Musim Sejuk di Madinah 2013

4 comments
Musim sejuk kembali kunjung tiba di bumi Madinah. Agak lewat sebenarnya nak merasa sejuk kat sini. Seminggu yang lepas baru betul - betul sejuk. Sejuk yang sekitar 16 - 19 darjah celcius pada waktu pagi. Sejuk macam ni ada kalanya memang sejuk jika angin bertiup kuat. Senang je nak ukur kesejukan kat Madinah ni, kalau agak - agak tak boleh tahan tanpa sweater.. tu tandanya memang kesejukan betul lah tu.

Kalau Malaysia, waktu - waktu macam ni memang musim hujan la. Sejuk tu sejuk juga, tapi sejuk dengan air hujan yang sentiasa turun, awan yang selalu mendung dan cahaya matahari terhalang untuk memancar bumi. Petanda awal masuknya musim sejuk kat sini adalah dengan malamnya menjadi semakin panjang. Bahasa senangnya, matahari terbit lewat dan terbenamnya pula adalah terlalu awal. Kalau dekat - dekat negara Europe, biasanya waktu akan diawalkan sejam bila masuknya musim sejuk ataupun winter ni.

Bagi aku, memang aku tak berapa nak suka sangat kalau musim sejuk ni. Tak seperti sesetengah orang yang sememangnya menunggu musim sejuk ni. Katanya sedap tidur, nyaman je, tak ada nak berpeluh bagai. Haaa. yang tu memang la.. kelebihan kan. Aku tak kisah sangat pasal tu. Tak ada musim sejuk nyenyak je tidur. Silap - silap terlebih tidur lagi. Paling ketara bila masuk musim sejuk ni, seringkali akan berulang - alik ke tandas. Buang air kecil. Part ni memang aku tak suka. Benda ni bukan benda yang boleh kita control. Tak dapat tidak memang kena pergi la toilet tu. Dalam sejam ada la 3 atau 4 kali pergi toilet kalau lepas minum air. Biasanya, untuk elak benda ni.. aku akan kurang minum air. Risikonya nanti bibir akan jadi kering dan menggelupas, lepas tu berdarah. Pedih woii.

Satu lagi yang tak best bila masuk musim sejuk, kebarangkalian untuk merasa lapar tu semakin  cepat. Katakan pukul 7 breakfast, pukul 10 tu biasanya perut akan meminta makanan lagi. Lepas tu pukul 2 perut akan menagih simpati. Lunch katanya. Lepas tu dalam pukul 5.30 petang dah maghrib dan perut akan meminta untuk dinner. Bayangkan pukul 5.30 perut dah meminta dinner dan nak sampai kepada pukul 10 malam? Dah la masa 5.30 hingga pukul 10 tu adalah waktu orang bujang aktif. Banyak makan kalori. Sebab tu orang panggil musim sejuk ni adalah musim untuk merternak lemak. Logik akal aku buat teori yang musim sejuk ni kerap kali lapar disebabkan badan perlu lemak untuk memanaskan badan. 

**even musim sejuk ke musim apa, tak payah nak merungut sangat la sebab Allah dah aturkan benda ni jadi macam ni. Tak suka, tu diam - diam je lah. Nak protest dengan Allah ke? Hehe
**macam panjang pula. padahal ada lagi point nak tulis ni. Haha.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. macam panjang je..
    tapi gak ambo baco jugok..
    haha.. kelate pun sejuk jugok..
    musim hujannn.. tapi tak sampai tahap 'boh' lagi laa.. :D

    ReplyDelete
  2. musim sejuk kat luar negara mcm best je nengoknye.
    tp xtahulah yg sendiri merasenye caner plak kan hehe
    yg kite kat Malaysia ni mampu tengok & dgr cite2 kwn2
    je lah hehe

    tp mmg pon kalo time2 sejuk asyik lapar sesaje :P

    ReplyDelete
  3. untuk mengelakkan lapar pergi duduk dekat api, kot2 la lemak tak diperlukan untuk memanaskan haba kan hihihi

    dik, insyaAllah mama papa akak gi umrah bulan dua nt, time tu sejuk tak?

    ReplyDelete
  4. Seriously I'm freaking envy with you :(
    Seronoknya dapat pengalaman ke luar negara!

    Btw kat sini asyik hujan je -_-

    p/s: kamu dah takde tuiter ke?

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia