Skip to main content

Posts

Pasangan busy?

Ada sorang kawan aku. Beberapa bulan yang lepas, dia bagitau yang dia jatuh hati dekat sorang nurse ni. Dia cakap dia serious nak dekat nurse tu. Dia bagitau yang nurse ni baik.. berhijrah. Dulu free hair. Sekarang sudah lain. Berhijab even tidak sempurna. Ada rupa. Sekarang sudah bekerja sambil belajar. Oohh.., nurse dan kawan aku ni dua dua warga singapura. Sebulan yang lepas dia bagitau, dia dengan nurse tu macam ada chance. Nurse tu pun macam ada perasaan juga dekat dia. Entah, aku tak tahu tactic apa yang dipakai oleh kawan aku tu untuk memikat nurse. Jampi serapah tu memang tak la.  Tak ada pengalaman untuk aku tulis entry "Tips Memikat Nurse". Kalau " Tips Memikat Doktor" tu boleh kott. Haha. Dia juga bagitau yang dia dan nurse tu dah jumpa. Maybe juga dari mata turun ke hati. Dari hati turun ke... usus besar? Usu besar turun ke..? Haha. Beberapa hari lepas dia text aku. Cakap nurse tu minta putus dengan dia. Pehhh. Kejapnya perhubungan. Aku tanya kenapa.

Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang lagi. Bagi aku ini adalah ramadhan yang kedua puluh dua. Yee.. syukur kerana kita masih lagi dipertemukan dengan ramadhan. Bulan yang mana Allah janjikan seribu rahmat bahkan lebih. Andai kita tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan tu, pasti kita mahu setiap bulan itu adalah bulan Ramadhan. Tapi, Allah simpan.. Allah cuma bagitau kita sebahagian kecil sahaja mengenai ganjaran, rahmat dan nikmat kurniaanNya pada bulan ini. Tapi, manusia memang sifatnya lalai. Sudah fitrah diciptakan sifat lalai dalam setiap diri manusia. Sebab tu Allah menyatakan dalam alquran yang golongan berjaya adalah golongan yang selalu berpesan dan beringat dengan kebenaran ( Islam ). Sebab itu, ramai manusia apabila masuknya bulan yang mulia ini..masih lagi alpha dengan permainan dunia. Bukan tuju kepada sesiapa, tuju kepada diri aku sendiri. Tahu, bulan ramadhan adalah bulan puasa. Tapi.. hanya ramai yang puasanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Perut kosong, tekak haus sepanjang hari. B

Merapu lagi

Orang yang sedang dalam suatu perhubungan tahu yang jujur dan kepercayaan adalah dua key untuk selama mana hubungan itu boleh bertahan. Diukur dan dinilai. Ibarat satu key yang boleh diceraikan menjadi dua bahagian. Katakan satu key sahaja yang berfungsi, key yang satu lagi akan akan hilang fungsi automatically. Tanpa salah satu, mustahil sebuah hubungan itu boleh terjalin dengan baik. Semua itu kepuraan. Dua kunci yang perlu bergabung untuk menjadi satu, untuk membuka ruang kemanisan suatu perhubungan. Kecapi manis itu bersama sama untuk selamanya. Rasa dah ada entry pasal jujur ni. Suami isteri khususnya perlu jujur walaupun untuk sekecik kecik hal. Biar nampak hal tu remeh, tapi.. jujurlah. Biar nampak usaha untuk kita membalas kepercayaan yang diberi tu. Jujur sejujur jujurnya. Biar perit, biar leceh. Jujur itu main point. Kita maybe kata, ''hmmmm. Tak ada effect kalau tak bagitau yang sebenar hal tu ni..sama je, leceh". Tu sekarang, tapi..ia akan makan masa yang lam

Emergency

Orang kata, bila dah pakai kereta, paling kurang kena spare satu ribu untuk  emergency kalau kalau kereta kita tu meragam. Tu paling sikit la kena spare. Kalau tak spare, alamat tak bergerak la kereta tu nanti. Nak jalan juga? Almaklum la. Kena berhutang lah kalau tak nak merompak. Kereta dah jadi benda keperluan dah sekarang ni, bukan lagi kehendak bagi golongan yang bekerja terutamanya. Kan? Tu kereta kan? Paling kurang seribu. Aku rasa seribu tu untuk kereta proton or perodua je. Hihi. Aku yang naik pacuan dua roda ni rasanya kena spare juga lah untuk emergency. Paling tidak pun lima puluh hinggit. Yee lahh. Kenderaan yang paling jimat, service dia pun mesti sikit je. Lagi satu, pacuan dua roda ni aku rasa benda yang paling wajib dan menjadi keperluan untuk orang lelaki bujang. Kalau jutawan bujang, tu lain cerita. Tu orang kata, zaman sekarang ni.. sikit sikit nak duit. Sikit sikit perlu duit. Semuanya duit. Laki bini gaduh sebab duit tak cukup. Kawan baik sejak tadika gaduh seb

Jerebu Memutih

Kecoh beberapa hari ini dengan masalah jerebu sehingga dewan rakyat pun ingin membahaskan isu ini tetapi ditolak oleh YB speaker. Tapi, sekarang jerebu tak lagi memutih dengan turunnya hujan sehari dua ni. Dijangka juga hujan akan berlarutan sehingga Jumaat ini. Syukur kepada Allah, Dia mendatangkan jerebu sebagai peringatan hinggakan ramai yang kalut pasal masalah kesihatan dan Dia juga mendatangkan hujan untuk kita semua bersyukur selepas itu. Semua itu ada hikmah. Alhamdulillah. Semua maklum lah yang jerebu ni punca dari pembakaran hutan di Riau. Setakat ni sudah 10 dipanggil untuk disoal siasat pasal pembakaran hutan ni. Manusia. Jelas di sini, manusia adalah makhluk punca kemusnahan bumi ini sendiri. Tidak gitu? Betul lah macam tu. Tangan - tangan jahat manusia sendiri yang menghancurkan bumi ini. Even, saban tahun ada je saintis mendakwa ada planet yang boleh didiami manusia selain bumi. Tapi, sampai sekarang pun  tak ada lagi kan orang orang yang hidup kat sana? Haha. Tengok ma

PJJ

First of all, minta maaf sebab tak sempat nak berblogwalking. Internet terhad dan juga masa yang terhad. Tambahan internet dekat Malaysia ni kejap laju kejap siput. Maybe ramai pencuri kabel kot. Tu pasal syarikat Internet tak stable sangat nak supply line. Pencuri pun majoriti ramai yang Melayu , jahat betul pencuri ni. Menganiya orang orang Melayu sendiri ni. Haih. Tapi, adakah si pencuri hati tu dikira jahat juga? Dia mencuri hati dari jauh. Kita sedar hati kita dicuri setelah sekian lama kita alpa. Adakah salah pencuri itu yang mencuri hati ataupun salah kita yang terlalu leka? Kita selalu salahkan orang lain kerana kita tak nak terima kelemahan diri kita. Kita pasti salahkan orang lain yang sampai hati dia mencuri hati kita. Betul ke? ( intro yang tak ada kaitan pun actually. haha.) Kat sini bukan nak cerita pasal pencuri hati. Kat sini nak cerita bila hati dicuri dari jarak yang jauh. Maka terjadilah PJJ yang mana bunyi lengkapnya adalah percintaan jarak jauh. Sungguh he

Nasib Rider

Kalau semalam terpampang di muka akhbar Metro tajuk utamanya 'Bahana Kencing Setan'. Akhbar metro ramai yang dah sedia maklum antara akhbar yang ramai diminati oleh kaum Melayu. Mana tidaknya, tajuk yang pelik dan kontroversi sambil itu padanya ada juga yang berbaur kelucahan. Haha. Tak percaya. Tak perlu bukti. Cukup logik akal jee. Hihi. Bukan nak cerita pasal Metro, tapi nak cerita yang mana kecuaian pemandu kereta yang mabuk dengan air kencing setan ni meragut 3 orang penunggang motosikal dengan menyeret 3 buah motorsikal. Mana tidaknya, first dia langgar satu motor, seret duluuuuu..then,.langgar satu motor lagi.. seret juga. Dah dua motor kan. Then last sekali, langgar satu lagi motor.. seret juga. Fuhh.. dasyat. Paling menyakitkan adalah yang pertama dilanggar..mesti jauh diseret. Dalam hal ni, sah la yang pemandu kereta yang mabuk tu salah. Dah la mabuk, memandu pula dalam mabuk. Dua kesalahan kat situ. Tak perlu nak tunggu inspector polis sahkan dia salah ke tak. Haha

Higuain For Arsenal?

ENTRY ARSENAL Lama sudah tak update berita tentang Arsenal. Bukannya hilang semangat The Gunner dalam diri  ni. Cuma tak berapa nak bermaya sikit dengan Arsenal season ni. Merajuk dengan Arsenal. Merajuk dengan Wenger. Bara Arsenal masih lagi hangat membara walaupun jarang sekali menyala menyambar. Hihi. Terbaru pasal Arsenal adalah tentang transfer pemain baru untuk musim yang akan datang ni. Pre Open. Maybe juga pre order. Higuain adalah yang paling hangat sekarang ni dikaitkan dengan Arsenal. Deal bernilai 22 Juta euro untuk kontrak 5 tahun berkhidmat dengan Arsenal. Higuain... hmmm.. not bad la untuk ganti tempat Persie. Baru 25 tahun mamat jambang tu. Tapi, Higuain juga dikaitkan dengan Tottenham. Katanya, Higuain akan memilih Arsenal ataupun Tottenham. Tengok team mana yang layak pergi Champion League untuk musim depan. Jadi, pre order ni nampaknya macam  tertakluk dengan syarat, dan syarat itu juga adalah munasabah diletakkan oleh Higuain. Nak main Champion League l

Lelaki Itu Sama Je!!!

Soalan dan jawapan penting untuk perempuan memahami lelaki Allah SWT sebut dalam al-Quran, 'وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى' Dan bukanlah anak lelaki itu sama seperti anak perempuan.' [Ali-Imran:36] 1. Kenapa lelaki suka melihat perempuan? Aljawab, kerana melihatnya dapat memuaskan nafsu. Seperti kucing suka melihat ikan, si lapar melihat makanan. Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَاتِ مِنَ ٱلنِّسَاءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَاطِيرِ ٱلْمُقَنْطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلأَنْعَامِ وَٱلْحَرْثِ ذٰلِكَ مَتَاعُ ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَٱللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ ٱلْمَآبِ 'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Ali-Imran:14] 2. Apa lelaki mahu ap