Cerita MERS di Saudi

5 comments
Assalamualaikum…

Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu tentang wabak virus yang melanda Arab Saudi sekarang ini. Virus yang dikenali dengan MERS telah menyebabkan kematian hampir kepada 300 orang. Kes ini banyak tertumpu di Jeddah dan Riyadh dan beberapa kes di Mekah dan juga Madinah. Aku juga tidak pasti sama ada angka itu adalah angka rasmi atau pun sudah banyak yang terkorban disebabkan virus ini. Virus ini dipercayai datangnya daripada unta dan mula dikesan pada tahun 2009 lagi. Mungkin berita ini tidak dapat liputan meluas ekoran kematiannya tidak berada di paras membimbangkan.

Ekoran daripada wabak virus MERS ini, baru – baru ini pihak kerajaan Saudi telah memotong kuota visa untuk mengerjakan ibadat umrah di tanah suci Mekah sehingga 50 peratus. Sudah tentu banyak syarikat travel yang mengalami kerugian rentetan daripada pihak Saudi yang tidak memberi memo awal terlebih dahulu. Kebanyakannya mengalami kerugian dari segi prasarana untuk para Jemaah. Kebiasaannya, pihak travel akan membayar terlebih dahulu bayaran hotel secara penuh dan mereka telah mengalami kerugian bila para pelanggan pakej mereka tidak dapat memasuki Negara Saudi.

Di sini aku mengakui yang Saudi ni memang ambil berat dan prihatin tentang hal ehwal para jemaah yang memasuki negara mereka. Cuma terdapat kekurangan pada mereka adalah sistem mereka itu sendiri. Sistem dan pengurusan mereka sedikit mengecewakan. Bukan sedikit, bahkan bila terkena dekat kita sendiri, ternyata yang ianya sangat – sangat mencewakan. Sepatutnya pihak mereka mengeluarkan memo atau pun notis terlebih awal tentang pengurangan kuota ini. Paling kurang pun sebulan lebih awal. Sendiri boleh bayangkan berapa kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat travel. Syarikat travel yang besar – besar tu okay la sebab boleh cover lagi, syarikat yang baru nak berjinak dengan travel ni macam mana? Lingkup terus?

Orang yang belum lagi berjalan ke Tanah Arab mungkin belum pernah mengalaminya. Nak tahu macam mana perangai, sistem dan pengurusan orang Arab, boleh la datang ke Arab Saudi atau pun Mesir. Boleh tahu macam mana dan boleh rasainya sendiri. Kalau bernasib baik, dekat imigresen di lapangan kapal terbang pun dah boleh merasanya. Bayangkan kaunter imigresen ada 7 – 8 buah, yang buka hanyalah satu kaunter dan semua kena beratur panjang. Kalau panjang sangat, boleh sampai dekat kapal terbang yang kita turun!!


**Negara Arab ada potensi untuk menjadi Negara Islam yang terbaik. Mereka ada duit. Kekurangan mereka adalah sikap, sistem dan juga pengurusan. 

**Jemaah umrah dinasihati mematuhi etika keselamatan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan MERS
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. tu la ada member 1 family sepatutnya p umrah 1 jun aritu tp sbb MERS ni terpaksa ditunda sehingga diberitahu katanya.. terpksa redha lah takde rezeki katanya.. kesian jugak cmpany travel yg kecik2 kan..hurmm

    ReplyDelete
  2. oo ea. baru tau pasal MERS tu..

    *gaya kau tulih macam pembaca berita dah weh
    (ni satu pujian)

    ReplyDelete
  3. ade juge dgr pasal wabak ni
    tp tak ambil peduli pun

    ni dah baca ni dapat juga sikit info

    p.s: lagi 1 negara arab ni korupsi dorg pun teruk juga
    ada member pernah sangkut kat imegresen saudi, act takde hal pun tapi nak lepas juga kena hulur juga hewhew dah macam kat thai je

    ReplyDelete
  4. Tu lah.. Padahal mereka dah booking hotel tu awal kan? Byk yg alami kerugian

    ReplyDelete
  5. Laser engraving Lazer Engraving All About Laser Engraving Decoration Laser Cutting Laser cutting Lazer Engraving Machines Marking with Laserlight
    Engraving Machine HPC Laser will be the UK and European distributor involving Laserscript CO2 laser cutting devices and laser engraving,

    Here is my web blog - laser engraving urns (arigato-japan.net)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia