Skip to main content

Posts

Arsenal & Hot Mocha

ENTRY ARSENAL Puas hati bila Arsenal menang. Tak menyesal pula menghabiskan duit untuk secawan hot mocha pada musim dingin. Memang terbaik game Arsenal semalam. Penuh bernafsu diorang main. Untuk musim ni, bagi aku.. game semalam memang the best. Menang besar pula tu.. 7-3 membalun New Castle. Sebenarnya tak ada niat pun nak pergi tengok match semalam.. Tapi teringat pula dekat mocha. Lama dah tak minum hot mocha. Last minum rasanya tiga minggu lepas. Tapi, tak apa.. after this dapat minum mocha setiap dua hari. Ada orang nak buatkan katanya. First kena layan game Man Utd sebab pergi cafe tu tumpang fan Man Utd. Lepas tu, fan Man Utd cakap dia nak balik lepas habis game tu sebab dia ada exam esok. Aku cakap tak apa lah.. tinggal je aku, nanti aku balik jalan. Boleh je mana - mana pun. Alang - alang datang, tengok terus la Arsenal. Lagi pun, gap lepas game tu dalam setengah jam je. Skuad yang Wenger turunkan Arsenal memang the best untuk menjamin kemenangan. Walcott sebag

Oral dan Kalau

Alhamdulillah... ku panjatkan setinggi - tinggi kesyukuran terhadap Illahi. Masih diberikan segala nikmat walaupun setiap hari diri ini tidak terlepas dari melakukan dosa dan noda terhadapNya. Alhamdulillah kerana dapat melalui satu exam dengan jayanya. Exam oral Quran. Satu sudah lepas...tinggal lagi 7 paper yang bermula akan sabtu ni. Doakan aku. Biasanya, exam lisan ataupun oral ni tak susah bila kita dah confident yang kita ingat semua yang akan disoal oleh lecturer nanti. Contoh macam aku, exam Quran, lecturer bagi 10 maqra' kepada student untuk hafal dan ingat. 10 maqra' tu dalam sejuzu' lebih. Jadi, jika aku ingat, yakin and confident dapat jawab jika lecturer soal ayat mana pun, sudah tentu tak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya bila kita cuak ataupun berdebar. Tak dapat dinafikan yang sudah fitrahnya kita diciptakan ini ada bersamanya rasa cuak. Faham - fahamlah kalau cuak, sah yang kita akan tergagap - gagap nanti. Yang betul - betul ingat confirm j

Satu Penyakit Satu Penawar

Jauh aku merenung. Merenung kenapa penyakit malas dalam diriku ini begitu besar sekali. Ibarat tumor yang tumbuh di suatu tempat, makin membesar dan merebak ke bahagian lain. Bukan sekadar mengancam tempat asalnya, tetapi turut membahayakan bahagian yang lain. Metastasis. Makin dibiarkan makin parah jadinya. Tak ada yang lain dapat merajinkan diri kita melainkan diri kita sendiri. Penawar yang paling berharga datang sekali bersama dengan jasad yang sudah parah di makan malas. Satu jasad, satu penyakit, satu penawar. Unik bukan.? Tinggal sahaja tuan punya jasad untuk bertindak. Sama ada jasad itu reput dan busuk dengan malas ataupun kembali sihat dan bersinar dengan penawar rajin. Sungguh, penawar yang bernama rajin ini kadang-kala memerlukan anasir luar untuk membangkitnya yang lama tidur di dalam diri kita. Sama ada moral support mahupun kata - kata nasihat dan juga peringatan yang dapat diterima dek akal. Tunggu masa untuk dibangkitkan. Ada yang sedia bangkit tanpa memerluk

Match Kalah Mati UCL - Arsenal vs Bayern

ENTRY ARSENAL Baru sebentar tadi berakhirnya cabutan penentuan lawan untuk 16 team yang akan berlawan di peringkat kalah mati. Nampaknya boleh tahan juga cabutan kali ini. Ada fight dan agak sengitnya juga. Arsenal dengan Bayern. Ada fight ke..? Mana - mana yang haters Arsenal, senang je jawapan diorang... " Sah - sah Arsenal jadi lauk lepas ni...haha ". Aku pun macam ragu - ragu juga dengan Arsenal ni, tapi.. kalau sampai jadi lauk tu memang tak la. Aku yakin yang Arsenal paling kurang menang di Emirates.  Setia di belakang Arsenal.  Bayern merupakan salah satu team yang kuat jugak. Musim lepas dia kalahkan Barcelona untuk ke peringkat akhir dan melawan Chelsea. Kalau Arsenal menang nanti, aku yakin yang player - player arsenal akan lebih confident untuk game - game nanti. Lawan naib juara UCL musim lepas kot. Sama - sama nanti la. 12/13 February nanti untuk match kalah mati ni. Aku juga tak sabar nak tengok kekalahan Man Utd. Aku akan jadi fan Real Madr

5 Pemain Harapan Arsenal

ENTRY ARSENAL Nampaknya Wenger mengambil langkah yang bijak untuk menjadikan Arsenal lebih stabil dengan mengikat pemain - pemain muda untuk jangka masa panjang. Terbaru, wenger telah mengikat 5 pemain muda Arsenal yang aku rasa boleh mengemudi Arsenal di kemudian hari. Aku juga rasa ianya satu langkah bijak Wenger untuk mengekalkan karier dia dengan Arsenal. Hehe  Lima orang adalah Jack Wilshere, Ramsey, Chamberlain, Gibbs dan juga Jenkinson. Sudah pasti leader dalam kalangan 5 orang tu adalah Wilshere. Aku rasa Wilshere ni boleh mengubat hatiku yang lara sebab Fabregas berpindah pergi ke Barcelona tempoh hari. Bakal mengganti posisi Fabregas. Come on, make the Arsenal unbeaten for the next season. Antara 5 tu, kita boleh tengok yang Walcott nampaknya tidak berminat untuk menandatangani kontrak baru dengan Arsenal. Mungkin dia masih lagi dalam dilema. Rasa macam nak sambung sebab boleh main tempat striker. Jika dia tidak sign kontrak baru juga dalam masa dua minggu ni, nampaknya

Adik - adik PMR

Tahniah kepada adik - adik yang berjaya mendapat result yang cemerlang dalam PMR. Tahniah juga kepada ibu bapa kerana berjaya membentuk anak - anak yang cemerlang serta bijak pandai dalam pelajaran. Sesungguhnya pelajaran akademik itu akan lebih kukuh dan mantap jika digabungkan dengan pelajaran rohani dan sahsiah. Pelajaran dunia dan akhirat. Kepada yang kurang berjaya, jangan lah kita menambah pula duka adik - adik mahupun anak - anak kita. Usah lah diejek sekiranya mereka gagal. Bagilah galakan dan semangat untuk mereka terus gagah untuk bangkit meneruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangan mereka yang kemuncak di alam persekolahan adalah SPM. Boleh dikatakan yang SPM adalah kayu ukuran kemana mereka selepas ini. Salah satu antara kayu - kayu ukuran. Sekiranya ada adik kita mahupun anak yang tidak mengambil PMR, usahlah gusar kerana tuan blog pun tak menduduki PMR. Tuan blog masih dapat meneruskan hidup yang sihat walaupun tidak mengambil PMR, tetapi tuan blog mungki

Study Last Minute

Perlahan tangan ini membawa kudrat. Meratah petak – petak keyboard dengan penuh tenang. Cuba mencoret sepatah dua untuk ubibadok. Bersamanya dirangkul janji-janji yang belum dilunaskan. Janji ingin sehidup dan semati. Sungguh, diri ini penuh dengan kelemahan. Harapan dan janji menjadi azimat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sesal akan diri ini. Sungguh hiba diri ini bila test dipostponekan oleh lecturer. Bertungkus-lumus berjaga malam, menghabiskan sisa – sisa sukatan pembelajaran. Padah study last minit. Mata menanggung seksa. Otak menanggung beban. Tapi, dia sentiasa ada di sana... membuat diri ini mampu tersenyum. Hilang segala bebanan. Sering kali saja diri ini suka study di minit – minit yang last. Satu tips di sini untuk mereka yang sukakan cabaran study last minit agar tidak mengantuk di kala malam menjelma. Usahlah diisi perut yang serba boleh diisi itu dengan nasi di kala senja berlabuh. Nanti belum sempat malam menjadi tua, kamu sudah lena diulit bid

Jangan Pandang Mudah

Jangan mudah mengucapkan lafaz cinta jika diri ini masih belum bersedia untuk mencintai orang itu dengan sepenuh hati. Jangan mudah melafazkan rasa sayang jika diri ini masih belum yakin dapat memberi kasih sayang yang sempurna buat si dia. Sesungguhnya kata cinta itu ada seribu erti buat seseorang. Seribu erti yang amat susah untuk dirungkai. Jangan dibiarkan bibir ini ringan menyebut kata setia jika diri ini masih lagi galak bermain ayat dengan perempuan lain. Jangan. Jangan dan jangan sesekali. Semua itu seronok pada zahirnya. Ya.. memang seronok. Merasakan diri ini hot dan disayangi oleh ramai orang. Tapi... tahukah kita yang adanya orang yang merana di balik keseronokan kita itu..? Zalim. Usah diberi pengharapan yang menggunung jika diri ini masih lagi tidak yakin untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah keluarga. Usah bermimpi untuk 'test market' di pasaran Facebook mahu pun Twitter. Sesungguhnya, market kita ini akan sentiasa laku. Sentiasa laku kerana manusia meni

wordless wednesday

aku suka rabu sebab esok dah cuti.. hehe **love you too.. haha