Skip to main content

Posts

Showing posts with the label G7

TRIP YONG BELAR 2H1M (MEI 2018)

Suka dalam duka bila hiking ni memang sentiasa ada. Suka dan duka itu sering kali silih berganti semasa on trek sahaja. Manakala yang suka memanjang bila sebelum dan selepas off trek. Gunung Yong Belar adalah antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia yang terletak di Lojing, sempadan Kelantan. Apa yang menarik tentang Yong Belar adalah hutannya yang mossy dengan pokok-pokok yang kelihatan kehijauan bersama dengan lumut-lumut halus yang melekat pada keseluruhan pokok. Trip pada 11&12 Mei ini adalah yang dianjurkan oleh Group Team Kembara dan Rekreasi atau lebih senang dengan panggilan TKR. Group ini diketuai oleh Tuan M. Arif sebagai Gogo telah merancang aktiviti menawan puncak Yong Belar dengan menjadikan air terjun Pelaur sebagai tempat persinggahan bermalam.  Apa yang seronoknya hiking ni bila dapat camping dan santai-santai menikmati alam. Kita tidak terkejar-kejar untuk menawan puncak sahaja, tetapi setiap perjalanan kita itu sentiasa ada makna dan ken