Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

MOREH KERANG UNTUK ANAK-ANAK SEKOLAH

Alhamdulillah. 'Plan' moreh kerang untuk anak-anak sekolah ni berjalan dengan lancar. Sama macam tahun lepas. Cuma kali ini, moreh ini diadakan sehari sebelum anak-anak dekat sekolah pulang bercuti. Itu pun selepas berbincang dengan PKHEM; ada baiknya buat sehari sebelum mereka pulang. Kalau buat awal, ada jika ada kes sakit perut, cirit-birit sebab makan kerang terlalu banyak, macam mana aku nak menjawab dengan Pengetua kan? Haha. So, kerang sampai pada pagi Rabu, 6 Jun sebanyak 104 kilogram. Banyak ke? Pelajar dalam 200 orang. Agak-agak cukup ke tidak? Atau terlampau lebih? Aku dapat harga RM 8.50 untuk setiap kilogram. Pada waktu tu kira harga yang sudah agak murah jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di pasar-pasar basah yang berdekatan. Dekat pasar basah, harga dalam lingkungan RM 9 - RM 12 untuk gred kerang yang macam aku dapat ni. Kerang besar, fresh dan nampak menggiurkan.  Maka, bermulalah kerja-kerja pembersihan kerang. Nasib baik ada sukarel