Status Hadis ; Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China
Hati - hati bila menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi kita s.a.w. "Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China." Kita seringkali mendengar ungkapan ini melalui lidah - lidah ustaz di negara kita. Sama ada di masjid atau pun di majlis - majlis ilmu. Para ustaz ini mendakwa yang rangkap itu adalah hadis ataupun ucapan daripada Nabi kita iaitu Muhammad s.a.w. Ini ternyata satu kesilapan yang besar telah dilakukan oleh para ustaz yang tidak mengkaji terlebih dahulu status hadis tersebut sehingga menyebabkan orang - orang awam mudah menuturkan dan mendakwa ianya hadis daripada Nabi s.a.w apabila berborak sesama mereka. "Engkau ni, malas belajar pula.. kan Nabi ada kata, tuntutlah ilmu walau ke negeri China." "Pergilah ke Mesir ke, Yaman ke, Jordan ke untuk menuntut ilmu. Nabi sendiri ada sarankan umatnya untuk menuntut ilmu hingga ke China." Beberapa contoh dialog yang biasa kita dengar dalam masyarakat kita. Tanpa sedar mereka tidak mengetahui apakah s...