Skip to main content

Posts

erti penyesalan

salam jumaat..minta maaf bebanyak ada blog yang tak sempat aku kunjung walaupun nak kunjungi..blogger wanita cun datang singgah pom aku buat derk je..liyana zahim datang komen blog aku la..aku pom tak caya..haha minggu ni aku buat urusan pindah asrama..dari blok ke  blok yang lain..tak tahan der dengan blok sebelom ni..tandas sering aja problem..kalo tandas sering problem..aku mmg down la nak mengaji..haha blok yang lama aku dok tingkat 2 je..tapi,bila pindah ke blok baru ni..tingkat 4 wei..tinggi..kalo dok kat beranda tu..boleh nampak menara masjid nabawi..fuhh..sangat indah bila dihadiri dengan malam.. tapi, hari ni member aku gembira sangat..dia dapat jumpa dengan ajib wei..dia pom tak caya..terpegun seketika..korang yang tengok KL Gangster tau la ajib tu rupa dia macam mana..nampak otai wei..sebagai bukti..member aku kasi aku tengok gambar ajib yang dia snap...terus je aku upload. ajib versi red sea ke ni..? ps : banyak lagi barang tak kemas ni..fuh...letih

tabiat saudi

hoho..korang tahu tak..warga arab saudi ni ramai je yang suka membazir..maklum la..negara yang kaya raya..duit tak tahu nak letak kat mana da..bank pom sampai surrender bila tak de tempat nak simpan duit. tapi, yang jahil je yang suka membazir tu..para alim tak de la macam tu..nama lagi orang alim..tapi, jahil sejahil diorang pom..takkan tak tahu membazir tu amalan yang buruk.. diorang tahu je walaupun negara diorang kaya raya, masih ada lagi yang hidup susah kan..masih ada lagi yang memerlukan wang..mungkin jumlahnya adalah minoriti..tapi, yang minoriti la patut diberi perhatian kan..? gambar kat bawah ni adalah gambar kat kedai makan.aku nak masuk makan, and tengok makanan yang warga arab tinggal..pergh..order ikut main sedap je.tapi..makan..?mengalahkan budak kecik.. ps : stail makan tak habis ni dah jadi amalan da..bukan kat Saudi je..!!

bawa Hammer ke sekolah

salam rabu. entry ni ditaip sementara menunggu kelas dalam sejam lebih lagi. eleh..kelas pom nak kecoh kecoh..confirm..mesti ada yang bisik bisik dalam hati macam tu..betul tak DKNA ..? tapi tak pe..tak yah baca la perenggan pertama tu..baca perenggan kedua terus..tapi.entry ni ditulis kerana aku terkejut dan terpegun..terpana pom ada seketika..lama dah aku dok terpana..sejak datang sini tahun lepas lagi.. tahu tak yang student kat sini kaya raya..??semuanya datang dengan kereta..( sebab moto tak dibenarkan kat sini )..tak de la naik moto ego, moto nouvo tu..wave 100 apa lah lagi..moto modenas JIJIYUE sah-sah tak de..diorang datang bawak kereta besar - besar woo...yang bawak keta besar tu, umo tak sampai 20 tahun lagi..maklum la..budak sekolah menengah.. korang pikirla..macam mana budak sekolah menengah bawak keta besar..confirm dan sah yang diorang akan besar kepala..tadi..baru je aku snap gambar keta hammer..tak tahu student mana yang bawak..hoho.. hammer kuning ni..korang ad

wordless wednesday

ps : tengok yang tersirat jer

harta ?

hari isnin..selamat bekerja dan selamat belajar kepada warga malaysia..ehehe..dan kepada sesiapa yang belom lagi menghabiskan puasa 6 di bulan syawal tu..cepat cepat la..hari ni dah 21 syawal da..ehe kepada siapa yang nak kawin tu..cepat la segerakan..benda yang baik tak elok tangguh tangguhkan ni..korang juga yang gersang nanti..ye tak..?berbalik kepada cite pasal menantu tu..aku rasa korang ada jawapan memasing..memasing punya pendapat.. ada yang kata si mak tu akan pilih yang pakai kopiah naik kapcai tu sebab seorang yang beriman dan mampu mendidik anaknya..ada plak kata si mak akan pilih yang kaya naik merc..macam macam pilihan..yer..manusia berhak membuat pilihan..apa orang lain nak susah kan..? sekarang ni..ramai je mak bapak pilih menantu yang kaya raya dan berduit..bukan semua..tapi ramai..semuanya mementingkan materialistik..fikir logik, betul la kan..nak hidup zaman sekarang tanpa harta adalah susah.merana anak diorang nanti..tapi..sanggupkah kita memilih harta semata2.

kelas pertama

hari ni hari ahad wei...hari pertama aku masuk kelas a.k.a kuliah sejak aku sampai sini..kena plak hari ni semua member malaysia yang sekelas dengan aku tak nak p..dia suh aku yang sevey kelas hari ni pasal semalam aku menghaibkan diri.. kelas aku bernombor 313..maknanya tingkat 3 la..kalo start dengan no.1 tu..tandanya kelas tu tingkat 1. sementara aku tulis entry ni..kelas aku kosong..tak de kelas..rehat sejam..so, baik aku blah balik asrama kan..boleh gak komen2 fb.. kelas pertama tadi ada 2 subjek..semua syeikh masuk..subjek usul feqh dan hadis..pkol 10.30 pasni ada 2 lagi..subjek feqh dan tauhid..pukul 3.00 ptg nanti ada lagi, mustolah hadis..hoooo..tak sempat aku nak tido ni..dah la kelas last tu 2 jam..maknanya habis dalam pkol 5.00 ptg. syeikh hadis aku ada sebut tadi..perbaharui balik niat sebenar kita untuk menuntut ilmu..bukan kerana dunia yakni bukan kerana harta, pangkat ataupun kerana nama..niat sebenar menuntut ilmu adalah kerana Allah agar dengan ilmu itu dapat ki

akhirnya

selamat petang sabtu..macam mana sabtu..?isi bebaik yer..nanti ada yang bocor..rugi hari minggu tu..kalo aku jadi ezad skytech tu..sah2 aku tido sampai malam..hobi tu..kena manfaat di hari minggu ni..ahaha haha..entry sebelom ni adalah pasal citer menantu tu kan..?ramai yang meminta sambungannya.. tapi, maafla.. memang tak de sambungan..memang macam tu je citer aku dapat..haha..nampak benor aku menipu... tapi..seriyes..hujung entry aku tu la penamat ceritanya..itu pasal sumber cerita aku habis sampai situ je..takkan aku nak pandai2 tambah..ehe..time tu aku dapat sms, aku tak dapat fokus apa yang penyumber cerita itu sampaikan..last2..tak tahu jugak macam mana pengakhirannya.. kalo sape2 rasa dia tu ada bakat dalam penceritaan ataupun ada pengalaman seperti di atas..korang tulis la..buat kat entry korang..nanti aku p baca macam mana penyudahan kisah ini..haha ps : esok kena pergi kelas da..seminggu dok bersantai

menantu

salam pagi sabtu wei..aku dengar kuliah aku dah start dah hari ni..eehe...tapi rasa malas nak pergi lagi ..seminggu dok bersahaja dan bersahaja..hantar member je kan suh p risik..??ada satu kisah la.. ada 2 orang lelaki yang nak pergi merisik seorang perempuan dara. yang sorang ni adalah kaki masjid, penggemar menuntut ilmu..tapi, time dia datang merisik tu..dia datang naik moto honda cup je..tu pom dah jauh dah laki tu parkir moto..dekat dengan pagar rumah.. yang sorang lagi ni datang merisik jugak...tapi naik merc beb..dikisahkan yang merc dia ni siap ada bumbung blh buka tutup lg kat atas tu.nak start pom dia kena detect suara baru hidup..tuannya pakai siap-siap dengan kot dan kasut hitam..tambah plak dengan spek rayban..pergh tergugat spek jijiyue ..haha mak dia tanya.."anak o anak...kamu yang berkenan yang mana ni..?yang datang naik merc tu ke..? atau yang datang dengan honda cup diparkir kat pagar tu...?" si anak menjawab, "ikut mak la..mak pilih la yang mana

Mesir dan Israel

ustaz aku ada cakap, perang yang paling susah untuk menang adalah perang dengan askar yang tak takut mati. askar yang mana pergi keluar berperang adalah untuk mencari syahid..betul tak..? betul la..memang susah. diorang berani buat apa saja untuk mencari kemenangan..biasanya tentera macam ni adalah tentera Islam. sebab diorang memperjuangkan islam untuk mendapatkan syahid..tentera kafir..?diorang dapat apa kalo mati..? satu kisah yang mana ikhwan muslimin berada di saf pertama dalam angkatan tentera mesir untuk melawan Israel pada tahun 1973. pada masa itu, israel terpaksa mengaku kekuatan tentera mesir dan berundur dari bumi mesir. perang yang mana pada masa itu terjadi pergolakan di timur tengah antara negara Arab dengan Israel. tapi..malangnya..sebahagian tentera ikhwan ini dibunuh oleh pemimpin Mesir pada masa itu, Anwar Sadat. diorang dihukum setelah pulang dari medan perang "Kalaulah ikhwan muslimin dapat mengalahkan Israel, nescaya aku begitu senang dijatuhkan oleh me

wordless gedabak

ps : credit to tukang gambar

syukur

embun pagi hilang bersama cahaya mentari. peraturan alam..semua akan hilang, akan hancur. hanya Allah yang Maha Esa akan kekal. namun..masih ramai manusia yang hidup ibarat raja yang tidak akan mati-mati di dunia fana ini..Manusia...sebaik-baik makhluk ciptaanNya. ceewah..awak yang berbaju kurung satin hari ni..intro ini untuk awak..report kat ayah awak a.k.a tauke alaf 21 yer..haha..kat sini dah pukol 8 pagi lebih sikit..tak kuar bilik lagi..tengok dari luar nampak macam panas je..dah dekat seminggu dah dok lepak dalam bilik senior.. bilik senior ni best woo..econ ada 2 bijik..kipas ada 2 juga..bilik aku, kipas satu..econ satu..tapi..bila aku sampai hari tu.kipas je yang jadi..econ rosak.syukurla dari dua dua tak jadi..panas..tido malam2 pom peluh berjujuran macam main bola..so, alternatif lain aku blah pegi menetap sementara dalam bilik senior.. manusia...semuanya nak senang..nak sedap je..econ rosak dah jadi masalah besar..aku la tu..tapi aku bukan macam tu..tujuan lain nak erat

wordless wednesday

upgrade android gingerbread

hari selasa dah nak habis wei..esok hari rabu plak..panjang umor dapat la jumpa hari rabu esok..sesape yang ada date dgn kekasih hati tu.jangan konfirm sangat korang confirm akan jumpa esok..dalam sms last tu taip la.."insya Allah yang, esok kita jumpa yer..." cakap macam orang ada pengalaman jek..anak tokey alaf 21 tak guna sms la..dia guna aplikasi whatsapp yang heboh dalam kalangan pengguna smartfon. aku..?bulan Mac lepas angkat smartfon yang paling low dalam kelasnya..samsung galaxy ace..tak leh lawan samsung galaxy tab iffah tu..haha kekorang yang ada smartfon menggunakan aplikasi android tu..aku cadangkan supaya korang upgrade je bila ada updatenya..time beli bulan tiga hari tu..nset aku pakai android versi 2.2 Froyo..bila dapat tahu android ada kuar update versi official..terus je update ke versi 2.3.4 Gingerbread. update tu pandai2 korang la search gugel macam mana nak buat..bila update tu..korang akan rasa nset korang akan rasa smooth sikit..lag pom korang..bater

beza waktu Saudi dan Malaysia

hari ni dah hari selasa wei..maksudnya pagi nanti di waktu malaysia mesti ada kipas susah mati bola sepak berjaga malam..ada match Champion League malam ni..arsenal pom malam ni..blh la try streaming test power internet aku ni.. tapi tak pe..kat sini tak perlu berjaga macam tu sekali nak tengok match bola.. kat sini malam masih muda lagi..kira sendiri la..Saudi lewat 5 jam dengan Malaysia..kalo korang kat sana kol 12 pagi..kat sini baru je pkol 7 malam.. itu pasal la aku susah nak hapdate belog..nak publish tu kena selaras dengan waktu malaysia..kena pilih time yang spesifik..kot2 aku publish entry...time tu korang tengah syok tido lagi..rugi wei..mungkin terlepas peluang anak tokey alaf 21 nak nilai ayat sastera aku.. itu pasal la kes sebelom ni bangun kol 4 pagi terus je update belog..time tu anak tauke alaf 21 yang dok mesia baru je nak kuar pegi kelas.siap pakai baju kurung hijau muda lg.so, sempatla dia tengok belog cikai ni...hoho ps : anak tokey alaf 21, jangan sengih ye

resipi nasi air

entry ini ditaip dengan mata baru je bangun tido..pukol 4 a.m. bukak mata tengok ada orang tak tido lagi..dia cakap nak tunggu waktu sahur..? haha..terbaik la. sebab apa terbaik..?aku tahu plan dia...ni mesti time siang ni dia nak tido habisan..baru terasa hari hari yang berlalu macam tu je..bangun bangun rasa macam dah separuh hari da untuk solat zohor..pusing pusing bilik lepas solat, pastu nampak tilam..mesti tido lagi..terasa dunia aman je.. tapi..yang terbaiknya ada makanan sahur wei..diorang siap tolong masakkan lagi..tapi sebelom nak tido diorang dah backup da.kol 12 a.m.kot2 tak terbangun..makan nasik air wei..patut la body2 diorang ni kembong semacam je..jadual makan main bedal je.. nasi air yg dimasak akibat lebihan masak berbukak..ehe haha..yang pentingnya ..itu pasal aku lepak bilik senior...senior aku best woo..caring secaringnya...ni best lepak kat bilik diorang ni..teriima kasih yer senior..selamat berpuasa mana yang berpuasa hari ni.. ps : entry dengan tahi

live dari madinah

bumi madinah masih lagi dalam musim panas..agaknya di pengakhiran..tiupan angin menyapa muka...masih terasa bahang bahang yang tinggi suhunya..apakan daya..seorang yang berdarah Asia dari bumi Malaysia hanya mampu untuk menyesuaikan diri.. haha..ayat bajet cerpen tu..ape macam..?boleh jadi penulis alaf 21 tak kalo ayat macam tu..? kalo ada yang baca ni anak tokey alaf 21..tolong rekemenkan saya kat ayah awak yer..hehe..kalo anak tokey tu pompuan..lagi masyuk..haha kat sini masih lagi musim panas..pengakhiran dah kot..tapi still dalam 40 darjah celcius suhunya..waktu subuh awal..dalam pukul 4.50 dah subuh..maghrib plak dalam pukul 6.30 gitu..tapi, kalo pose tu mmg terasa lamanya..dahaga beb..siang awal je..pukol 6pg dah macam pkol 9 pg da..mencanak matahari atas kepala korang yang dok mesia dan yang tak pernah datang ke timur tengah ni mesti tak dapat nak bayangkan macam mana rasa musim panas ni..musim panas kat sini tak sama dengan panas teriknya kat mesia tu..hehe.. ps : anak

ganti dahulu ke baru boleh puasa enam?

macam mana syawal.?tak habis lagi ke raya..? dah2 la raya..pose enam la plak..hehe..memana pompuan yang nak pose enam mesti nak tahu sama ada boleh tak nak pose enam jika belom lagi menggantikan pose diorang di bulan ramadhan baru ni. ada dua pendapat ulama tentang keadaan ini. PERTAMA adalah BOLEH. dalilnya adalah Aisyah r.a pernah mengakhirkan pose gantinya hingga ke bulan syaaban. Mafhum hadis “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.] hujah ulama', sebagai isteri Nabi s.a.w tak mungkin Aisyah tidak berpuasa enam. jadi dia sudah berpuasa enam di bulan syawal dan pose gantinya diganti di bulan syaaban nanti. KEDUA adalah TIDAK BOLEH. Hujahnya adalah hadis daripada Nabi s.a.w sendiri. “

virus ym

bila aku bukak ym..selalu je member aku yang sorang ni dok tegor aku...dalam bahasa inggeris plak tu...aku tau la yang memang dia terer english..tapi, jarang je tegor aku macam tu... dah banyak kali da..first  mesej popup yang  kuar "hey..u around..?"..haha, ayat english tu..kalo member aku tu pompuan..konferm je aku layan..tapi..dah berbulan dah..bila aku bukak ym..mesti dia tegor..kesian pom ada gak.. so, aku pom layan je la..padehal aku dah syak dah yang ym tu berbaur virus..kalo tegor..last2 dia akan kasi link suh kita klik..haha..aku siap printscreen lg conversation antara aku nga dia.. kalo korang tengok..jangan kata aku kejam plak bila balas ym macam tu.. so, korang kalo dapat ym yang meragu2kan..jangan dok main tekan link wei...silap2 diaorang dapat korek semua maklumat dari lappy korang..nanye tu...haha..sapa ada ym bagi aku wei..nak tambahh kenalan ni..kalo segan segan..add la ym aku : besi_buruk41@yahoo.com . ps : jangan gelakkan english aku kat atas t

cara taubat

ada je orang bila dia buat silap, lepas tu menyesal dan nak bertaubat...tapi dia asyik bertangguh je taubat tu sebab dia cakap kena solat taubat dulu baru dikira taubat..last2..dia tak taubat pom sebab dia cakap nak solat taubat kena bangun di awal pagi..kebetulan dia selalu je bangun lewat.. semua tu menyusahkan je..betul tak..?nak bertaubat mudah je..taubat bermula dengan penyesalan dari hati..bukan penyesalan dengan lidah..kalo dengan lidah, ramai je kan yang bertaubat..tiap2 saat ada je yang bertaubat ..sekurang kurangnya..ucapkan astaghfirullah alazim dengan penuh penyesalan.. lepas tu apa dia..?haaa..lepas tu kita kena lahirkan penyesalan kita tu dalam bentuk perbuatan..kalo sebelom ni kita adalah seorang playboy yang hebat bermain hati dengan perempuan..bila kita nak tunjukkan yang kita ni betul2 nak bertaubat..kita tunjukkan yang kita ni setia..terus masuk kahwin..jangan cinta songsang suda..   lepas tu..minta ampun dengan Allah sekirannya kesalahan yang kita lakukan adal

lelaki unik

time aku cuti kat mesia tu, ramai je aku jumpa memember aku...tak sangka ada sorang member aku ni...pergh..memang unik..unik dan eksotik katakan.. disebabkan keunikan dan keeksotikannya itu lah aku salute dia habis habisan..?dia ni ibarat tok nenek moyang kita berzaman dahulu yang hidup di zaman sekarang..pasai apa..? sebab, kehidupan seharian dia berdasarkan amalan amalan orang tua zaman purba dahulu. pergi kat kedai mamak...bila pelayan datang ambik order.. "bang, minum apa..?", selamba je member aku jawab.."tongkat ali panas ye dik..". haha..kaw kaw la..asyik tongkat ali panas je bila kuar dengan dia..tak kira waktu..pagi, petang dan malam..nak kata dah kahwin..muda lagi..tua skit dari aku je...katanya tak elok minum air batu yang tu part minum air..yang aku salute lagi adalah time raya..dia macam tak de nafsu langsung nak makan..orang lain dok makan pelbagai jenis nasi..nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak nasi goreng, etc... tapi dia tak..bila aku coll u

Arsenal Vs Swansea

ulasan permainan arsenal malam ni..aku tak nak cakap banyak..kalo fan Arsenal yang tengok match arsenal versus swansea tadi..memang sedih + frust.. arsenal menurunkan skuad yang dibarisi oleh schezny, matsacker, koscielny, sagna, gibbs, ramsey, arteta, frimpong, walcott, arshavin dan persie.. kalo korang yang baca ni peminat bola..mesti terlintas tiap kali baca nama tu muka2 diorang yang hensem..kalo wanita, diorang kenal ronaldo dan messi je..haha aku tak tahu silap mana kat mana percaturan..aku mengharapkan perubahan besar selepas Wenger habiskan duit dok beli pemain2 untuk Arsenal..tetapi hampeh..game layu je..aku tengok pom mengantuk..tapi, sebab nak try streaming dengan internet baru ni.. memaksakan tengok gak sampai habis.. untuk kapten Arsenal kalo2 terbaca..sila ambil serius luahan hatiku ini..tak sanggup lagi aku dicemuh oleh fans2 Chelsea, Liverpool dan juga Man U..dikala entry ni ditaip pom, Man U dah score 3 biji da...tak patut la kita menang dengan Swansea 1-0 je..da

sesi pagi dan petang

hari ni adalah hari sabtu.. tak ramai sangat yang online melainkan ibu2 muda yang sibuk menguruskan rumah dan tangganya...tambah2 ada anak anak tangga plak..yang masih bergelar student plak..ramai je yang pulang ke kampus hari ni..tol ke..? aku..??kalo ikut perkiraan..hari ni dah start dah kelas aku...maklum la..saudi hari cuti minggunya adalah hari Khamis dan Jumaat..jadi, Sabtu hingga Rabu adalah hari yang perlu belajar dan menghadiri kuliah..tapi..ini adalah hari pertama..aku tahu..tak de student yang rajin pegi kelas pom.. tambah tambah masih ramai lagi pelajar serata dunia yang belom sampai di universiti. tapi..hari ni dah nampak makin ramai dah yang datang.. tengok-tengok jadual kuliah aku..pergh..dasat + mungkin penat sebab pagi dan petang..biasanya sebelom ni aku kena sesi pagi untuk satu sem dan sesi petang untuk satu sem.. tapi..tak pe la...try harungi je la..cabaran belajar..aku anggap ni sesi ketiga..sesi pagi dan petang..tak de masa aku nak tido wei...haha..aku minta

Keroro Tanya Wishlist Gadget 2011 Saya

sesape nak join klik gambar alien korang nampak tak gambar di atas tu..mesti nampak kan..? sergeant keroro buat segmen.. walaupun aku ada hutang 2 lagi entry untuk segmen sarjan sbelom ni..aku buat muka innocent nak join gak..haha aku tak nak citer panjang pasal gadget yang aku nak untuk 2011.. tapi hakikatnya..aku memang tak  banyak gadget pom..ala kadar je..tak macam sorang tu..siap ada ipad 2 lagi untuk update blog..aku hanya mampu jeles je..tapi tak mampu nak beli.. aku wish nak PS3 yang 320 GB je.. ini pasal sebab aku ada janji dengan member aku.. kitorang ada buat deal yang mana aku angkat PS3 dan member aku ni angkat satu tivi nipis dengan ukuran 42 inci..? adil tak..? aku paksa dia angkat yang jenama SONY gak..baru adil kan..?deal tetap deal.. gambar cilok gugel aku dah survey dah harga..tapi..mungkin tahun 2012 baru aku boleh bawak balik Mesia..haha..tapi, aku harap2 yang baca entry ni adalah anak tokey PS3..boleh aku mengayat..mana tahu kot2 single lagi ke..bol

entry pertama

dikala entry di tengah malam di waktu mesia..di sini baru je pkol 7.45 malam.. baru lepas maghrib nak masuk isya..korang  kat malaysia ada lagi ke yang tak tido.. entry pertama aku di kala sampai di saudi..haha..ni pom baru sambung internet.. sem ni aku ambik internet 1mb untuk aku sorang jer..haha...lantak la mahal pom..terpaksa.. aku bayar 820 Saudi Riyal untuk 6 bulan + 1 bulan free..kira-kira 7 bulan la.. haha..lepas ni boleh je nak berblog walking sambil - sambil layan internet baru ni.. biasanya awal-awal bulan ni laju je internet..masuk bulan ke dua ketiga..nantilah macam mana..biasanya lembab...macam maxis broadband je.haha kaw kaw kutuk maxis kan..?bukan salah maxis la..mungkin salah umah aku yang tak de coverage..tadi aku dah kontek member aku suh tolong terminatekan maxis bb aku..maaflah akak maxis sbb saya tak telefon sndiri akak..hehe ps : jadual kuliah aku dah kuar da..hehe

operator maxis

haha..aku jenguk cikgu GEn 2 tadi..tertarik dengan citer pasal dia bengang dengan celcom.. aku pom pengguna celcom..siap pakai Upax lagi..pasai tu la ramai awek nak mesej aku..sebab diorang yakin yang aku akan reply mesej diorang.. pasai satu sen je kan satu mesej..haha aku tak nak citer pasal celcom..aku nak citer pasal maxis..petang tadi baru aku coll..buat aduan yang bb aku baru je bayar..tapi line lembab semacam je..kena2 akak plak yang handle aduan aku..so..aku luah la segala permasalahan..terus dia suh aku buat itu ini..pegi kat tools la..tapi..tetap slow..menggelabah dia.. last sekali dia minta alamat aku..nak cek coverage dan sekali no talipon aku. dia cakap dia nak kontek technican dia and lepas tu akan coll aku balik...huh..sungguh bersungguh sungguh akak ni..padehal aku coll tadi sebab nak terminate bb aku..bila sampai macam tu sekali..tak sanggup aku nak bagitau tujuan asal aku.. takut yang dia kena marah dengan boss gara2 tak dapat handle kes aku.. takpe kak..esok s

perbaharui penangguhan PLKN

esok sehari lagi aku terminate broadband maxis ni..cukup la 2 bulan lebih aku guna..tu pom dalam sebulan bayar dalam 25 hinggit je..kita jumpa di saudi arabia nanti..line je 3G kat umah aku..tapi..nak bukak satu2 blog..dalam setengah jam jugak dok loading.. esok lusa..tapi satu barang tak packing lagi..sibuk nak buat pembaharuan penangguhan PLKN..aku pom tak paham..pasai apa datang lagi borang PLKN aku..aku tangguh itu hari banyak taun jugak..last2, aku belom sampai kat mesia utk bercuti dah sampai borang yang suh aku membaharui jika nak tangguh lagi..haish. terpaksa la aku tangguh sebab masih belajar kan..?disebabkan sampai surat ni..last2 minit untuk menghabiskan masa kat umah hilang begitu je..so..kepada korang yang nak tangguh PLKN, pastikan korang tangguh sampai pihak plkn tak nak lagi hantar surat kat korang..satu lg jangan buat kerja last2 minit..aha bila tak sampai surat senang la kan? tak perlu nak isi borang..tak perlu nak sediakan dokumen ataupun bukti untuk tangguh..k

member ku jadi model

member aku pernah cakap yang dia sangat anti dengan seorang model ni..?sbb apa? sebab model tu sanggup menggadaikan segala jenis bentuk tubuh dia untuk menggapai kerjayanya.. model tu sanggup memakai seksi sampai seksa mata member aku menengoknya..tapi salah member aku jugak kan..?sape suh pegi intai model buat photosot..serius..aku tahu yang member aku tu ada cita cita nak jadi model.. so, aku sebagai seorang sahabat yang memahami..aku tahu yang dia mempunyai cita cita yang terpendam..jadi aku dengan senang hatinya telah mengeshot satu keping gambar untuk dia..maklum la..seorang newbie dalam dunia permodelan.. kalo korang yang ada DSLR tu ada hati nak shot sorang model..aku rekemen member aku ni la..walaupun pahit hakikatnya..korang kena akui yang member aku tu seorang yang berbulu.. ps : sory sbb tak berBW...internet makin down..simpan nak BW kat Saudi nanti

packing

tak sampai seminggu lagi kan??mesti ada antara korang yang tengah packing and packing. pada yang first time nak masuk u..mesti dalam kepala tengah serabut nak bawak apa..biasala..orang baru..pengalaman baru.. tapi..aku time masa2 packing nak masuk u ari tu..tak menggelabah je..buat cool..yang penting mental kena kuat..so, ari selasa ni aku dah nak p KL..ari rabu flight ke Saudi..tapi sampai skang beg pom tak sentuh lagi.ingat!!yang penting adalah mental kena cool..rilek je..haha.. bagi laki senang je nak packing..first..underwear..yang ni korang letak paling awal dalam beg..yang ni amat penting bagi aku..lepas tu deodorant..lepas tu yang last sekali adalah baju and seluar..kalo pasal dokumen and kertas2 tu..korang kena letak dalam satu fail khusus..main sumbat je semua kertas dalam satu fail.. tapi..bagi aku..nak pegi tu kena check passport bawak ke tidak..kalo tak sia2 je aku bawak beg kargo besar besar..no etiket plak kena pastikan ingat dalam kepala...haha ps : charger janga

wordless wednesday #9

member aku bujang

malam raya ari tu aku kuar nga member aku..kuar lepak lepak minum air..biasala..orang bujang..orang tak bujang tak leh..komitmen kat isteri harus diutamakan.. dalam beborak tu..member aku citer la macam mana aktiviti raya di pagi esok..dia bagitahu..esok conferm adik beradik dia akan beratur dengan sopannya untuk beraya dengan umi dan babanya..tapi, dia cool je..dia tak nak beratur cepat2..dia tahu yang adik beradiknya tu hanya nak angpau raya je.. rupa rupanya..member aku tu sengaja beratur belakang skali..bukan apa..dia malu..dia cakap..kalo time raya mesti kena salam dengan mak ayah..pastu kena peluk la..cium pipi la..ahaha.. " eeii...aku tak leh la macam tu..geli.., kalo takat cium tangan ok je.." walaupun geli..dia terpaksa buat..haha aku pom macam tu jugak..rasa janggal je nak buat macam tu..peluk and cium pipi..sbb tu aku takat cium tangan je..nampak benor aku anak yang tak seberapa sayang..tapi,sayang aku tak tunjuk kat situ la..aku rasa tak salah aku nga member

terhangat!!!

ini adalah entry yang suka suki..saja di post untuk tambah bilangan entry..nampak benor tak de orang nak update hari ni..jadi tulis la apa apa pom..tak de orang marah kan?? kalo aku post entry ni..mesti naik kat bloglist yang aku baru hapdet..tak de la jadi sampai 24 jam tak update..sekadar tu je..jadi entry ni tak bermakna..kalo buat segmen macam ni ada orang join ke?aha tapi..untuk melengkapkan kemerapuan aku ni..aku kena buat 4 perenggan jugak..dah macam wajib dah bagi aku kena buat 4 perenggan..biar satu ayat pom untuk satu perenggan.. jadi..untuk penutupnya..sila abaikan entry ni...selamat hari raya maaf zahir dan batin..ehe..peace. ps : tak de PS untuk kali ni..

awas!!di hari raya

selamat satu syawal..di pagi syawal mesti gemersik je dengar alunan takbir. tanda  berayanya ummat Islam..yang mana pergi Wakaf Che Yeh kat Kelantan semalam..konferm tak bangun lagi ni..bersesak jalan aku tengok semalam..pukol 2 pagi pom orang masih berpusu-pusu masuk.. ramai je orang tahu apa yang sunat perlu dibuat di hari raya..tak tahu baik p terjah blog Nesloo skang ni..beraya jangan lebih - lebih..sekadar ala kadar saja.. aku tahu ramai je yang pikir..raya ni aku nak p melantak menu menu istimewa di rumah awek shawl..untung - untung dapat sampul dari bapak dia..aha..member aku la tu.. dah memang adat masyarakat melayu yang setiap rumah ada menyediakan juadah2 yang spesel di hari raya..satu perkara yang aku pom salute..aku pergi beraya pom sedapkan.??dapat gak merasai juadah eksotik dengan free..kalo di hari raya.mesti mahal je nak dapat..takpom memang takkan jumpa kalo bukan di hari raya..contohnya makanan nasi terapung di teratak..pernah dengar?? satu amalan yang baik den

selamat hari raya

rerasanya esok dah raya kan?mesti tak ramai je yang online ni..sibuk nak buat ketupat la..nak masak untuk pagi raya la.kalo hantu online..sah..memang sah yang diorang ni beraya depan lappy dengan internet je..haha so..kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya dan ingin memohon berjuta kemaafan atas kesalahan yang aku sedari ataupun tak sedari..sama ada melalui komen d entry korang ataupun melalui entry2 aku yang di publishkan..yang mana terasa hati aku amat2 meminta maaf.. aku rasa aku dah nak terminate da broadbang maxis aku..tak leh nak makan jasa..line je 3G tapi tak leh nak bukak site yang berat2 sikit..insyaAllah..di Saudi nanti aku sambung internet...haha tak lupa jugak kepada yang hantar kad raya untuk aku..Cik Bell, Cikgu Fad dan juga sorang lagi..aku lupa lah sape..haha ps : sape nak kontek aku msj la 013..kot2 ada yang terasa hati nga aku ke..ada hutang nak minta ke..sbb skang ni susah je aku nak online..kalo nak wish hari raya pom blh gak..haha

akhir ramadhan

skang dah 27 ramadham dah kan?memang tak terasa sikit pom yang ramadhan smakin berlalu dan meninggalkan kita..yang kita tunggu adalah biskut raya dan juadah untuk satu syawal nanti..betul tak? kalo yang cakap tak betul tu..?aku salute amat la..sebab aku tergolong dalam kumpulan yang dok menanti satu syawal..rosak betui..rasa macam tak sabar je nak melahap sampai kenyang.. tu la..manusia..nafsu makan yang amat kuat..tambah2 ramai je blogger yang jemput beraya umah dia..eheh walaupun kita bergumbira menanti syawal..tak sepatutnya kita juga bergembira melepaskan ramadhan berlalu pergi..jaga dan semailah beberapa hari dalam ramadhan ini sebelom dia berlalu meninggalkan kita..bajailah dia dengan benih2 ibadat agar ia dapat terus bercambah mekar dan membesar dengan kuntum2 bunga di bulan2 yang lain agar lastly kita dapat nikmati hasilnya di akhirat kelak...(ayat sastera aku ni..korang ulang dan hayati betul2) ingat..raya pasti tiba..tapi, hargailah sisa ramadhan yang tak lama lagi akan

stamina pompuan

hari jumaat yang wordless..aku skang dah tak dok nga member aku lagi.. awek dia marah sebab aku asyik je nga member aku sampai awek dia terasa disisihkan..apakan daya..jeles seorang pompuan..betul tak orang pompuan??aha tapi..dalam jeles seorang pompuan tu..satu je yang aku tabik..diorang ni kalo berjalan..memang tak tahu erti letih.. start je berjalan...stamina diorang akan mencanak naik mengalahkan seorang atlit..betul tak wanita sekalian?? pasai apa? cuba suh suami atau boifren atau sesape saja yang bernama laki laki ni lepas perempuan dalam mall atau pun supermarket..pergh..konferm..korang je tahu result stamina diorang..nak nak kat raya ni..stamina memang habis tinggi..kalo aku jadi si laki tadi..aku cari je kusi..terus duduk..stamina kurang nak buat macam mana diorang.. so.apa kata lelaki..?setuju tak kalo aku bagitahu yang stamina kita tak cukup kuat lagi..? ps : tenet siput di hujung bulan..susah nak merangkak2 BW..aha

tak lama da

sori sebab tak sempat nak berblog walking.laptop aku tinggal kat umah. ni pom pakai laptop abang jiji je.. dalam tengah taip entry ni aku tertengok dia dok jeling2... menyampah kot orang dok guna laptop dia..tapi still bersangka baik..dia ada sakit mata kot..aha aku dok pikir sambil bermuhasabah yang aku masih ada masa lebih kurang 2 minggu lagi sebelum fly ke bumi Saudi Arabia. sungguh cepat masa ini berlalu..aha..korang tak de ke yang free nak hantor aku kat epot..? aku sorang2 je kat KLIA tu.. orang lain tak nak hantor aku tak pe sebab ada someone spesel in my deep heart yang nak hantor..dia sanggup habiskan masa terluangnya dengan mengisi masa kosong di epot..nampak?? dia sangat sayang kat aku.. tapi..aku tak sure dia datang tak..tak leh kira kan...biasanya mulut je manis.ahaha so...akhir kalam, dapat laptop aku..aku nak BW seantero blogger malaysia..entah sempat ke tidak kat Saudi nanti.. ps : selamat malam..

wordless wednesday #7

dia rindu

fuh..rasa lega je dapat jumpa nga lappy kesayangan aku.rerasa aku..lappy aku ni pom tengah rindukan aku..maklum la..tinggal terbuka je.on sampai la aku balik..setia betul. aku plak yang buat macam gantung tak bertali.. tu baru lappy..benda bernyala..tapi ada satu lagi yang aku rasa2 dok rindukan aku jugak..benda ni tak leh nak dipanggil benda sangat sebab dia bernyawa..haha..siap ada otak dan akal fikiran lagi.. macam ni, aku on fb..tengok ada noti yang someone post kat wall aku semalam..so, aku reply la..tak sampai seminit pengepost tu reply balik..aha..nampak benor dio tunggu aku..siap tanya.. "apesal lme tak on9?"..haha.baru semalaman dah kata lama da.. cikgu iffah ..jangan runsing sangat yer..saya ada je kat sini..tak yah nak bimbang2..haha..okeh..nak jejak kasih kejap..haha ps : entry ni saje menguji cikgu iffah untuk tahap dia mengatakan yang aku perasan dan annoying..semuanya adalah gurauan..haha

hukum main mercun

ni entry ringkas je..dok kejar masa nak blogwalking.. tambah tambah dan nak berbukak pose ni.. entry pasal mercun..hehe..haramkah main mercun?? main mercun boleh terjerumus kepada haram sekirannya ianya memudaratkan.. tak kira la mercun tu mercun apa.. mercun robot, mercun bola dan seumpamanya..kalo bunga api tak la kan..? asalkan pointnya membahayakan.. asal sesuatu permainan itu harus sehinggalah datang sebab yang boleh mengharamkan sesuatu itu.. sah2 la yang mercun tu bahayakan..? kalo tak..takkan lah dok kuar dalam berita hairan pasal gambar tangan yang tinggal tulang temulang je.. nampak tulang jari dok gerak gerak mintak pemetik api. tangan macam tu pom nak main mercun lg.tu la akibat main mercun.. memang conferm bahaya.. manfaat pom tak de sangat.. ayat pasal memudaratkan diri ni rasanya semua dah arif..bunyi macam ni.."wala tulku biaidikum ila tahlukah.." tu ejaan dalam bahasa melayu..maksudnya : "janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan..&quo

DORORO TASK - blogger idola dan blog kegemaran

asal usul segmen ni klil gambar tu aku sambung lagi nampaknya segmen keroro ni di pagi yang syahdu. aku pom tahu yang keroro sangat sibuk..dia cakap nak uruskan kursus kahwin dia. idola blogger aku ialah nesloo . mesti korang dah tahu kan? nama pena dia jijiyue.. sape tak kenal boleh godek2 bloglist aku.. tuan dia hensem je..sebab tu aku buat dia jadi idola.. tambah2 time dia pakai spek..luruh jantung hatiku tengok dia..nasib baik pipi dia tak pinky..hurm... blog kegemaran plak banyak.. tak larat aku nak sebut satu persatu..tapi, kalo ada yang ternampak aku singgah dan komen kat satu2 blog tu.. tandanya blog kegemaran aku la..aku tak nak sebut plak blog yang mana satu..nanti ada orang cakap aku pilih blog2 cikaro je.. blogger idola tu aku pilih secara rawak je..ikut pilihan mata..aku pejam mata..fokus, pastu aku bukak mata balik..aku tengok blogger nesloo ada kat depan aku..tu pasal la aku pilih dia.. ps : iffah , jangan jeles lagi dengan aku.

info

yang ni entry berbaur info untuk perkongsian. tapi rerasa aku info ni macam dah ramai yang tahu.. laki laki ataupun wanita yang tak minat info sila baca ps kat bawah tu je.. kalo korang rasa info ni korang dah tahu..korang boleh skip baca entry ni dan scroll ke bawah. nampak je butang komen tu..klik lelaju..otomatik dia akan kuar popup windows..korang tulis yang entry aku ni kosong..tak berguna, info dah lapuk..orang nak bagi info, nak tulis info jugak.. kalo korang komen macam tu sekali pom..aku terima seadanya..aku tak ego macam iffah.. aku mengaku aku silap..kekadang je iffah tak ngaku yang dia silap..korang pernah donlod movie atau cerita? korang tahu tak ada yang korang donlod tu gambar dia tak lawa.macam gambar cetak rompak je.. pastu time nak donlod tu korang perasan tak ada kod mcm ni.. TS, CAMRip,PPVRip, DVDRip, DVDSCR, BDRip,R5 dan R6. aku rasa korang semua yang kaki donlod movie orang puteh mesti tahukan?jadi, aku tak nak memanjangkan entry.nanti orang cakap aku nak sh

iffah tak puas hati

post ni relate dengan entry aku yang sebelom ni..tengok dari komen tu nampak macam ada orang tak puas hati je bila aku cakap yang muka aku ni adalah muka babyface...orang yang tak puas hati tu minta belajar terima hakikat yer.. aku tuju soalan ni untuk kaum hawa la..kaum yang akan bergelar ibu suatu hari nanti...? korang rasa korang nak muka yang jenis macam mana untuk bakal suami dan bakal bapa kepada anak anak anda? tapi aku sure sangat yang mesti ramai nak muka meced..tak nak yang babyface macam aku... korang tak rasa ke kalo dapat suami yang mukanya kiut ala ala babyface dan iras iras justin bibir tu boleh membuatkan anak korang yang bakal lahir nanti jadi kiut miut dan cantik molek??kena plak pasangan wanita tu sejak azali lagi peminat KPOP? tak gitu eh?korang jugak yang untung dapat baby macam Kim Tae Hee... tapi seriyes aku cakap..sekali tengok boleh la muka babyface...kalo 2 kali tengok konferm aku tersenyum sambil menahan gelak..jambu dan pinky tu.. ps : muka aku bukan

GIRORO TASK - kelebihan dan kekurangan

sori bro..tak siap2 lagi segmen ni nampaknya aku dah terlupa nak siapkan alien task dari sergeant keroro .. semuanya ada 5. aku baru sudahkan 2 task dan ada 3 lagi..kalo aku siapkan yang ni.maknanya ada 2 lagi..paham? aku tak nak keroro cakap, "nak join segmen...tasks tak nak buat.." kelebihan dan kekurangan. kelebihan aku la tu? seriyes aku bagitau yang aku ni tak de kelebihan kecuali satu iaitu kelebihan menjadi lelaki. lelaki tu satu kelebihan wooo.. sebab apa..? bila aku pegi supermarket, aku tak perlu nak pakai heel. bila nak kuar date, tak perlu pakai mekap..bila nak kuar rumah..tak perlu pakai shawl...nampak tu..satu kelebihan, tetapi berkembang menjadi banyak.haha..banyak lelaki yang tak menyedarinya kekurangan ek?kekurangan mana boleh bagitau sangat nanti tak banyak peluang nak tekel doktor. cikgu iffah bagitau yang kekurangan aku satu jer..muka aku ni muka babyface..tak leh guna untuk pancing orang yang ada tittle syarifah..rugi benor la tu...ehe ps : t

jangan fanatik

entry ni ditaip dikala dalam kebengangan bercampur dengan kefrustan..tapi..yang membaca jangan risau sebab tak de efek apa pom kalo baca entry ni..kebengangan tu takkan berjangkit macam penyakit malas cikgu iffah apa tidak bengangnya..aku dapat tahu yang Arsenal kalah 0-2 dengan liverpool. jiran aku yang baca ni mesti gelak terkekek kekek..ko jangan gelak kuat kuat bobo ..ehe.. atomatik peluang aku nak menang segmen teka bola laman ayah su jugak tiada..tak de rezeki la tu.. kekorang yang pompuan tu..jangan nak menyampah dengan entry aku pasal bola ni..korang kalo dapat laki yang minat bola, baru tahu macam mana..kena yang fanatik kaw kaw tu lagi la susah.. nak2 tegor laki time lepas team dia kalah.. "bang, macam mana bola?menang tak??" kalo yang panas mesti jawab.."bising je ko ni...aku tengah panas ni.." yang ni nasib la kalo pompuan dapat..stok macam ni tak banyak sangat kat luar tu.. kalo dapat yang senyap je time team diorang kalah..ok sikit kan? nak yang