Skip to main content

Posts

SESI 2016 BAKAL BERMULA

Selang 2,4 hari lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Jadi guru ni kadangkala rasa puas dan bosan bila tak bersua muka dengan anak-anak murid. Kalau lama sangat menghadap mereka, kadang-kadang tu ada rasa serabut dan serba tak kena bila tengok mereka. Habis, mana satu perasaan yang sebetulnya? Haha. Budak-budak kat sini akan datang ke asrama pada Sabtu ini (2 Januari 2016) dan sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya. Tapi, kebiasaannya, memang tak akan mula belajar terus la pada keesokan harinya. Nak kena kemas kelas, nak tunggu pembahagian buku teks dan ditambah pula dengan kalut para guru untuk menyambut pelajar baharu Tingkatan 1.  Pelajar Tingkatan Satu yang baru akan datang mendaftar pada hari Isnin iaitu selang 2 hari dari pelajar-pelajar lama. Ini untuk mengelakkan daripada kelam-kabut pada hari pertama persekolahan. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan keadaan dan dapat membuat persiapan dengan seeloknya dan aku pula kena bertanggungjawab untuk buat pa

REVIEW NASI ARAB - LAMB KABSAH

Tempoh hari ada jalan-jalan pusing kota raya, pusing putrajaya dan singgah lah dekat cyberjaya. Netizen selalu gembar-gemburkan yang dekat cyberjaya ada lambakan restoran nasi arab dan rasanya pula tidak mengecewakan. Jadi, sampailah aku di sebuah restoran yang baru sahaja pintunya dibuka pada pagi Jumaat yang lepas. Awal pagi dah nak pekena nasi arab, bukan apa... ye ke nasi arab dekat sini sedap..? Kedai yang netizen selalu duk cakap adalah Restoran Saba' tapi masa aku pergi tu, kedai tutup lagi. Mungkin beroperasi petang hingga malam sahaja. Jadi, aku pusing-pusing dan jumpalah kedai yang nampak sangat baru buka pintu kedainya. Pekerjanya tengah mengemop lantai. Yameni Hadramawt Kitchen. Lantaklah , lepas ni nak solat Jumaat pula. Asal makan dan kenyang je.  Akak dekat kaunter tu datang layan kami. Layanan dari akak ni memang terbaik. Penuh sopan santun dan tatatertib. Siap explain satu-satu apa beza mandy, apa beza kabsah, apa beza

Yeay... Cuti

Yeah. Rabu. Baru dengan rasminya dapat isytiharkan cuti dengan rasminya. Cuti penggal akhir tahun. Cikgu-cikgu kan, biasalah tu. Orang kata, cuti cikgu sama cutinya dengan anak murid. Kalau murid cuti, maknanya guru pun cuti. Cuti cikgu adalah sama banyak dengan cuti murid. Silap-silap, cikgu siap boleh tambah cuti lagi kan? Bukan cikgu sedap la sembang... Baru dapat merasai cuti adalah kerana sekolah tempat aku bertugas baru sahaja habis program atau pun sesuai dipanggil dengan nama kelas intensif. Kelas ini dikhusus dan diwajibkan kepada pelajar yang lemah dalam hafazan Al-Quran mereka. Setiap tahun, semua pelajar perlu memastikan hafalan mereka berada di muka surat mana, yang mana tidak mencapai target atau pun garis sukatan yang ditetapkan, mereka ini adalah yang tergolong dalam kumpulan lemah. Jadi, kelas ini bermula pada Khamis yang lepas lagi, 10 Disember 2015. 5 hari berturut-turut. Diganyang sehabis masa dalam sehari untuk memastikan para pelajar ini punya ruang d

DILEMA DI PERSIMPANGAN - TAHFIZ ATAU SAINS?

Katakan kita di persimpangan. Antara jalan ke kanan atau ke kiri yang patut kita ambil. Kita confuse dan serba salah. Pelbagai pertanyaan dan andaian timbul di benak fikiran apa yang bakal berlaku sekiranya kita ambil jalan tersebut. Kalau diambil jalan A, akan jadi bla bla bla... Kalau diambil jalan B pula akan bla bla bla. Masing-masing ada pro dan kontranya. Ada kurang dan ada lebihnya. Sekarang ni aku mengajar di sebuah cawangan sekolah tahfiz. Sekolah ini cuma sampai di tingkatan empat sahaja dan untuk tingkatan lima, mereka diberi pilihan untuk menyambung di mana-mana sekolah pilihan mereka. Sekiranya mereka cukup syarat yang ditentukan oleh sekolah tahfiz induk, mereka dibenarkan untuk sambung ke sekolah tahfiz induk tersebut biar pun ianya tidak wajib dan mereka juga boleh memilih untuk ke mana-mana sekolah pilihan mereka sekiranya mereka mahu. Apatah lagi bagi yang tidak cukup syarat-syarat yang ditetapkan oleh sekolah induk tersebut. Mereka bebas. Katakanlah ada

JADIKAN PAPARAN FACEBOOK DI CHROME LEBIH MENARIK, RINGAN DAN LAJU

Contoh paparan FB menggunakan extension Facebook Flat Ada sesiapa yang pakai chrome sebagai browser untuk surf internet. Bagi aku, setakat ni, browser Chrome tak pernah mengecewakan cumanya ia memakan banyak sedikit memori kalau bukak lama - lama. Rasanya semua browser macam tu. Jadi, kalau sesiapa yang pakai laptop atau pc yang ram dia 4GB ke atas memang tak rasa sangat lah kalau guna Chrome lama-lama. Kalau tak pun dia akan crash je. Haha. Untuk yang selalu surf Facebook di Chrome, aku nak kongsi satu extension yang menarik. Extension yang kalau kita install di Chrome, paparan Facebook kita akan nampak lebih menarik dan tidak berserabut dengan pelbagai iklan yang menyakitkan mata yang memandang. Mana tahu kan, korang tak nak tengok iklan-iklan yang menggiurkan hati sehingga korang terpaksan menghabiskan duit dengan shopping online.  Extension ni namanya Facebook Flat dan korang boleh je search dekat Chrome Webster. Lepas tu klik add to chrome. Laptop aku ada problem na

MIMBAR JUMAAT 21 OGOS 2015

Nampaknya slot mimbar Jumaat berehat untuk beberapa seketika. Blog sepi dari sebarang entry. Pada Jumaat penghulu hari ini, entry Mimbar Jumaat kembali menjengah. Ada apa dengan Mimbar Jumaat hari ini? Ada apa ye..? Hmm.. Lain orang, lain kandungan Mimbar Jumaat yang mereka dapat. Mimbar Jumaat di Masjid Kubang Sepat, Pasir Mas hari ini membicarakan tentang bulan Haji. Sesuai dengan isu semasa yang seputar tentang dunia umat Islam yang mana musim sekarang adalah musim Jemaah Haji berdondong untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke… Ke berapa eh? Rukun Islam yang kelima kan? Jemaah haji di Malaysia yang pertama rasanya dah bertolak pergi kan? Kalau pergi awal, mungkin jemaah akan singgah di Madinah terlebih dahulu, selepas itu baru mereka akan pergi ke Mekah. Tok Khatib berbicara tentang pahala orang yang menunaikan haji. Bagi sesiapa yang menunaikan haji yang mabrur, maka baginya adalah syurga daripada Allah Taala. Tok Khatib ju