Skip to main content

Posts

Cara Bisnes di Instagram

[STICKY POST] Scroll bawah untuk entry terbaru . Ada tak sesiapa kat sini yang ada kenalan atau pun kawan dia yang buat bisnes online dengan menggunakan instagram? Atau pun ada kawan yang ingin berbisnes secara atas talian tapi belum jelas langkah dan cara untuk memasarkan barangan mereka kepada para pembeli? Ataupun kawan yang baru nak berkecimpung dalam dunia bisnes secara online? Atau pun kawan yang ada produk tapi tak tahu nak jual macam mana? Ada ke? Sekarang ni, sudah ramai yang menceburkan diri dalam bidang bisnes online menjadikan instagram sebagai platform untuk mengiklan barangan mereka dan menjadi medium perantara antara dia dan juga pelanggan. Instagram adalah suatu jenis media sosial yang pada hemat saya begitu efisyen untuk memasarkan produk dan barangan disebabkan penggunaannya adalah percuma. Cuma, yang menjadi masalah adalah cara dan langkah yang betul perlu diambil untuk memastikan para follower kita itu adalah betul - betul orang yang berminat dengan produk

Apa itu Madad Ya Rasulallah

"Besok kawanku akan memasuki bilik pembedahan. Madad Ya Rasulallah."  Benda ni timbul secara bermusim di Malaysia. Madad Ya Rasulallah yang mana bermaksud "Minta pertolonganmu Ya Rasulallah" . Benda ini menjadi isu yang dipertikaikan dan banyak diperdebatkan dalam Facebook oleh golongan - golongan awam dan para jaguh keyboard. Benda ini timbul berikutan nasyid dan qasidah yang di bawa oleh para habib yang juga sekarang makin mendapat tempat di Malaysia. Perlu diingatkan yang kalimah Madad Ya Rasulallah menunjukkan yang kita minta sesuatu itu adalah daripada Rasulullah sedangkan Nabi kita Muhammad s.a.w telah wafat. Kita meminta kepada Nabi s.a.w. seolah - olah kita tidak menghiraukan Tuhan Yang Paling Agung dengan bukan meminta sesuatu dan segalanya kepada Dia. Ianya seolah - olah menjadikan Allah itu sesuatu yang lebih kecil daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bolehkah dengan sedemikian? Mungkin akan ada sesetengah orang tidak setuju dengan pendapat aku. Ya, pen

Meggi Ketam Paling Sedap

Jalan - jalan cari makan. Bila makan kena keluarkan duit. Bila keluarkan duit, poket kosong. Hampeh. Nak makan sedap memang tak ada jalan lain dah kalau tak nak masak sendiri, kena habiskan juga duit untuk bayar dekat taukey kedai. Ye la, nak masak sendiri tak pandai pula. Lepas tu, taukey kedai ni buat bayar gaji tukang masaknya pula. Nampak di situ kemana perginya duit dalam poket kita? Sepit pun bukan main besar. Nampak ketam dalam gambar di atas tu? Tu adalah hidangan Maggi Ketam dekat kedai yang paling popular di Kelantan. Setakat ni, Maggi Ketam kat kedai tu la yang paling sedap dan paling umppphhh rasanya. Hidangan kat atas tu adalah cerita bulan lepas. Nak cerita Maggi Ketam ni, aku rasa menu ni dah popular lama dah, cumanya aku tak berkesempatan nak merasainya sebab masa tu aku masih lagi berada di Saudi. Nampak umpphh kan? Harganya mesti ummpphh juga laa? Hidangan aku macam kat atas tu, aku kena berbelanja dekat RM 30 sekali dengan minuman. Harga Maggi Ketam ni biasa

[Giveaway] Hello from Canada

Join GA lagi weh.. Banyak betul join giveaway untuk bulan ni. Kalau satu pun tak dapat, hmmm.. faham - faham la kan? Blogger - blogger yang handle giveaway ni memang tak suka aku. Sengaja buat pakatan dan berkomplot untuk tidak bagi aku dapat giveaway tu. Giveaway kali ini adalah dari Kanada. Wooo.. Kanada tu. Kali ni tuan blog yang nama Farah ni sangat bermurah hati  untuk memberi fridge magnet berbentuk bendera Kanada kepada 10 pemenang bertuah. Aku join ni dengan harapan agar Cik Farah dapat bagi giveaway special kepada aku. Tshirt kanada ke, bag kanada ke. Boleh kan Cik Farah? Hahaha. Mana nak join boleh picit terus gambar hitam putih ni. Ada satu lagi syarat mudah untuk melayakkan diri join GA ini. Iaitu dengan jawab soalan berikut :- - Apakah URL Blog Doodles of Life? So jawapannya adalah : http://herlifemanual007.blogspot.ru (harap - harap  betul la jawapan ni) So, apa lagi? Mana - mana yang nak join tu boleh la join sambil - sambil berkenalan dan berkawan dengan

Permohonan Masuk ke Tingkatan 1 2015 ke Maahad Tahfiz Pulai Chondong

Nampak banner dekat atas tu? Dah nak dekat dengan tarikh tutup permohonan baru nak share kan? Haha. Selagi belum sampai 10 Disember, nampaknya ruang dan peluang tu masih lagi ada untuk mana - mana ibu bapa ataupun kenalan yang punyai anak - anak yang akan memasuki alam sekolah menengah pada tahun hadapan, 2015. Terlebih dahulu, sekolah ni berada di Pulai Chondong, Machang Kelantan. Setakat ni, aku rasa sekolah ni (Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Pulai Chondong) adalah salah satu sekolah yang terbaik ada dalam Malaysia. Boleh perhatikan bagaimana berkualitinya produk keluaran sekolah terbaik ini. Susah nak kenal produk keluaran sekolah ini? Jangan risau dan jangan resah, salah satu keluaran produk ni adalah tuan blog ni. Haha. Bermutu dan berkualiti kan tuan blog ni? Haha So, boleh hubungi no yang tertera di atas untuk mengetahui lebih lanjut urusan untuk memohon anak - anak memasuki sekolah tersebut. No tu adalah no pejabat sekolah dan boleh bagitau nak cakap dengan Enc

Giveaway Jom Sihat Bersama Hazamie Souq

Sapa nak join boleh klik gambar banner kat atas ni. Giveaway lagii!! Hahaha. Kuat betul join give away. Orang nak bagi kita peluang, kita ambil la kan? Kali ni give away daripada  Kak Hani. Mudah dan senang je syarat untuk GA ni. Tu yang aku boleh nak join ni. Korang kena nyatakan dalam entry tu "saya mahu sihat kerana,,,, Kerana dengan sihat tu, saya seolah menjaga pemberian Allah kepada saya dengan sebaiknya. Saya sedar tubuh badan dan nikmat kesihatan ini adalah pemberian Tuhan kepada saya dan saya mahu sihat dengan sesihatnya untuk menunjukkan yang saya bersyukur atas kurniaan nikmat kesihatan yang saya dapat selama ini. Lebih - lebih lagi bila mendapat produk kesihatan daripada tuan blog Hazamie Souq nanti. :) Harap - harap Kak Hani tertarik dengan entry ni dan dengan itu saya mendapat Give Away ituuu.. Ehem..

WW : Wordless Wednesday

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Sempena masuknya bulan Disember ni, ramai pula blogger yang pemurah hati nak bagi hadiah buat GiveAway. Setakat aku blogging ni, tak pernah lagi ada rezeki untuk dapat giveaway dari tajaan blogger - blogger yang pemurah hati. Bukan rezeki aku kot. Tak pun aku kena jadi sponsor untuk give away dulu kan? Nak sesuatu, kita kena korbankan sesuatu dulu kan? Tak gitu?  Kali ni gatal tangan nak join give away daripada KAMEQ DEANNA. Kameq ni setahu aku bahasa Sarawak. Masa zaman belajar dulu sempat la kawan dengan orang Sarawak. Sarawak ni tersohor dengan kek lapis. Kalau dapat kek lapis kan sedap, boleh juga buat isi perut yang tiap hari mesti nak lapar je. Tapi, kali ini tuan blog berbaik hati untuk bagi Topup + Majalah percuma. Aku kalau dapat majalah saja pun dah okay. Macam menarik je majalah yang dioffer oleh tuan blog. Boleh la tuan blog, boleh la ye... pilih kasih sikit untuk bagi kita hadiah GA tu. Boleh la ye?? Haha So, kalau sesiapa nak join GA ni, pandai - pandai la te

Segmen : Zaman Persekolahan

Aku ada singgah blog Azrin tadi. Tengok dia ada join segmen. Tengok segmen tu macam menarik je. Tak ada la boring sangat. Cumanya yang penat sikit kena jengah blog sponsor. Banyak tu penyeponsor. Setakat ni 66 hadiah untuk yang join segmen ni. Haha. Korang nak join boleh la klik gambar banner kat bawah ni. Aku tak join sebab tak cukup syarat - syaratnya. Hehe. Segmen ni ada kaitan dengan gambar kanak - kanak riang kat bawah ni. Ada nostalgia tersendiri untuk korang yang tengok gambar kat bawah ni untuk mengenang kembali nostalgia zaman persekolahan korang. Sejujurnya, kedudukan aku dalam kelas seperti gambar di atas adalah no.4. Masa tu aku SPM. Kedudukan yang paling belakang sekali dalam kelas. Biasanya cikgu - cikgu ni dah mark dah pelajar yang duduk di barisan belakang ni adalah pelajar yang ada masalah. Sama ada masalah disiplin ataupun masalah tingkah laku dan juga akhlak. Bagi aku, duduk barisan belakang ni ada keistimewaan yang tersendiri dalam kelas. Orang y

Mencari Bloglist

Dah lama rasanya jari tak ringan untuk update blog. Bloglist kat sebelah ni pun habis dah hilang akibat memandai je main tukar domain. Tengok blogger - blogger otai ada domain sendiri yang dot my dot com kat belakang tu rasa nak buat juga. Keinginan untuk try buat sama ada  menjadi ke tidak itu kuat dan mangsanya adalah blog ini. Tapi, kurang - kurangnya menjadi la juga hari tu untuk tukar domain. Agak susah dan rumit kalau tak biasa dengan interface dashboard host yang kat korang beli domain. Cumanya, aku agak kehairanan sedikit masa setting domain tu. Domain yang aku ada tu hafizinjamil.com. Bila aku taip hafizinjamil.com dekat url punya browser, blog aku tak dapat reach site tu. Blank dan kosong je. Aku try isi penuh, www.hafizinjamil.com terus menjadi pula. Tak tahu apa pasal. Tu yang gedik pergi tukar balik ubibadok.blogspot.com. Berlagak nak ada domain sendiri juga tapi tak tahu setting. Sekarang ni, cuma nak minta jasa baik kalau ada sesape nak drop link blog dia kat sini bo

Hukum Anjing, Larangan Bela Anjing.

Cerita Anjing: 1-Nabi SAW larang memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda: "Sesiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih) Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana  malaikat tidak masuk ke dalam rumah  yang terdapat di dalamnya anjing. Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih). Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari). Abu Hurairah r.a mengatakan

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus (UAI) September 2014

Lai.. lai.. lai.. yang mana ada di lokasi berdekatan jangan lepaskan peluang untuk ceduk sedikit sebanyak ilmu dan pelajaran. Apa gunanya sibuk sepanjang minggu tetapi tidak ada masa untuk agama walau sejam dua. Kannnn??

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Terbaru!! Jadual Muqabalah (Temuduga) bagi Permohonan Masuk ke Universiti Qassim, Arab Saudi.

Jadual Muqabalah bagi permohonan Qassim Universiti Arab Saudi Kuala Lumpur/Selangor - 8 Ogos 2014 Kelantan - 11 Ogos 2014 Kedah - 13 Ogos 2014 Johor - 15 Ogos 2014 Dokumen yang diperlukan: 1. Sijil SPM dan ke atas (Kalau boleh dalam bahasa arab) 2. Salinan surat beranak (Kalau boleh dalam bahasa arab) 3. Salinan Pasport (Jika ada) 4. 2 Tazkiyah (Dari mana-mana individu) 5. Gambar size passport 2 keping *Tempat muqabalah di negeri-negeri lain akan diupdate kemudian *Urusan muqabalah tidak akan dijalankan bagi pihak muslimat, permohonan muslimat akan diberitahu setelah mendapat maklumat lengkap dari pihak universiti nanti *Muqabalah akan dilaksanakan dalam bahasa arab *Jadual boleh berubah mengikut keadaan dan akan diberitahu secepat mungkin di FB * Bidang pengajian yang melibatkan perubatan tidak disediakan di Qassim University * Bagi permohonan muqabalah peringkat master dan Phd pula, sila email resume anda pada almunawwarah90@gmail.com. Sertakan no. tel untuk dihubun

Status Hadis ; Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China

Hati - hati bila menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi kita s.a.w. "Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China." Kita seringkali mendengar ungkapan ini melalui lidah - lidah ustaz di negara kita. Sama ada di masjid atau pun di majlis - majlis ilmu. Para ustaz ini mendakwa yang rangkap itu adalah hadis ataupun ucapan daripada Nabi kita iaitu Muhammad s.a.w. Ini ternyata satu kesilapan yang besar telah dilakukan oleh para ustaz yang tidak mengkaji terlebih dahulu status hadis tersebut sehingga menyebabkan orang - orang awam mudah menuturkan dan mendakwa ianya hadis daripada Nabi s.a.w apabila berborak sesama mereka. "Engkau ni, malas belajar pula.. kan Nabi ada kata, tuntutlah ilmu walau ke negeri China." "Pergilah ke Mesir ke, Yaman ke, Jordan ke untuk menuntut ilmu. Nabi sendiri ada sarankan umatnya untuk menuntut ilmu hingga ke China."  Beberapa contoh dialog yang biasa kita dengar dalam masyarakat kita. Tanpa sedar mereka tidak mengetahui apakah s

HSBC & Dato' Sri Ismail Sabri

Gaza semakin  hari semakin tidak aman dan pergolakan terbaru dengan serangan kejam zionis terhadap penduduk Gaza semakin mendapat liputan yang meluas di Malaysia khususnya. Malaysia tidak dapat menghantar bantuan ketenteraan ke sana bahkan sudah tersebar yang Malaysia sendiri antara negara yang paling kuat menjalinkan hubungan ekonomi dengan Israel? Dasar dan permainan politik apa yang Malaysia cuba mainkan..? Penduduk Malaysia dan juga NGO - NGO di Malaysia hanya mampu menyalurkan bantuan berbentuk dana  wang ringgit, makanan, minuman serta pakaian kepada saudara kita di sana. Setakat ini, itulah bantuan yang terbaik kita dapat berikan dan Israel pun seakan tergugat dan terkesan dek kerana bantuan sebegini daripada negara Malaysia. Sabas buat orang Malaysia dan NGO semua. Saban hari ada saja kanak - kanak dan ibu yang terbunuh. Cuba bayangkan kalau kita sendiri berada di tempat mereka. Iman kita belum tentu sekuat iman mereka. Penduduk Malaysia juga semakin berani dengan menyerang

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Ogos 2014

Ramadhan sudah berlalu pergi. Walaupun Ramadhan telah berlalu, tak bermakna hati kita juga mesti berlalu dengan terikut perkara yang alai. Tambahan pula sekarang adalah bulan Ogos yang mana negara kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 haribulan nanti. Sungguh rugi orang yang mana hatinya sudah terikat dan merindui taman akhirat dengan latihan pada bulan Ramadhan yang lalu dibiarkan berlalu liar. Jangan biarkan hati yang sudah basah dengan iman dan ketakwaan kepada Allah semakin kering dan kontang secara perlahan. Hadirkan diri dengan majlis - majlis ilmu dan ceramah - ceramah agama di sekitar masjid berdekatan dengan kita. Jadual di atas adalah salah satu contoh. Jadual Ustaz Azhar Idrus sepanjang bulan Ogos ini. Serata tempat dia mengajar dan majoritinya adalah di tempat tinggal beliau di Terengganu. Benda semacam ini kadang - kadang kena paksa juga baru menjadi. Sudah fitrah sememangnya orang yang banyak dengan dosa susah untuk berbuat perkara kebaikan. Paksa lah diri d

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.

Benfica Dititik Arsenal 5 - 1

Arsenal titik Benfica 5 - 1 bhai semalam. Haha. Lebih menarik lagi, 4 gol dijaringkan oleh Sonogo!! Part ni aku nak gelak sebab Sonogo boleh jaringkan 4 gol. satu gol lagi dijaringkan oleh Campbell. Tapi, setakat Benfica je lah. Ada 2 game lagi. Malam ni Arsenal sama ada kena titik atau nak titik Monaco pula. Arsenal aku tak risau sangat kalau pra musim. Habis semua team dia nak titik. Masuk je awal musim tak risau juga, yang risau bila pertengahan musim. Bila semua player dah tak boleh main sebab injured.

Luahan Hati Seorang Pembonceng Motosikal

Hari raya dah beransur hilang meriahnya. Seiring dengan pulangnya warga kota kembali ke kota raya. Satu juta kereta yang dijangka masuk ke Kelantan sebelum raya hari tu rasanya dah mula pulang ke sarang masing – masing. Boleh cipta peribahasa baru untuk 10 atau 20 tahun yang mendatang. “Ibarat kereta pulang kembali ke kota raya.” Tu pun kalau masa tu pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka setuju lah. Aku selaku penunggang motosikal ni kadang – kadang rasa kecewa juga dengan pemandu kereta sejak dua menjak ni. Sebelum ni aku dah ada up entry yang cerita bagaimana rasa hinanya bila penunggang motosikal ni disimbah percikan takungan air di lopak jalanan oleh kereta yang melintas. Dah berdrama. Nak kejar pergi sound pun memang tak terkejar sebab motor kapcai je. Kalau dapat kejar pun, mesti dia akan cakap. “Well bro, that is not my fault. You can blame the government for the bad road”. Damn. Pagi tadi boleh tahan lewat juga aku balik rumah. Nak dekat dengan Subuh. Aku lalu jalan utama

Orang Dewasa Beraya

Makin meningkat dewasa ni makin kurang duit raya kan? Bila  dah makin dewasa ni, asyik terfikir pula bila la nak bagi duit raya dekat bebudak nanti. Nak bagi berapa? Seringgit ke, dua ringgit ke, lima ringgit ke? Nanti kalau bagi seringgit, budak - budak kata kedekut pula. Nak bagi lima ringgit, takut ekonomi tak berapa nak stabil. Tapi, bukannya nak bagi sekarang pun. Angan - angan je semua tu. Haha. Bukan nak cerita pasal duit raya. Duit raya bagi dekat orang dewasa yang dah berapa nak matang lah cerita. Ni bukan jealous sebab tak dapat duit raya ye. Hahaha. Aku selalu perhatikan, orang - orang Malaysia yang dah meningkat dewasa ni, dah makin malas nak jumpa dengan sanak - saudara mara. Aku la tu. Bukan nak cerita dekat orang lain. Bila raya ni, lepas je solat raya terus balik rumah, cari katil,pegang handphone lepas tu buka Clash of Clans. Nampak tak disitu? Pengaruh gajet dan games tapi tak sampai tahap beli gems lagi ni. Teori ni sama la kalau ada yang berjalan pergi jumpa

Pemain Baru Keempat Musim Ini, Calum Chambers

Ada rupa owner ubibadok tak? haha Wenger mengamuk, Wenger mengamuk!! Pak Wenger dirasuk!! Haha. Aku tak tahu apa yang buat Wenger jadi serius semacam untuk musim ini. Masuk musim ini sahaja, Wenger dah membawa masuk Sanchez, Debuchy, David Ospina dan paling terbaharu adalah pemain pertahanan Southampton, Calum Chambers. Baru sebentar tadi Arsenal mengesahkan pemain ini telah menyarung jersi Arsenal dengan harga 12juta pound. Setakat ini, 2 pemain pertahanan dibawa masuk oleh Wenger dan adakah ini memberi petanda akan ada pemain pertahanan Arsenal akan meninggalkan skuad pada musim ni. Adakah Vermaelan? Hehe. Pak Wenger Berjaya membuat satu kejutan buat peminat Arsenal pada hari raya pertama. Satu kejayaan buat Pak Wenger kita. Aku masih tak berapa nak faham dan hadam dengan taktikal yang Wenger nak guna pakai pada musim ini. Pada musim lepas, kita tahu yang kita ni sedikit tumpul di bahagian serangan. Giroud hanya sekali sekala sahaja menunjukkan taring yang dah semak

Selamat Hari Raya 1435H / 2014M

Pertama sekali, Selamat Hari Raya semua dan maaf zahir dan batin dipohon. Dalam dunia blog ni, mungkin ada sebaris dua ayat yang menggores dan mengguris hati orang lain. Kita tak boleh nak syok sorang – sorang macam tu kan? Buat rasa tak pernah bersalah. Sebenarnya tak semestinya hari raya baru nak minta maaf dan ampun semua tetapi rasanya ia sudah menjadi adat orang Melayu untuk bersalaman dan sekaligus meminta maaf. Rasanya adat ini terjadi kerana anak – anak di bandar ni selalunya jarang balik ke pangkuan ibu bapa mereka dan hari rayalah menjadi pertemuan mereka untuk sekali setahun. Aku rasa, raya aku semakin menjadi tak produktif seiring dengan pertambahan umur yang meningkat ke alam dewasa. Kalau dulu, hormon adrenalin selalu mengalir tiap kali tiba hari raya. Hormon ni akan membantu aku untuk meraih duit raya dan sampul raya dengan sebaik mungkin. Nanti boleh compare dengan sepupu sepapat siapa champion yang paling banyak dapat duit raya. Tapi, sekarang ni rasanya hormon adrena

Menulis Sebagai Penganggur Kehormat

Genap sebulan aku balik berkampung dan bermukim kembali di bumi Malaysia. Kalau sebelum ni, aku menjadi warga kota Madinah. Kota suci yang menjadi saksi kepada kemegahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Empat tahun aku berada di sana dan saatnya sudah pun tiba untuk aku kembali pulang. Pertemuan dan perpisahan itu sudah sinonim dalam fitrah kehidupan. Alhamdulillah. Aku dapat menghabiskan jua degree aku selama 4 tahun di sana. Aku kira peluang yang aku dapat untuk belajar di Madinah adalah antara rezeki yang paling tak ternilai diberikan oleh Allah. Apa tidaknya, ada satu ketika aku sudah berputus asa untuk meneruskan pengajian. Aku sudah mengangkat ganggang telefon dan memberitakan perkara ini kepada orang tua ku semasa aku di UIA dulu. Benda ni kalau dikenang memang mengembalikan nostalgia yang syahdu. Allah tahu, dan Dia berikan aku peluang untuk terus belajar dan menuntut ilmu. Hehe.  So, sekarang ni aku menulis sebagai salah seorang penganggur yang kehormat. Baru aku t

Sedikit Cerita Tentang Arsenal

Lama tak update pasal Arsenal kan? Selepas Arsenal mengakhiri liga di tempat keempat, rasa tak update lagi pasal Arsenal. Apa - apa orang kutuk Arsenal, Arsenal masih lagi ada kebangkitan dan peningkatan apabila dapat merangkul piala FA pada musim lepas. Musim lepas sudah lepas, sekarang Pak Wenger pun dah sign kontrak baru sebagai manager dan perlu fokus untuk musim yang mendatang ini. Media putar belit sekarang tengah hot dan asyik dengan memuat naik berita, gosip ataupun rumours tentang perpindahan pemain. Aku kalau setakat gosip dengan rumours ni malas nak layan sangat melainkan daripada sumber - sumber yang betul - betul boleh dipercayai. Setakat ni, Pak Wenger dah dapat seorang pemain yang bersinar dalam world cup yang lepas dan seorang lagi defender yang tak kurang hebatnya even sedikit  berumur. Baru - baru ini, Pak Wenger membawa masuk Alexis Sanchez dan juga pemain pertahanan Perancis, Debuchy. Masa world cup pun dah dengar rumours yang Wenger pergi jumpa agen Sanche

Aku Cuma Perhatikan

Assalamualaikum... Harapnya jawab salam dengan baik - baik ye. Moga yang sedang baca entry ni dalam keadaan sihat dan baik aje. Moga juga   Kak LM yang asyik muntah - muntah tu makin baik keadaannya. Muntah tu bukan muntah penyakit tu. Muntah nak bertambah rezeki tu kak LM. Hehe. Entry ni akan ada sedikit riak, sombong dan ego sekiranya puan dan tuan tidak menanamkan sifat bersangka baik terhadap saya terlebih dahulu. Haha. Tahun ini aku sengaja balik Malaysia sebelum Ramadhan untuk menyambut ibadah puasa di tanah air. Nanti ramai yang tanya, 'kenapa tak puasa dekat Madinah?', 'puasa dekat Madinah tak best ke?', pertanyaan tu cerita lain kali ye, takpun baca entry - entry yang dah lepas. Tahun ni aku perati je sepanjang aku menjadi makmum solat terawih. Tahun - tahun sebelum ni aku tak menjadi makmum sangat, tu yang kurang alert sikit bab perhati - perhati makmum ni. Dekat masjid kampung aku ni, aku perati je yang kebanyakan makmum sebaik sahaja imam habis

Ramadhan Ini Sedikit Berbeza 1435 / 2014

Pejam celik pejam celik ni rasanya dah tak terasa sangat sudah dekat sebulan berada di Malaysia sejak pulang dari Madinah. Blog pun tak terupdate dengan berita kepulangan tuan penulis ke tanah air. Pertama sekalinya, aku nak ucapkan selamat berpuasa buat Muslimin dan Muslimat dan para blogger. Walaupun terlambat, tapi Ramadhan masih belum berakhir. Ye dak? Semoga puasa kalian semua akan diterima Allah. Celakalah anak Adam apabila berakhirnya bulan Ramadhan tapi dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Ramadhan tahun ni seakan berita perit buat umat Islam. Gaza diserang, dibedil bertubi - tubi oleh Iblis Israel tanpa mengambil kira kemuliaan umat Islam menyambut Ramadhan yang berpuasa di siang hari. Mereka mungkin sempat bersahur, tapi tidak dapat menjamin apakah mereka dapat juga berbuka di dunia ini. Mungkin mereka akan berbuka di syurga bersama para penghuni Gaza yang lain. Syahdu nan pilu dengan saudara kita di sana. Doa untuk mereka adalah senjata kita yang utama bagi kita yang ti

Harapan Bulan Ramadhan

Ramadhan hampir menjelma lagi. Rasanya sekejap sahaja. Itu hanya perasaan. Realitinya sudah 11 bulan ianya berlalu semenjak Syawal yang lalu. Apakah kita punyai rasa rindu kepada Ramadhan yang bakal bertamu? Ya, ianya tetap akan datang walaupun tidak diundang. Ramadhan selalu diertikan sebagai bulan yang mendidik. Boleh juga diertikan sebagai bulan untuk permulaan taubat. Ianya seiring dengan kesesuaian individu itu sendiri. Tapi, malangnya suasana di Malaysia seakan untuk menafikan kemuliaan bulan Ramadhan ini. Tengok sahaja bila masuknya awal Ramadhan. Pasaraya - pasaraya sudah menaikkan iklan di billboard jalanan tentang diskaun jualan mereka. Bahkan diskaun sehingga 90 peratus! Lihat sahaja di corong - corong radio, asyik memainkan lagu - lagu raya. Jika suasananya berterusan begini, sampai bila bulan taubat, bulan mendidik itu dapat diaplikasi dengan sebetulnya dalam jiwa kita? Saban tahun ianya akan berterusan sebegini. Tidak tahu salah siapa. Mungkin ianya sememangn

Cerita di Sebalik Piala Dunia

Assalamualaikum... Harap - harapnya korang semua bukan jadi zombie dek kerana penangan piala dunia. Piala dunia ni memang la 4 tahun sekali tapi kena la pandai - pandai imbang dengan realiti kehidupan kita. Jangan sampai disebabkan piala dunia ni, produktiviti kerja atau pun pelajaran kita merosot. Jangan sampai buat MC palsu untuk menipu majikan kita dan seumpamanya. Tak ada faedah pun semuanya tu. Kan? Hehe. Korang kat Malaysia la yang kena jadi zombie. Aku yang masih lagi di perantauan setakat ni masih rileks. Game world cup paling awal pun mula dalam jam pukul 7 malam. Paling lewat pula pukul 1 pagi. Tak jadi zombie kan? Lagipun, sekarang tengah cuti sekolah. Aku masih lagi bergelar student, mana kena pergi kerja awal - awal pagi. Haha. Zombie tak asli ni kadang - kadang bahaya juga, boleh buat kepala sakit kalau betul - betul tak cukup tidur.  Paling hangat cerita sempena world cup setakat ni adalah cerita tentang amukan suami bila dapat tahu isterinya tidur dengan le

Cerita MERS di Saudi

Assalamualaikum… Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu tentang wabak virus yang melanda Arab Saudi sekarang ini. Virus yang dikenali dengan MERS telah menyebabkan kematian hampir kepada 300 orang. Kes ini banyak tertumpu di Jeddah dan Riyadh dan beberapa kes di Mekah dan juga Madinah. Aku juga tidak pasti sama ada angka itu adalah angka rasmi atau pun sudah banyak yang terkorban disebabkan virus ini. Virus ini dipercayai datangnya daripada unta dan mula dikesan pada tahun 2009 lagi. Mungkin berita ini tidak dapat liputan meluas ekoran kematiannya tidak berada di paras membimbangkan. Ekoran daripada wabak virus MERS ini, baru – baru ini pihak kerajaan Saudi telah memotong kuota visa untuk mengerjakan ibadat umrah di tanah suci Mekah sehingga 50 peratus. Sudah tentu banyak syarikat travel yang mengalami kerugian rentetan daripada pihak Saudi yang tidak memberi memo awal terlebih dahulu. Kebanyakannya mengalami kerugian dari segi prasarana untuk para Jema

Kaji Sebelum Sebar

Assalamualaikum. Nampaknya Mei sudah semakin hampir ke penghujung dan kita sudah pun memasuki bulan Syaaban. Ini bermakna kita masih ada sebulan lagi untuk sampai kepada Ramadhan yang dirindui. Mungkin kita akan rasa putaran masa itu terlalu pantas sehinggakan sedar tak sedar kita sudah sampai kepada Ramadan sedangkan memori Ramadan pada tahun lepas masih lagi basah di ingatan. Pagi ini, media Malaysia dan juga newsfeed Facebook banyak memuatkan berita tentang mataf (tempat tawaf) di Mekah runtuh dan ada dalam kalangan jemaah umrah yang meninggal dunia. Aku berasa pelik kerana dekat sini tak ada pula dengar berita yang semacam tu sedangkan jarak antara sini dengan Mekah tidak lah jauh sangat. Dan ianya ternyata berita itu tidak benar apabila sumber berita Arab News akhirnya memuatkan berita menafikan perkara tersebut. Rujuk sini .  Apa yang sebenarnya berlaku adalah empat orang jemaah mengalami kecederaan dan tiga daripadanya adalah perempuan. Kejadian ini terjadi berpunca

Saat Getir

Assalamualaikum... Bertemu lagi kita pada Jumaat yang berkah lagi damai ini. Minggu lepas pun entry pada hari Jumaat. Pada Jumaat minggu lepas, kita tak dapat menjamin yang kita akan bertemu lagi dengan Jumaat hari ini. Tapi, setinggi syukur kerana ternyata Allah masih lagi memanjangkan jangka hayat kehidupan kita. Panjangnya hayat kita ini bererti semakin hampirnya kita dengan lubang kubur. Nabi s.a.w sendiri bagitau yang umur umatnya antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Itu adalah purata umur sisa baki umat manusia pada zaman sekarang. Namun, adakah kita mampu menentukan bila kita hendak mati? Intro yang bukan lagi kemain Islamik kan? Hee. Seminggu yang lepas adalah ternyata minggu yang paling getir dalam dunia aku yang bergelar pelajar. Gementar pun ada bila nak melalui exam final year. Natijah peperiksaan ini adalah penentu sama ada aku akan bergelar graduan ataupun akan tetap dengan gelaran siswa. Jauh di lubuk hati, aku ingin bergelar sebagai graduan dengan secepa

FA Cup Milik Arsenal

Arsenal menang FA Cup woi semalam. Menamatkan kemarau piala selama 9 tahun. Last Arsenal menang piala adalah pada 9 tahun yang lalu, Mei 2005. Masa tu aku baru umur 14 tahun. Boleh bayangkan betapa lamanya fan Arsenal menanti detik - detik indah seperti semalam. Saat player dan pengurusnya menjulang piala. Memang itu yang mahu dalam bola sepak kan? Merangkul piala dan memenangi kejuaraan dalam setiap musim bermula untuk mencari pasukan yang terkuat, dan piala adalah salah satu bukti yang boleh nampak secara jelas. Siapa fans Arsenal yang tengok game semalam mesti rasa tak senang duduk. Kan? Seawal 10 minit pertama lagi Hull City dah memboloskan gawang Arsenal dengan dua jaringan gol. Tapi game semalam bagi aku agak perlahan kalau nak dibandingkan dengan game Atletico Madrid lawan Barca. Memandangkan ada satu je tv kat sini, aku lebih ikut majoriti yang mahukan live show Atletico lawan Barca. Terlepas game final FA Cup walaupun peminat setia (setakat ni) Arsenal. Aku hanya dapat te

Jumaat dan Mistik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumaat penghulu hari datang lagi. Tapi, kita dalam tak sedar tidak menyedari yang setiap kali datangnya Jumaat, umur kita juga semakin bertambah. Kita hanya sedar umur kita bertambah bila mana tibanya tarikh kelahiran kita. "Oh... aku sudah tua..". Tapi ramai yang tidak ambil kisah bila mana sebenarnya  umur mereka saban hari bertambah dari hari ke hari kerana masa itu tidak pernah berhenti. Jumaat  adalah hari raya yang diiktiraf dalam Islam selain dua lagi daripada hari raya, iaitu hari raya aidulfitri dan juga aiduladha. Selain tiga hari ini, tiada lagi perayaan dalam Islam. Jumaat adalah hari agung yang Allah jadikan untuk umat Muhammad s.a.w, yang puratanya akan mati pada umur 60 - 70 tahun. Singkat bukan masa kita? Terdapat pada hari Jumaat itu adalah barakah dan kelebihan - kelebihan yang tiada pada hari lain. Namun, masyarakat Melayu kita seringkali dimomok dengan perkara - perkara yang mistik dengan hari Jumaat. Konon

Mei 2014 Datang Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Entry pertama untuk bulan Mei. Apakan daya, orang sibuk yang tidak sempat untuk mengemaskini blognya. Mungkin juga tiada lah sibuk itu, tetapi menjadikan sibuk sebagai penyandar dan pengukuh untuk mencipta alasannya. Manusia yang sering beralasan ni kadang - kadang tak seberapa nak maju sangat dalam kehidupannya. Maju tu maju, mungkin akan mengambil sedikit masa. Perlahan lahan... Sebenarnya, bulan Mei adalah bulan yang paling banyak peristiwa yang berkait dengan kehidupan aku. Salah satu daripadanya, Mei ini aku akan menempuh final year exam. Biarpun baru Mei, aku tak tahu kenapa orang menggelarnya dengan final year. Istilah ini seolah dipakai umum dalam kalangan pelajar yang menuntut di universiti. Mungkin juga Mei sekarang ni bersamaan dengan Rejab dalam bulan Islam. Aku menagih doa daripada kalian semua. Minta semoga Allah memudahkan urusan peperiksaan aku nanti. Moga - moga semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Mungkin ada di

Jangan Tolak Hadis

Salam penghulu hari buat semua. Jumaat yang pernuh keberkatan dan rahmat. Jumaat yang mana ada suatu detik dan ketika, padanya yang tidak akan tertolak doa seorang muslim. Banyakkan selawat kepada baginda junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tentu, kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang kedekut dalam memperbanyakkan selawat ke atas baginda S.A.W.   Intro kemain nampak macam ustaz kan? Sudah lama blog ni tak ada sesi tazkirah pada hari Jumaat. Dulu ada sorang writer tu yang selalu update tazkirah. Kalau dia busy, aku yang akan cuba olah ayat sendiri untuk bagi tazkirah. Tak lain tak bukan, tazkirah ni lebih kepada nak peringatkan diri sendiri yang memang selalu lalai. Cumanya, alang - alang untuk diri sendiri, biarlah orang lain dapat merasakan tempiasnya walaupun sedikit. Ada la juga sahamnya nanti kan?   Tadi aku ada terbaca satu post dalam page facebook Dr. Mahathir yang mengulas mengenai penangkapan Kassim Ahmad. Jelas ada nada sesal dalam ayat yang dizahirkan

Arsenal ke Wembley Lagi

Assalamualaikum.. Woahhh. Hari yang gembira walaupun hari ni boleh dipanggil hari ahad yang biru. Gembira sebab Arsenal dapat melayakkan diri untuk ke peringkat akhir piala FA. Satu lagi, gembira sebab Kelantan menang di Ampang lawan Atm. (intro kemain hyperover reacted). Arsenal punya game semalam punya la gelisah sebab channel tv buat problem. Tak senang duduk. Habis setting buat kat dekoder tapi still tak dapat live game Arsenal. Lastly just give up. Cuma tggu notification gol je.  "Toing". First notification. Wigan score. Haha. Menggelabah. Tengok highlight td, Wigan score penalti disebabkan kesalahan Mertesacker dan Mertesacker tebus balik dengan gol penyamaan. Drama epik berterusan sehingga habis babak masa tambahan yang berkesudahan 1-1. Part penalty ni yang best. Fabianski save 2 bola pertama. Haha. Terbaik. Masing - masing gol penalti Arsenal dijaringkan Arteta, Kallstroum, Giroud Kayu & Cazorla. Apa pun, Fabianski puncanya. Kita punya chance semalam memang boleh

Makin Maju Makin Bimbang

Zaman sekarang sudah tak seperti zaman dulu. Aku yang beranak tahun 90 an pun dapat rasa yang zaman sekarang sudah tak sama. Jauh bezanya. Dari segi pembelajaran, akhlak, teknologi, pembangunan dan sebagainya. Segala genap dan aspek sudah berubah. Zaman orang yang dah jadi bapa, datuk ni mesti lagi terasa perbezaannya. Dari zaman blackboard kepada whiteboard, daripada kapur yang berabuk dan mudah patah kepada marker yang boleh tahan wangi bau dakwatnya. Daripada zaman kertas bercetak kepada zaman yang semuanya di atas papan digital. Sungguh pantas ianya berlalu. Alangkah indahnya zaman dahulu kala. Aku boleh agak, mesti ramai yang beranak zaman 60an hingga awal 90an yang merindui zaman ni. Dalam semua benda yang berubah mengikut arus itu, semuanya kita dapat sesuaikan diri kita. Sama ada secara perlahan atau dapat menerimanya secara drastik. Teknologi ataupun pembangunan tu semacam tak kisah sangat dia nak berubah ikut zaman pun. Makin maju, makin kehadapan. Sebab semua tu ada keba

Adab Sudah Pergi

Assalamualaikum. Perlahan tangan merayap untuk mengetip keyboard yang kecil. Nampanya cuti bakal berkakhir sehari lagi. Ahad ini sudah mula sesi persekolahan dan terpaksa pula berdepan dengan midterm exam. Mengeluh tiada guna. Seminggu yang berlalu sangat tidak produktif. Tiada guna. Tanggung sendiri. Sudah tidak boleh direkonsiliasi lagi. Cuma fokus dengan apa yang ada sekarang. Sambil membelek laman facebook, ternampak seseorang cuba menulis di wall kawannya dengan perkataan 'hb'. Sudah dapat mengagak apa yang dimaksudkan. Singkatan 'hb' itu untuk 'happy birthday'. Bagi aku, kalau sekadar nak tulis 'hb' sebegitu dekat wall seseorang sebagai tanda ucapan hari lahirnya, baik tak payah ucap langsung. Cuma senyap buat tak tahu. Itu jalan pintas yang paling baik bagi aku. Nampak sangat tiada keikhlasan dekat situ. Memang betul yang ikhlas itu hanya tuhan yang dapat menilai. Namun, tanda - tanda tiada keikhlasan itu sudah dapat dikesan  melalui gaya bahasany