Harapan Bulan Ramadhan

8 comments
Ramadhan hampir menjelma lagi. Rasanya sekejap sahaja. Itu hanya perasaan. Realitinya sudah 11 bulan ianya berlalu semenjak Syawal yang lalu. Apakah kita punyai rasa rindu kepada Ramadhan yang bakal bertamu? Ya, ianya tetap akan datang walaupun tidak diundang.

Ramadhan selalu diertikan sebagai bulan yang mendidik. Boleh juga diertikan sebagai bulan untuk permulaan taubat. Ianya seiring dengan kesesuaian individu itu sendiri. Tapi, malangnya suasana di Malaysia seakan untuk menafikan kemuliaan bulan Ramadhan ini.

Tengok sahaja bila masuknya awal Ramadhan. Pasaraya - pasaraya sudah menaikkan iklan di billboard jalanan tentang diskaun jualan mereka. Bahkan diskaun sehingga 90 peratus! Lihat sahaja di corong - corong radio, asyik memainkan lagu - lagu raya. Jika suasananya berterusan begini, sampai bila bulan taubat, bulan mendidik itu dapat diaplikasi dengan sebetulnya dalam jiwa kita?

Saban tahun ianya akan berterusan sebegini. Tidak tahu salah siapa. Mungkin ianya sememangnya sudah sebati dalam jiwa Melayu Islam. Tapi, sampai bila kita mahukan suasana berterusan begini sebaik sahaja tetamu yang penuh keberkatan datang bertamu. Kita mahukan kedamaian dan ketenangan sepanjang sebulan sahaja. Itu yang diharapkan. 

Sekian harapan daripada seorang yang mengharapkan Melayu Islam di Malaysia ini sibuk merebut ganjaran di bulan Ramadhan berbanding merebut diskaun di pasaraya. Sibuk dengan lauk pauk di bazar Ramadhan. Aku ingin melihat suasana yang tidak hipokrit. Mendakwa dirinya sebagai Islam, ingin meraih Syurga Firdaus, tapi perbuatan dan tatatertib melambangkan sebaliknya. Ayuh, rebut ganjaran Ramadhan. Tanamkan azam. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. akak suka kalau time bulan ramadhan. zikir kat surau lain macam je sayu dengarnya. masa tu boleh nampak ramai bertelekung ke surau. surau depan rumah tapi macam tak boleh nak terawih kat sana. ada baby kecik. terawih kt rumah jela. dengan harapan Uwais ikut ummi terawih skali hihihihi

    ReplyDelete
  2. aku paling pantang...belum puasa pun lagi...pasaraya2 besar ni da sibuk promosi raya dorang...geram je aku tengok...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kita sama2 terjaga dan terdidik. Nasyeed2 dari yusuf islam dan sami yusuf je lah y tinggal untuk menaikkan mood ramadhan kalau kat tv.

    ReplyDelete
  4. tak sabar nk tgu raya je ni.
    nak kawen. kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan HJ. Moga kali ni kita beroleh lebih keberkatan berbanding ramdhan yg lepas.

    Ramadhan terakhir di sana ye tahun ni?

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan HJ.. belajar belum habis lg eh..ramadhan kt mana tahun ni?

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan!
    kat saudi mesti meriah kan :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia