jose Alberti.

Tambahnya lagi...

"Mungkin kali ini mereka akkan berjaya kerana Zarate sekarang telah penat berada di Lazio.."

Zarate adalah pemain yang muda, berbakat dan mempunyai pengalaman bermain di liga Inggeris..Tetapi adakah anda percaya yang Wenger akan membelinya dengan harga 40 juta euro..?

BIOGRAFI ZARATE

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-