Skip to main content

List Wenger...

Salam...sedikit berita tentang transfer pemain yang ada dalam list Wenger. Sekadar berkongsi..ni adalah barang hot di London dalam kalangan fans Arsenal. Sangat beruntung jika dapat membacanya terus dari sini..


Mario Balotelli (19, Inter Milan, £20million)




Wenger telah pun mengakui yang dia amat berminat dengan pemain hitam ini, tetapi telah terbukti urusniaga untuk mendapatkan pemain ini telah gagal.


Chelsea nampakmya telah bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan Arsenal bagi mendapatkan pemain ini dan Arsenal tidak dapat bersaing dengan harga £20million. "There is no chance," kata Wenger.


Transfer rating: 0/5



Edin Dzeko
(23, Wolfsburg, £25million)



Pemain yang tingginya 6kaki 3inci merupakan penyerang top yang di dalam list Wenger untuk dibeli Januari ini. Dia memiliki semua kualiti sebagai seorang penyerang, seorang prolifik, mempunyai tubuh badan yang sempurna, dan seorang yang kuat.Tetapi untuk membeli pemain ini begitu sukar.


Arsenal telah pun membuat scouting keatasnyas selama beberapa tahun. Telah pun membuat bidaan bernilai £10million pada musim panas lepas tetapi di tolak mentah-mentah dan Wolfsburg menetapkan harga bernilai £30million. Lagupun, Dzeko juga telah bertekad untuk berpindah ke AC MILAN. Apa - apa pun, peluang untuk mendapatkan Dzeko adalah tipis.


Transfer rating: 3/5






Ruud van Nistelrooy (33, Real Madrid, pinjaman)



Secara dasarnya, ianya amat pelik dan tidak logik sama sekali untuk mendapatkan pemain yang merupakan bekas pemain MAn Utd. Man Utd adalah team yang tidak disukai dan amat tidak masuk akal jika Wenger mengambil pemain ini unuk menyertai Arsenal.

Tetapi, sekarang masa amat suntuk untuk Wenger perkara - perkara sebegitu. Pelbagai perkara menjadi terdesak dengan pemain yang ramai lagi belum pulih dari kecederaan, kemungkinan Wenger akan menimbangkannya. Wenger telah pun ketawa apabila di ajukan soalan mengenai Nistelroy ini tetapi, kadang - kadang, perkara terdesak membataskan semuanya...


Real Madridtelah pun bersedia melepaskan pemain ini secara pinjaman bagi meningkatkan lagi tahap kecergasannya dan Liverpool nampaknya sedang mengintai - intai peluang ini.


Transfer rating: 2/5




Marouane Chamakh(25, Bordeaux, £3million)



Wenger telah pun mempunyai peluang untuk menandatangani Chamakh pada musim panas yang lepas - dan harganya dalam lingkungan £1million lebih.

Bordeaux tetap berkeras dengan harga £6million tetapi Arsenal menawarkan dengan harga £5million - dan bagaimana mereka sekarang mesti menyesal untuk tidak memberikan harga yang lebih tinggi bagi pemain Morocco ini.


Arsenal telah pun membuat urus niaga secara rahsia bagi mendapatkan Chamakh bulan Januari ini dan perkara ini didedahkan oleh Chamakh sendiri yang Arsenal mahu dia menandatangani kontrak dengan segera. Tetapi, ini tidak seperti yang diharapkan kerana Chamakh ini free untuk musim panas yang akan datang.


Transfer rating: 3





 


Andre-Pierre Gignac (24, Toulouse, £15million)


Seorang yang bertubuh sasa, pemain Perancis yang sangat bertenaga. Tidak prolifik seperti musim lepas apabila menjaringkan gol lebih sedikit berbanding dengan musim lepas.


Terdapat satu tarikan pada Gignac pada musim panas yang lepas, nilainya kemungkinan akan jatuh sedikit pada musim ini, tidak seperti musim lepas yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Pulang yagn amat besar sedikit setelah ramain penyerang lain out of list.


Transfer rating: 4/5



 




Carlton Cole (26, West Ham, £9million)



Penyerang England ini sememangnya berada di dalam pencarian Wenger : dia menyukai Cole kerana fizikalnya yang besar. kuat dan menjaringkan banyak gol.


Tetapi Arsenal diselubungi perasaan bimbang mengenai rekod kecederaan dan ragu - ragu mengenai kecederaan jangka panjang lututnya. Ini secara langsung membantutkan urus niaga untuk membelinya bagi bulan ini kerana sekarang ini pun dia masih lagi cedera.


Transfer rating: 2/5





Transfer rating: 0/5





Eden-Hazard(18, Lille, £6million)



Pemain yang mirip Brazilian Wellington Silva dan pemain muda Anderlecht Romelu Lukaku, star Belgian, Hazard merupakan rancangan masa panjang Wenger.


Arsenal telah membuat analisis dan menjejak Hazard untuk beberapa bulan dan kemungkinan akna mengikuti langaka Silva ke BPL pada harga yang berpatutan. Tetapi mereka semua dakerja jangka panjang Wenger.


Transfer rating: 1/5




 

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-