Skip to main content

Posts

PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020

PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020 Hari ini PM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah berucap untuk seluruh penduduk Malayia dan sebenarnya ucapan ini adalah ucapan yang dinanti-nantikan memandangkan perintah PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan tamat pada 12 Mei ini (lusa). Jadi, sekiranya tidak ada apa-apa pengumuman dari kerajaan, ini bermakna PKPB tersebut akan berakhir dan tidak ada lagi sekatan dan peraturan-peraturan baharu berkenaan dengan kawalan penyakit berjangkit yang akan diaplikasikan. Oh ye apa itu PKPB? PKPB tu adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Rakyat Malaysia mungkin sudah cemuh denga perkataan ini. Awalnya dikenali dengan PKP, lepas tu ada PKBD lepas tu sekarang ni PKPB dan sehingga ada yang melawak lepas ni jadilah PKPK Sendiri; PKPC, PKPD.... Hahaha.  BONUS HARI RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM 2020 Apa yang aku jangkakan adalah pengumuman Bonus Hari Raya Aidilfitri 2020 kepada penjawat awam. Tetapi ternyata sangkaan aku meleset sekali. Tidak ada langsung

TIPS HAFALAN AL-QURAN SUPAYA LANCAR

Sepanjang tempoh PKP ni, dan sekarang ini PKPB yang berlangsung sehingga 12 Mei, sepanjang hari aku menjalankan kelas online untuk subjek Hifz Al-Quran. Arahan majikan supaya setiap guru al-Quran melaksanakan kelas secara online. Jadi, untuk menunjukkan betapa tingginya komitmen dan betapa taatnya aku kepada majikan, bermula 2 April, kelas aku berlangsung tanpa ada cuti. Bagus kan? Hahaha.  Dari situ, aku boleh lihat pelajar aku semakin susah untuk menghafal.

AYAM PERCIK KELANTAN TERBAIK!

Baru-baru ni nampak sorang brader ni duk update status ayam percik hasil air tangan sendiri yang padu. Ayam percik yang kaw dan rasanya yang sangat kick. Siap cakap aroma ayam yang diperap rempah ratus, bila dibakar dengan arang akan menerjah hidung ketika mencobek isi ayam untuk santapan. Hmm. Aku fikir marketing je tu. Ayam percik rasanya sama je. Rasa ayam la. Takkan rasa daging wagyu pulak. Pandai la tu nak umpan orang yang tengah lapar berpuasa. Lepas tu, keesokannya naik pula status brader ni. Kali ni siap dengan testimoni customer. Ada customer cakap ayam percik yang dia beli dari brader ni memang yang terbaik pernah dia try. Dia siap cakap lagi, jarang dia puji masakan orang lain selain masakan bini dia melainkan masakan tu betul-betul sedap. Hmmm. Brader ni upah dia untuk bagi testimoni positif kot? Lagi lepas tu ada lagi customer yang cakap ayam percik brader ni sangat besar bahagiannya. Sampai tambah nasi 2 kali pun ayam tak habis-habis lagi. Sedap, jimat, untu