hari ahad. hari minggu dan hari untuk santai menyantai. hari ahad juga adalah hari sebenar untuk aku berlepas pulang ke malasia. tarikh yang asalnya termaktub di atas tiket untuk aku terbang bersama sama saudi airlines. tarikh 4 jun plak dijangka kaki aku sudah terpijak di alam nyata. negara nyata bernama Malaysia.kah3 tapi, itulah masalanya. tak jadi balik. extend tiket kepada bulan Julai. entah pape. rugi bilangan hari untuk aku berlibur.. biasanya macam tu la. time cuti lambat lg, mulalah terasa nak balik cepat. haaa.bila cuti dah datang, rasa tak nak pulang. tersembunyi di dalamnya hikmah. semalam sempat lagi jumpa sahabat dari Jordan yang datang buat umrah. kalau aku balik hari ni, rasanya tak sempat kot nak bermesra. mungkin sibuk dengan persiapan packing & sebagainya. walhal memang tak pernah packing awal pun. member yang kenal time aku bermusafir kat Jordan tika musim sejuk baru2 ni. sekali kenal, selamanya kita kenal. sekali bersahabat, sampai mati kita bersahab