Seri di Emirates

1 comment
Ramai ke fans Arsenal yang berjaga pagi untuk tengok game Arsenal lawan Menyu? Apa perasaan korang lepas reff tiup wisel penamat? Tak menyesal kan? Fans tegar mana boleh menyesal, always behind the team. Kalah, menang ataupun seri. Tapi, game malam ni memang hambar. Sayu dan layu je. 

Arsenal pada pagi ini hanya dapat mengutip satu mata apabila hanya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Menyu. Ramai fans yang mempertikaikan kenapa kita hanya mampu seri dengan Menyu sedangkan banyak kelab-kelab bawahan dapat tibai Menyu dengan sesuka hati diorang. 

Sudah tersurat sedemikian. Nak buat macam mana kan? Nak tibai tu memang nak bila mana kita kalah 0-1 di Old Trafford pada awal musim ini. Pak Wenger memberi ulasan. Katanya, pemain kita pada malam ini fokusnya hanya tidak mahu gawang dibolosi. Fobia la tu apabila Sabtu lalu gawang Shazwani teruk dirogol oleh Liverpool. 

Taktik Pak Wenger adalah menguatkan bahagian defend dengan memasukkan Gibbs sebagai first eleven dan juga Rosicky menggantikan Chamberlain untuk tempo permainan yang laju. Tapi, nampaknya kita juga gagal menjaringkan gol. Hanya satu pertukaran yang dibuat oleh Pak Wenger pada minit ke 74 dengan mengeluarkan Rosicky dan memasukkan Chamberlain. Pertukaran ini tidak dapat menukarkan result awal permainan  0-0. Ianya kekal hingga ke wisel penamat. 

Aku tahu, ramai fans yang tak berapa puas hati dengan Giroud sebagai striker utama Arsenal buat sekarang ini. Ramai juga yang tidak puas hati dengan Wenger atau pun dengan board Arsenal yang hanya menandatangani Kallstrom pada January transfer baru - baru ini. Team kita perlukan word class striker yang utamanya, bukan lagi midfield untuk lebih menampakkan lagi sinar jalan untuk menggapai piala pada musim ini. 

Shazwani
Sagna - Sacker - Koscielny - Gibbs
Arteta - Wilshere
Rosicky - Ozil - Cazorla
Giroud

Pak Wenger memuji persembahan Ozil pada malam ini. Katanya Ozil bermain dengan baik dan sangat mengambil berat tentang pasukannya. Seorang yang ingin yang terbaik buat pasukannya. Katanya lagi, Ozil ni dapat menjaringkan gol kalau diikutkan perasaannya. Ozil ni dapat sahaja shoot terus ke gawang gol tanpa menghiraukan striker.  Tapi, entah lah Pak Wenger, kalau macam gitu, tak adalah kita kena lanyak 1-5 dengan Liverpool.

Tambahan itu, Wenger juga memuji Giroud pada malam ini. "Dia mencuba dengan sepenuh daya pada malam ini dan saya yakin dia akan dapat menjaringkan gol jika kekal dengan cara dia bermain seperti malam ini." Hek eleh Papa Wenger, nampak macam tak nak beli striker dah ni.

**Gandingan Cazorla dan Ozil memang baik dan aku rasa, Ozil bermain lebih baik kalau dia bermain di bahagian wing kiri.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. keputusan seri ini membuat chelsea kekal diatas.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia