Skip to main content

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023



Perlawanan final Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan sudah 5 minit berlalu. Para VIP dan tetamu jemputan sedang asyik melihat perlawanan antara SMKA Arau B melawan SMKA Syeikh Abdullah Fahim.
Satu sekolah dari Perlis, satu sekolah lagi dari Pulau Pinang. Perak yang menganjurkan kejohanan, namun sayang tidak ada rezeki untuk mara ke peringkat akhir.
Di gelanggang sebelah, kelihatan AJK Persiapan Tempat sedang sibuk menyusun pentas untuk majlis perasmian penutup. Mereka cuma ada lebih kurang 20 minit. Kalut! Semua nampak sibuk.
Amin sibuk dengan speaker dan mikrofon. Ditarik wayar extension mencari plug terdekat bagi menghidupkan speaker.
“Tarik… tarik… tarik belakang lagi wayar tu.” Arah Amin kepada Zahrul. Peluh yang kelihatan merecik di dahinya tidak dihiraukan.
“Angkat meja mari sini. Hampar kain. Lepas tu susun hadiah atas ni.” Cikgu Ili yang bahagian hadiah tak kurang sibuknya. Memberi arahan kepada pelajar untuk membantunya. Tugasnya adalah menyusun hadiah yang hendak disampaikan kepada para pemenang nanti.
Khairum pula sibuk membelek helaian kertas pengacara majlis. Walaupun tanpa kontrak hitam putih, tapi ramai yang membayangkan dia sudah menjadi pengacara tetap untuk acara rasmi sekolah. Tetap tidak berpencen!
Di hujung gelanggang kelihatan Wardi khusyuk memerhati perlawanan akhir. Tangannya bersilang di atas dada lagak seorang jurulatih. Sesekali, tangannya perlahan menggosok dagu yang dipenuhi dengan janggut.
‘Kan bagus kalau team aku yang main dekat final ni’. Barangkali ini suara hati Wardi ketika itu. Pasukannya telah kecundang di peringkat kedua. Kedua-dua pasukan A dan B kecundang. Selangkah saja lagi sebelum memasuki suku akhir.
Kata Pengetua, “Pasukan kita bukan tak baik, tapi pasukan lain lebih baik dari kita!” Ini yang perlu diakui. Hakikat. Kita bagus, tapi masih lagi perlu berusaha untuk menyaingi pasukan-pasukan lain yang juga bagus.
“Mil, buku program mana?” Tanya Amin.
Aku terkesima. Soalan Amin buat aku terkedu. Buku program? Sudah!
“Aduuuu Min, tak buat lagi ni! Lupa! Tak ingat langsung! Sempat lagi ke?” Sejujurnya langsung tidak terlintas pasal buku program pada hari itu.
Masa ada lebih kurang 15 minit lagi sebelum majlis perasmian penutup.
Aku bergegas menuju ke kereta mengambil laptop.
‘Buat dulu, buat dulu! Sempat ke tak nak buat ni?’ Gumam hati sendiri dalam keadaan berbelah bahagi. Nak buat, takut tak sempat. Kalau tentu tak sempat, baik tak buat terus.
Kaki terus melangkah sambil otak ligat mencari jalan.
‘Apa nak jawab dengan pengetua ni.’ Hati mula risau.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google