Skip to main content

ganti dahulu ke baru boleh puasa enam?

macam mana syawal.?tak habis lagi ke raya..? dah2 la raya..pose enam la plak..hehe..memana pompuan yang nak pose enam mesti nak tahu sama ada boleh tak nak pose enam jika belom lagi menggantikan pose diorang di bulan ramadhan baru ni.

ada dua pendapat ulama tentang keadaan ini. PERTAMA adalah BOLEH. dalilnya adalah Aisyah r.a pernah mengakhirkan pose gantinya hingga ke bulan syaaban. Mafhum hadis “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.] hujah ulama', sebagai isteri Nabi s.a.w tak mungkin Aisyah tidak berpuasa enam. jadi dia sudah berpuasa enam di bulan syawal dan pose gantinya diganti di bulan syaaban nanti.

KEDUA adalah TIDAK BOLEH. Hujahnya adalah hadis daripada Nabi s.a.w sendiri. “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Nabi mengatakan "berpuasa Ramadhan"...so, sesape yang nak pose enam tu kena lengkapkan pose ramadhan dia yang mana tertinggal tu baru boleh disusuli dengan pose enam.

kalo ikutkan dengan teliti..pendapat kedua adalah lebih kuat..dahulukan amalan wajib baru disusuli dengan amalan sunat..betul tak..?aku tulis ringkas ringkas gini je.. sesape yang tak paham.pergi tanya la mana2 ustaz pilihan..tapi, kedua dua adalah betul..ikut kita je nak buat macam mana.

ps : puasa enam ni dapat membahagiakan perut korang

Comments

  1. puasa je terus bulan syawal....hehehe...better. ganti + puasa 6 skali...

    laki ok ..hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau Ika, buat pose ganti dulu baru pose enam hehe




    lama xsinggah sini,apa khabar? :)

    ReplyDelete
  3. tak tau..
    tak pernah dtg bulan..
    hahaha

    ReplyDelete
  4. =]
    suke ah..maceh na ostad atas entri ni =]

    ReplyDelete
  5. ado ulama kato buleh jah nok gabung keduo

    ReplyDelete
  6. setuju dgn JIJI YU, de ulama cakap, bila kita puasa ganti dalam bulan sywal, automatik pahala puasa 6 pon kita akn dpt skali....

    ReplyDelete
  7. better puasa 6 dulu sbb puasa enam hanya boleh dibuat dlm bulan syawal sahaja. puasa ganti plak bila2 masa sahaja tp jgn sampai dh masuk ramadhan akan dtg bru nak ganti :-)

    ReplyDelete
  8. Jiji Yu betul..sbb ustaz aku pon ckp camtu gak :)

    ReplyDelete
  9. Kawe tok start lg ni poso ney... InsyaAllah bakal menyusul...

    ReplyDelete
  10. selalunye dorang buat niat pose 6 skali dgn ganti puasa. :D

    ReplyDelete
  11. serentak pon boleh kan..alhmdulillah dh selesai pose 6..he

    ReplyDelete
  12. ustad,tak boleh ke pose sekali yang amat berhormat ustad profesor HJ ? hehehe

    ReplyDelete
  13. ostad nuru kato buleh jah nk combine duoduo sekali..

    ReplyDelete
  14. yup selalu wat combined je heee..

    ReplyDelete
  15. salam H.J....bagus n3 begini boleh buat semua faham kn...:)

    ReplyDelete
  16. tu la..pendapat kedua lg kuat..

    ustaz yg cakap..^^

    ReplyDelete
  17. suke .. yg pasti akak dah buat pose 6 , terus ngan ganti :)

    ReplyDelete
  18. Ustaz kat sekolah penah cakap yang boleh sekalikan puasa ganti dan puasa enam. Entah! Den pun taktau ;)

    Thanks sudi singgah belog saya.

    ReplyDelete
  19. itu la..azie pun sebenarnya konfius..ade kate boleh ade kate tak..

    tapi lebih baik ganti je dulu pastu sambung dengan puasa enam :)

    ReplyDelete
  20. terima kasih dtg blog si budak aboi!

    ***itu blog personal kedua saya..

    ReplyDelete
  21. betol.. ustzh asni sendiri kte ade 3 cara... =)

    ReplyDelete
  22. mula2 konfius gak. tp ada ustazah kata ada 3 cara.

    -puasa 6
    -puasa ganti
    -atau sekali kan dua2.

    ReplyDelete
  23. dengar hari tu kt tv, ustaz cakap, hurm, niat puase qada, but kita dapat pahala puasa enam juga } ni kalau puase dalam bulan syawal la selama 6 hari

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-