Skip to main content

Posts

Potential Arsenal Lineup for the Weekend Clash With Manchester United

Jangan risau. Entry dalam Bahasa Melayu. Tajuk je yang kemain nampak gempak dalam bahasa inggeris. Haha. Semangat yang berkobar sebagai peminat setia Arsenal tu perlu ada untuk menentang musuh tradisi malam esok. Man United mungkin akan menjadi mangsa kekejaman Arsenal. Mungkin je. Fan Man Utd jangan nak panas pula. Bagi chance sikit dekat fan Arsenal. Fan Man Utd kena ingat, Man Utd bakal dirobek dan diratah ibarat kambing golek. Aummmm... Hahaha. Penjaga Gol Tak lain tak bukan. Ospina semestinya akan mengambil tugas untuk menjaga gawang gol Arsenal. Sejak Ospina fit, nampaknya Ospina sudah mengambil alih tempat Shezni yang selama ini tampak angkuh dengan gambar selfienya. Wenger hanya memberikan Shezni beraksi untuk piala FA. Ya, esok Ospina akan beraksi tanpa ragu. Defender Mengikut perkiraan aku. Wenger akan menggunakan defender favouritenya buat sekarang ini. Favourite Wenger sekarang ini adalah:- Bellerin - Mertesacker - Koscielny - Monreal Cuma, favourite aku

Rohingya, Apa Nasibmu di Dunia Ini Kelak?

15 Mei 2015 menyaksikan satu lagi tragedi yang boleh dipertikaikan tentang nilai kemanusian bagi  tiga buah negara. Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Berita Reuters melaporkan yang sebuah kapal yang memuatkan kira – kira 400 orang pelarian Rohingnya berlayar tanpa arah di Teluk Andaman dan ketiga – tiga negara ini nampaknya tidak mahu menerima kedatangan mereka. Mereka tidak dibenarkan memasuki perairan negara masing – masing.  Apa yang menyedihkan lagi, Indonesia dan Malaysia merupakan negara yang majoritinya adalah Islam dan merupakan saudara seagama dengan pelarian Rohingnya tersebut. Rohingnya sudah hilang arah dan sudah tiada tempat untuk dituju. Di tanahnya sendiri pun sudah diusir oleh pelampau Buddha dan tentera Burma. Kehormatan, harta dan hak mereka dirobek dengan rakus oleh pelampau agama. Bukan setakat diusir, malahan sudah beribu – ribu saudara seIslam kita dibunuh disana. Di manakah sensitiviti kita bila mana saudara – saudara kita diperlakukan dengan sedemikian

Wanita Tidak Boleh Solat Zohor Pada Hari Jumaat?

Aku ada terdengar satu perbualan. Isi perbualan yang separa ilmiah kira aku. Dalam perbualan tersebut, aku tertarik dengan satu topik. Katanya, wanita tak boleh solat zohor pada hari Jumaat selagi Pak Imam belum habis berkhutbah dan selesai solat Jumaat di masjid. "Tidak sah!!" Aku sedikit kehairanan kerana benda ini seolah baru bagi aku. Benda baru yang asing bagi aku. Tak pernah lagi aku dengar benda yang sedemikian rupa. Rasa keinginan untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai perkara tersebut terbit dengan membuak dalam dada aku. Digapai handphone dan terus menggunakan syeikh Google. Ditaipnya dalam bahasa arab mengenai permasalahan tersebut dan terus aku terjumpa satu website yang dikumpulnya fatwa - fatwa dalam dunia Islam. Baik dalam bab ibadah mahupun muamalah. Website yang semuanya dalam Bahasa Arab. Satu website bukan kepunyaan orang Melayu, Mengikut kefahaman aku dalam artiker tersebut, ternyata fatwa itu sama sekali tidak menyokong pendapat yang mengat

Seputar Isu Terbaru di Malaysia

Makin banyak isu hangat di Malaysia yang tak sempat diikuti sejak GST diperkenalkan. Mana tidaknya, marhaen perlu mengerahkan keringat dengan lebih banyak daripada biasa untuk menampung perbelanjaan harian. Barangan dapur, barangan anak – anak, dan juga barangan keperluan yang lain. Itu rakyat marhaen yang biasa. Tahukah yang ramai lagi marhaen yang ditimpa musibah bah kuning di Kelantan hujung tahun lepas belum lagi dapat berteduh di sebuah tempat yang dinamakan rumah? Ramai mereka yang hanya mendiami khemah dan juga bangsal buruk yang seakan menunggu masa untuk rebah menyembah bumi? MANGSA BAH MASIH DIPINGGIRKAN? Jenguk seketika di laman media sosial, boleh nampak yang rakyat Malaysia masih begitu peka dengan permasalahan ini dan cuma mampu menjadi keyboard warrior. Sangkaan baik itu perlu. Mungkin itu sehabis daya mereka yang dapat menyumbang untuk marhaen yang masih lagi dalam kesempitan dan juga kesusahan. Kekadang, kita akui yang kita memerlukan golongan ini. Luahan me

Ditipu Maslan Lagi

Selamat Hari Buruh untuk para pekerja di Malaysia. Genap juga sebulan pelaksanaan GST 6% oleh kerajaan Malaysia. Sudah berapa juta, berapa billion hasil GST yang berjaya dikutip? Sudah berapa banyak barang - barang yang turun seperti yang didakwa oleh para menteri yang dapat meringankan beban marhaen? Sebulan pelasanaannya, semuanya boleh dinilai oleh jiwa dan raga. Secara amnya, mental dan fizikal sememangnya terkesan oleh kesan GST ini. Stress jiwa, penat raga. Kalau awal - awal April hari tu, rakyat naik bengang disebakan harga isian prepaid naik sebanyak 60 sen untuk setiap isian yang bernilai RM 10. Maka, datanglah hero malaya, Pak Menteri Kewangan Ahmad Maslan untuk menjernihan keadaan. Kononnya untuk menenangkan suasana. Katanya, dia akan bermesyuarat dengan syarikat - syarikat telco ini dan hasilnya, syarikat telco meminta masa sebulan untuk mengkajinya dan harga prepaid akan kembali seperti asal pada awal bulan Mei. Asalnya dia sendiri kecoh di twitter menerangkan yan

Malaysia April Ini

Malaysia semakin panas. Panas dek musim kemarau yang sedang melanda. Paras air di sungai - sungai utama pun semakin menyusut. Sungai Kelantan pun aku boleh nampak penyusutannya yang boleh dikatakan agak banyak. Beberapa bulan yang lepas, aku saksikan yang paras air Sungai Kelantan, arusnya hampir mencecah jambatan arusnya. Hari ini aku saksikan butir - butir kasar pasir kelihatan jelas di dasarnya. Alhamdulillah. Semalam hujan menimpa bumi ini. Rahmat untuk semua. Binatang, tumbuhan dan manusia yang serba bijak dalam serba serbi perkara. Bijak, tapi tak pandai untuk bersyukur atas anugerah yang diberikan. Berbalik kepada topik Malaysia yang semakin panas tadi, bahangnya belum lagi hilang biarpun selebat mana hujan yang turun mencurah di atas tanah yang pernah terkenal dengan lubuk emas pada suatu ketika dahulu. Sejarah Tanah Melayu. Kian dilupakan. Bukan? Panas dengan GST masih belum lagi hilang. Katanya akan ada demo besar - besaran pada 1 Mei ni. Entah jadi entah tidak. Demo

GST Sedang Melambai - lambai

Cuba bayangkan berapa yang perlu kita sebenarnya untuk GST nanti. Bahang GST semakin hangat. 1 April sudah melambai - lambai. Nampaknya ramai rakyat Malaysia  yang berharap GST ini adalah satu daripada (April Fool) yang dirancangkan oleh kerajaan. Tetapi, jangan nak bermimpi la ye. 6 peratus cukai barangan dan perkhidmatan akan dikenakan oleh kerajaan Malaysia ke atas rakyatnya. Sungguh, aku yakin yang ramai rakyat Malaysia yang akan terbeban dengan angka 6% ini. Di saat ekonomi Malaysia yang semakin goyah dan tidak menentu, sewajarnya kerajaan perlu menimbangkan semula dengan rancangan pelaksanaan GST ini. Bahkan, bukan sahaja ekonomi Malaysia yang makin hari makin gawat, masalah dalaman kerajaan yang melibatkan wang berjuta - juta ringgit pun masih belum dapat diselesaikan oleh kerajaan. Selesaikan dahulu apa yang menjadi barah kepada tunjangnya jika mahu memperelokkan buahnya dan mengeluarkan hasil yang baik. Malaysia tengah pincang dengan kejatuhan mata wang ringgit dan de

Takziah : Ahmad Izzat Bin Rosli

Sabtu yang lepas aku masih ingat lagi riak mukanya yang tersenyum lebar semasa di kenduri kahwinnya. Sempat berceloteh, usik - usik manja. Dia baru mengadakan kenduri kahwin setelah mengikat tali perkahwinan pada bulan Disember tahun lepas. Berpakaian ungu pada tengaharinya dan berpakaian baju Melayu pink pada sebelah petangnya. Tapi, pada pagi semalam aku mendapat khabar duka lagi lara yang dia sudah pergi mengadap Allah. Bertemu Sang Pencipta sekian makhluk. Selang sehari dia mengadakan kenduri kahwin, dia pergi buat selamanya dari dunia ini. Ya Allah... Aku terkejut dan sedikit terkesima bila mendengar berita kehilangannya di sebuah group whatsapp batch yang sama - sama satu pengajian peringkat menengah dahulu. Ahmad Izzat Bin Rosli. Seorang kawan dan juga sahabat. Lebih 5 tahun aku membesar di alam asrama bersama - sama dengan dia. Seorang yang selalu menceriakan suasana. Sejak dari Tingkatan Satu lagi dia mendapat nama gelaran yang terkenal dengan panggilan 'Ijat Misai&#

Hudud Kembali Panas di Malaysia

Pentas politik Malaysia semakin panas. Makin berganjak hari dan tahun,  makin terasa kepanasannya. Ada saja isu - isu baru yang akan ditimbulkan. Permainan politik tidak pernah selesai. Masing - masing ingin menunjukkan siapa yang juara, masing - masing ada ego yang tak nak tunduk kepada pihak lawan. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Terbaru, pentas politik Malaysia hangat dengan isu hudud. Suatu isu yang pernah hangat pada suatu ketika dahulu, sejuk seketika, hangat - hangat kepanasan, suam - suam kuku dan tahun 2015 kembali menggelegak minda dan jiwa seluruh rakyat Malaysia. VIDEO KONTROVERSI Kepanasan isu hudud ternyata terserlah dengan timbulnya satu video yang boleh diertikan sebagai satu video yang bersifat provokasi. Video hangat tu telah menjadi viral di laman sosial facebook yang memaparkan seorang wanita mempersoalkan tentang penutupan aurat dan isi utama video itu adalah untuk mempersoalakan kerelevan hukum hudud yang diusahakan oleh kerajaan Kelantan untuk dilaksanakan