Skip to main content

Posts

TRIP YONG BELAR 2H1M (MEI 2018)

Suka dalam duka bila hiking ni memang sentiasa ada. Suka dan duka itu sering kali silih berganti semasa on trek sahaja. Manakala yang suka memanjang bila sebelum dan selepas off trek. Gunung Yong Belar adalah antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia yang terletak di Lojing, sempadan Kelantan. Apa yang menarik tentang Yong Belar adalah hutannya yang mossy dengan pokok-pokok yang kelihatan kehijauan bersama dengan lumut-lumut halus yang melekat pada keseluruhan pokok. Trip pada 11&12 Mei ini adalah yang dianjurkan oleh Group Team Kembara dan Rekreasi atau lebih senang dengan panggilan TKR. Group ini diketuai oleh Tuan M. Arif sebagai Gogo telah merancang aktiviti menawan puncak Yong Belar dengan menjadikan air terjun Pelaur sebagai tempat persinggahan bermalam.  Apa yang seronoknya hiking ni bila dapat camping dan santai-santai menikmati alam. Kita tidak terkejar-kejar untuk menawan puncak sahaja, tetapi setiap perjalanan kita itu sentiasa ada makna dan ken

PENGAKHIRAN 2017

2017 sudah mahu melabuhkan tirai yang pasti tidak akan tersingkap lagi. Maka, tirai 2018 menjadi kesinambungannya. Masa yang telah pergi, tidak sesekali akan kembali namun ianya akan disingkap kembali bersama dengan neraca yang Maha Adil di padang masyar kelak. Diputar kembali masa untuk kita dipertanggungjawabkan apakah yang telah kita lakukan sepanjang masa tersebut dalam mengabdikan diri kepada Allah. Apakah lalai kita itu lebih banyak dari ingatnya kita kepada Sang Pencipta yang Maha Agung? Terkunci rapat bibir kita. Lidah kelu tidak bergerak seperti mana di dunia dahulu. Di dunia mungkin lidah ini yang paling berkuasa. Boleh sembang, mengaku yang diri ini hebat sehingga boleh terbangke bulan bahkan hingga galaksi yang diri sendiri belum pasti kewujudannya. Lidah, adalah raja manusia di dunia. Bermodalkan air liur anugerah tuhan. Siapa sangka, siapa yang dapat memberi jaminan apakah 2018 ini sempat kita habiskan. Yang tinggi imannya mungkin mengharap supaya dapat bertemu la

SYURGA BUATMU ADIK-ADIK TAHFIZ ALHASYIMI

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian kemalangan jalan raya yang menimpa adik-adik tahfiz dari Maahad Tahfiz Alhasyimi di Kuala Krai, Kelantan. Dikhabarkan 6 orang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka. Mereka pergi pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan juga pada hari yang penuh mulia iaitu hari Jumaat. Mereka bersahur di dunia, namun berbukanya insyaAllah bersama dengan makhluk langit yang sudah menanti mereka di sana. Van yang dinaiki mereka telah terbabas dan merempuh sebuah rumah kayu yang berada di tepi jalan. Mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai menuju ke Kota Bharu untuk program tadarrus di Madinah Ramadhan, Kota Bharu. Perjalanan mereka adalah untuk ke tempat yang baik dan dengan niat yang baik. Mereka tidak sampai ke Madinah Ramadhan, tapi mungkin mereka sampai di taman-taman syurga. Van yang merempuh rumah kayu. - Gambar Facebook . Apa yang terkilan adalah ada lagi sebahagian m

PERMULAAN 2017

Mungkin masih belum terlewat untuk satu entry menyambut kedatangan tahun baru. Apa yang ada pada tahun 2017 bakal dicorakkan dengan satu corak yang indah. Mungkin. Mahu saja yang indah, tapi belum tentu indah seperti yang kita inginkan. Boleh jadi indah itu datang selepas berlalunya seribu kecewa. Tapi, usah risau. Hidup ini adalah hidup yang bertuhan. Dan semuanya tak akan berlaku tanpa adanya izin dari Tuhan. Bukankah begitu apa yang kita pegang selama ini? Sebab beruntungnya jadi mukmin dan muslim adalah bilamana dia ditimpa musibah dan ujian dari Tuhan, dia bersabar. Bilamana dia diberi nikmat dan kurniaan, dia bersyukur.

Tahniah Hafiz Zaki

14 Mac 2016 Tamat sudah zaman bujang. Tahniah buat sahabat yang bergelar raja sehari. Hafiz Zaki dan pasangannya. Moga rumah tangga yang dibina bahagia selamanya. Hari ini hari dia. 😬😬 A photo posted by @hafizinjamil on Mar 14, 2016 at 5:21am PDT Tahniah dan mubaraak kepada sahabat, Hafiz Bin Zaki dan pasangannya atas bertukar status daripada bujang menjadi suami. Memang patut bagi dia untuk naik pelamin dahulu berbanding dengan aku sebab dia ni umur dan lanjut. Sebelum umur dia masuk 30-an, elok benar la tu dia kawin dan membina rumah tangga dan juga beranak pinak. Semoga perkahwinan yang dibina ini selamanya bahagia dan kekal aman. Perkahwinan itu bukan sahaja pada menghalalkan ikatan, tetapi tanggungjawab yang bakal dihadapi begitu besar dan kadang kala ianya teramat berat. Itu apa pengalaman orang yang dah kawin duk cakap la. Kalau aku nak kata pengalaman aku, mesti ramai yang tak percaya. Apa-apa pun, sekarang ni musim orang bernikah sempena cuti sek

SESI 2016 BAKAL BERMULA

Selang 2,4 hari lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Jadi guru ni kadangkala rasa puas dan bosan bila tak bersua muka dengan anak-anak murid. Kalau lama sangat menghadap mereka, kadang-kadang tu ada rasa serabut dan serba tak kena bila tengok mereka. Habis, mana satu perasaan yang sebetulnya? Haha. Budak-budak kat sini akan datang ke asrama pada Sabtu ini (2 Januari 2016) dan sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya. Tapi, kebiasaannya, memang tak akan mula belajar terus la pada keesokan harinya. Nak kena kemas kelas, nak tunggu pembahagian buku teks dan ditambah pula dengan kalut para guru untuk menyambut pelajar baharu Tingkatan 1.  Pelajar Tingkatan Satu yang baru akan datang mendaftar pada hari Isnin iaitu selang 2 hari dari pelajar-pelajar lama. Ini untuk mengelakkan daripada kelam-kabut pada hari pertama persekolahan. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan keadaan dan dapat membuat persiapan dengan seeloknya dan aku pula kena bertanggungjawab untuk buat pa

REVIEW NASI ARAB - LAMB KABSAH

Tempoh hari ada jalan-jalan pusing kota raya, pusing putrajaya dan singgah lah dekat cyberjaya. Netizen selalu gembar-gemburkan yang dekat cyberjaya ada lambakan restoran nasi arab dan rasanya pula tidak mengecewakan. Jadi, sampailah aku di sebuah restoran yang baru sahaja pintunya dibuka pada pagi Jumaat yang lepas. Awal pagi dah nak pekena nasi arab, bukan apa... ye ke nasi arab dekat sini sedap..? Kedai yang netizen selalu duk cakap adalah Restoran Saba' tapi masa aku pergi tu, kedai tutup lagi. Mungkin beroperasi petang hingga malam sahaja. Jadi, aku pusing-pusing dan jumpalah kedai yang nampak sangat baru buka pintu kedainya. Pekerjanya tengah mengemop lantai. Yameni Hadramawt Kitchen. Lantaklah , lepas ni nak solat Jumaat pula. Asal makan dan kenyang je.  Akak dekat kaunter tu datang layan kami. Layanan dari akak ni memang terbaik. Penuh sopan santun dan tatatertib. Siap explain satu-satu apa beza mandy, apa beza kabsah, apa beza

Yeay... Cuti

Yeah. Rabu. Baru dengan rasminya dapat isytiharkan cuti dengan rasminya. Cuti penggal akhir tahun. Cikgu-cikgu kan, biasalah tu. Orang kata, cuti cikgu sama cutinya dengan anak murid. Kalau murid cuti, maknanya guru pun cuti. Cuti cikgu adalah sama banyak dengan cuti murid. Silap-silap, cikgu siap boleh tambah cuti lagi kan? Bukan cikgu sedap la sembang... Baru dapat merasai cuti adalah kerana sekolah tempat aku bertugas baru sahaja habis program atau pun sesuai dipanggil dengan nama kelas intensif. Kelas ini dikhusus dan diwajibkan kepada pelajar yang lemah dalam hafazan Al-Quran mereka. Setiap tahun, semua pelajar perlu memastikan hafalan mereka berada di muka surat mana, yang mana tidak mencapai target atau pun garis sukatan yang ditetapkan, mereka ini adalah yang tergolong dalam kumpulan lemah. Jadi, kelas ini bermula pada Khamis yang lepas lagi, 10 Disember 2015. 5 hari berturut-turut. Diganyang sehabis masa dalam sehari untuk memastikan para pelajar ini punya ruang d

DILEMA DI PERSIMPANGAN - TAHFIZ ATAU SAINS?

Katakan kita di persimpangan. Antara jalan ke kanan atau ke kiri yang patut kita ambil. Kita confuse dan serba salah. Pelbagai pertanyaan dan andaian timbul di benak fikiran apa yang bakal berlaku sekiranya kita ambil jalan tersebut. Kalau diambil jalan A, akan jadi bla bla bla... Kalau diambil jalan B pula akan bla bla bla. Masing-masing ada pro dan kontranya. Ada kurang dan ada lebihnya. Sekarang ni aku mengajar di sebuah cawangan sekolah tahfiz. Sekolah ini cuma sampai di tingkatan empat sahaja dan untuk tingkatan lima, mereka diberi pilihan untuk menyambung di mana-mana sekolah pilihan mereka. Sekiranya mereka cukup syarat yang ditentukan oleh sekolah tahfiz induk, mereka dibenarkan untuk sambung ke sekolah tahfiz induk tersebut biar pun ianya tidak wajib dan mereka juga boleh memilih untuk ke mana-mana sekolah pilihan mereka sekiranya mereka mahu. Apatah lagi bagi yang tidak cukup syarat-syarat yang ditetapkan oleh sekolah induk tersebut. Mereka bebas. Katakanlah ada