Skip to main content

Posts

Harga Minyak Naik Lagi

Mulai 1 Jun 2015, harga minyak di Malaysia untuk setiap liter adalah seperti berikut: 1) RON 95 -  RM 2.05 2) RON 97 - RM 2.35 3) DIESEL - RM 2.05 1 Jun tak seberapa nak indah bila kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen masing - masing untuk petrol Ron 95 dan juga diesel. Harga baru ini berkuatkuasa pada pukul 12:01 minit malam tadi. Cumanya tak pasti sama ada minyak cap kapak atau pun minyak yu yi cap limau turut naik harga pun tidak.  Harapnya pihak peniaga dan penjual tidak sewenangnya mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang mereka. Jangan sewenang menaikkan harga barang sekiranya barangan yang dijual itu sudah ada untungnya. Fikirkan kesulitan dan kesusahan marhaen yang lain. InsyaAllah ada berkat dalam perniagaan. Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik. Harga barang jangan pula dinaikkan! - Orang Pandai Malaysia (Ahmad Maslan) P/S: Syukur... Malaysia masih a

Download Highlight Final FA Cup 2015 - Arsenal vs Aston Villa

Source: Telegraph Click the link below and enjoy your highlight. This is BBC Highlight until Arsenal's players celebrate their winning and enjoy the trophie. BBC – Match of the Day - FA Cup Highlights, 30-May-2015 - HD.flv - 892.0 MB Boleh download highlight Arsenal vs Aston Villa pada sesiapa fans Arsenal yang terlepas game final FA semalam. Hightlight dalam 30 minit lebih dari siaran BBC. Gambar HD. Siap extend sampai Arsenal julang piala dan celebrate atas padang. Arsenal menang bergaya dengan jaringan 4-0. Member aku kata kena download full game sebab tengok full game tu dah macam tengok highlight dah. Mungkin dia taksub sangat dengan Arsenal kot. Tapi, fail kat atas tu besar la sikit sebab tu yang HD. Yang kat bawah ni gambar jenis blur sikit. Boleh tekan link kat bawah kalau korang tak pentingkan sangat kualiti. Arsenal vs Aston Villa – FA Cup Catch-Up.flv - 104.9 MB

Kerajaan Tak Paksa....

Salam Jumaat tanggal 29 Mei 2015. Senyum. Baca Kahfi. Banyakkan sedekah. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w Banyakkan berdoa.

Piala FA 2015 Bukan Milik Kelantan

Seperti yang diramalkan oleh Anuar Musa yang Piala FA tahun ni bukannya dalam rangkulan The Red Warriors. Tekaan yang dibuat oleh Anuar Musa berdasarkan analisis dan faktanya memang betul – betul menjadi realiti. Satu realiti dan juga satu kekecewaan buat peminat tegar TRW. Rilek brader – brader semua. Sokongan brader – brader semua memang terbaik. Penuh Stadium Bukit Jalil dengan baju yang berwarna merah. Aku pun pelik, yang pakai baju merah pun ada yang sokong Lion.  Menang kalah itu adat pertandingan. Apa yang penting adalah semangat kesukanan yang menghubungkan jalan kepada munculnya semangat kesepaduan antara rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan latar belakang politik. Syabas dan tahniah. Harapnya fans Kelantan sudah matang sikap dan perangainya dalam menjadi seorang fans TRW yang sejati. Harap tragedi bakar trak atau pun tragedi bakar stadium seperti fans Terengganu baru – baru ini tidak berulang. Tapi, apa yang kecewa lagi adalah Piala FA buat sulung kalinya dib

Berurusan Dengan Manusia

Ada segolongan manusia, apabila kita berbuat baik dengan mereka, mereka berbuat baik pula dengan kita. Ada pula golongan yang apabila kita berbuat baik kepada mereka, mereka tidak berbuat baik dengan kita. Seorang ulama berkata: والسعادة في معاملة الخلق أن تعاملهم لله فترجو الله فيهم ولا ترجوهم في الله، وتخافه فيهم ولا تخافهم في الله، وتحسن إليهم إليهم رجاء ثواب الله لا لمكافئتهم، وتكف عن ظلمهم خوفا من الله لا منهم   "Kebahagian dalam berurusan dengan makhluk Allah adalah dengan berurusan dengan makhluk KERANA ALLAH dengan mengharapkan Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan mengharapkan makhluk ketika berurusan dengan Allah. Takut kepada Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan takut kepada makhluk ketika berurusan dengan Allah. Berbuat baik kepada makhluk dengan mengharapkan pahala daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan makhluk. Tidak menzalimi makhluk kerana takut kepada Allah, bukan kerana takut kepada makhluk" [Majmu' Al-Fata

Sudah Lupakah Tentang Rohingnya?

Penghulu Hari Jumaat yang indah dan lagi permai moganya. Harapnya segala urusan dipermudahkan di penghulu hari dan juga di hari - hari yang akan mendatang. Syukur di atas segala bentuk nikmat yang kita perolehi sejak dari kita lahir di dunia hinggalah sekarang ini. Mungkin ada antara nikmat yang kita perolehi itu telah pun kita lupa. Mungkin? Menjadi manusia adalah bukan pilihan kita, tapi ianya adalah satu rancangan yang direncanakan oleh yang Maha Kuasa. Tapi, ketahuilah oleh kita yang hidup ini semuanya berkisar tentang pilihan. Kita diberi kuasa untuk memilih. Mahu pilih pahala atau pun dosa. Mahu pilih bahagia atau pun sengsara. Semuanya di tangan kita. Cumanya ianya tidak secara mutlak atau keseluruhannya. Rohingnya Sudah lupakah kita dengan isu Rohingnya? Oh lupa. Masyarakat kita punya semangat yang tidak menentu arahnya. Corak dan alunan semangat itu tidak dapat dibaca dengan tepat. Selalu bergerak secara rawak. Tidak konsisten dan malar. Lantak diorang lah, as