Skip to main content

Posts

Harapan Bulan Ramadhan

Ramadhan hampir menjelma lagi. Rasanya sekejap sahaja. Itu hanya perasaan. Realitinya sudah 11 bulan ianya berlalu semenjak Syawal yang lalu. Apakah kita punyai rasa rindu kepada Ramadhan yang bakal bertamu? Ya, ianya tetap akan datang walaupun tidak diundang. Ramadhan selalu diertikan sebagai bulan yang mendidik. Boleh juga diertikan sebagai bulan untuk permulaan taubat. Ianya seiring dengan kesesuaian individu itu sendiri. Tapi, malangnya suasana di Malaysia seakan untuk menafikan kemuliaan bulan Ramadhan ini. Tengok sahaja bila masuknya awal Ramadhan. Pasaraya - pasaraya sudah menaikkan iklan di billboard jalanan tentang diskaun jualan mereka. Bahkan diskaun sehingga 90 peratus! Lihat sahaja di corong - corong radio, asyik memainkan lagu - lagu raya. Jika suasananya berterusan begini, sampai bila bulan taubat, bulan mendidik itu dapat diaplikasi dengan sebetulnya dalam jiwa kita? Saban tahun ianya akan berterusan sebegini. Tidak tahu salah siapa. Mungkin ianya sememangn

Cerita di Sebalik Piala Dunia

Assalamualaikum... Harap - harapnya korang semua bukan jadi zombie dek kerana penangan piala dunia. Piala dunia ni memang la 4 tahun sekali tapi kena la pandai - pandai imbang dengan realiti kehidupan kita. Jangan sampai disebabkan piala dunia ni, produktiviti kerja atau pun pelajaran kita merosot. Jangan sampai buat MC palsu untuk menipu majikan kita dan seumpamanya. Tak ada faedah pun semuanya tu. Kan? Hehe. Korang kat Malaysia la yang kena jadi zombie. Aku yang masih lagi di perantauan setakat ni masih rileks. Game world cup paling awal pun mula dalam jam pukul 7 malam. Paling lewat pula pukul 1 pagi. Tak jadi zombie kan? Lagipun, sekarang tengah cuti sekolah. Aku masih lagi bergelar student, mana kena pergi kerja awal - awal pagi. Haha. Zombie tak asli ni kadang - kadang bahaya juga, boleh buat kepala sakit kalau betul - betul tak cukup tidur.  Paling hangat cerita sempena world cup setakat ni adalah cerita tentang amukan suami bila dapat tahu isterinya tidur dengan le

Cerita MERS di Saudi

Assalamualaikum… Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu tentang wabak virus yang melanda Arab Saudi sekarang ini. Virus yang dikenali dengan MERS telah menyebabkan kematian hampir kepada 300 orang. Kes ini banyak tertumpu di Jeddah dan Riyadh dan beberapa kes di Mekah dan juga Madinah. Aku juga tidak pasti sama ada angka itu adalah angka rasmi atau pun sudah banyak yang terkorban disebabkan virus ini. Virus ini dipercayai datangnya daripada unta dan mula dikesan pada tahun 2009 lagi. Mungkin berita ini tidak dapat liputan meluas ekoran kematiannya tidak berada di paras membimbangkan. Ekoran daripada wabak virus MERS ini, baru – baru ini pihak kerajaan Saudi telah memotong kuota visa untuk mengerjakan ibadat umrah di tanah suci Mekah sehingga 50 peratus. Sudah tentu banyak syarikat travel yang mengalami kerugian rentetan daripada pihak Saudi yang tidak memberi memo awal terlebih dahulu. Kebanyakannya mengalami kerugian dari segi prasarana untuk para Jema

Kaji Sebelum Sebar

Assalamualaikum. Nampaknya Mei sudah semakin hampir ke penghujung dan kita sudah pun memasuki bulan Syaaban. Ini bermakna kita masih ada sebulan lagi untuk sampai kepada Ramadhan yang dirindui. Mungkin kita akan rasa putaran masa itu terlalu pantas sehinggakan sedar tak sedar kita sudah sampai kepada Ramadan sedangkan memori Ramadan pada tahun lepas masih lagi basah di ingatan. Pagi ini, media Malaysia dan juga newsfeed Facebook banyak memuatkan berita tentang mataf (tempat tawaf) di Mekah runtuh dan ada dalam kalangan jemaah umrah yang meninggal dunia. Aku berasa pelik kerana dekat sini tak ada pula dengar berita yang semacam tu sedangkan jarak antara sini dengan Mekah tidak lah jauh sangat. Dan ianya ternyata berita itu tidak benar apabila sumber berita Arab News akhirnya memuatkan berita menafikan perkara tersebut. Rujuk sini .  Apa yang sebenarnya berlaku adalah empat orang jemaah mengalami kecederaan dan tiga daripadanya adalah perempuan. Kejadian ini terjadi berpunca

Saat Getir

Assalamualaikum... Bertemu lagi kita pada Jumaat yang berkah lagi damai ini. Minggu lepas pun entry pada hari Jumaat. Pada Jumaat minggu lepas, kita tak dapat menjamin yang kita akan bertemu lagi dengan Jumaat hari ini. Tapi, setinggi syukur kerana ternyata Allah masih lagi memanjangkan jangka hayat kehidupan kita. Panjangnya hayat kita ini bererti semakin hampirnya kita dengan lubang kubur. Nabi s.a.w sendiri bagitau yang umur umatnya antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Itu adalah purata umur sisa baki umat manusia pada zaman sekarang. Namun, adakah kita mampu menentukan bila kita hendak mati? Intro yang bukan lagi kemain Islamik kan? Hee. Seminggu yang lepas adalah ternyata minggu yang paling getir dalam dunia aku yang bergelar pelajar. Gementar pun ada bila nak melalui exam final year. Natijah peperiksaan ini adalah penentu sama ada aku akan bergelar graduan ataupun akan tetap dengan gelaran siswa. Jauh di lubuk hati, aku ingin bergelar sebagai graduan dengan secepa

FA Cup Milik Arsenal

Arsenal menang FA Cup woi semalam. Menamatkan kemarau piala selama 9 tahun. Last Arsenal menang piala adalah pada 9 tahun yang lalu, Mei 2005. Masa tu aku baru umur 14 tahun. Boleh bayangkan betapa lamanya fan Arsenal menanti detik - detik indah seperti semalam. Saat player dan pengurusnya menjulang piala. Memang itu yang mahu dalam bola sepak kan? Merangkul piala dan memenangi kejuaraan dalam setiap musim bermula untuk mencari pasukan yang terkuat, dan piala adalah salah satu bukti yang boleh nampak secara jelas. Siapa fans Arsenal yang tengok game semalam mesti rasa tak senang duduk. Kan? Seawal 10 minit pertama lagi Hull City dah memboloskan gawang Arsenal dengan dua jaringan gol. Tapi game semalam bagi aku agak perlahan kalau nak dibandingkan dengan game Atletico Madrid lawan Barca. Memandangkan ada satu je tv kat sini, aku lebih ikut majoriti yang mahukan live show Atletico lawan Barca. Terlepas game final FA Cup walaupun peminat setia (setakat ni) Arsenal. Aku hanya dapat te

Jumaat dan Mistik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumaat penghulu hari datang lagi. Tapi, kita dalam tak sedar tidak menyedari yang setiap kali datangnya Jumaat, umur kita juga semakin bertambah. Kita hanya sedar umur kita bertambah bila mana tibanya tarikh kelahiran kita. "Oh... aku sudah tua..". Tapi ramai yang tidak ambil kisah bila mana sebenarnya  umur mereka saban hari bertambah dari hari ke hari kerana masa itu tidak pernah berhenti. Jumaat  adalah hari raya yang diiktiraf dalam Islam selain dua lagi daripada hari raya, iaitu hari raya aidulfitri dan juga aiduladha. Selain tiga hari ini, tiada lagi perayaan dalam Islam. Jumaat adalah hari agung yang Allah jadikan untuk umat Muhammad s.a.w, yang puratanya akan mati pada umur 60 - 70 tahun. Singkat bukan masa kita? Terdapat pada hari Jumaat itu adalah barakah dan kelebihan - kelebihan yang tiada pada hari lain. Namun, masyarakat Melayu kita seringkali dimomok dengan perkara - perkara yang mistik dengan hari Jumaat. Konon

Mei 2014 Datang Lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Entry pertama untuk bulan Mei. Apakan daya, orang sibuk yang tidak sempat untuk mengemaskini blognya. Mungkin juga tiada lah sibuk itu, tetapi menjadikan sibuk sebagai penyandar dan pengukuh untuk mencipta alasannya. Manusia yang sering beralasan ni kadang - kadang tak seberapa nak maju sangat dalam kehidupannya. Maju tu maju, mungkin akan mengambil sedikit masa. Perlahan lahan... Sebenarnya, bulan Mei adalah bulan yang paling banyak peristiwa yang berkait dengan kehidupan aku. Salah satu daripadanya, Mei ini aku akan menempuh final year exam. Biarpun baru Mei, aku tak tahu kenapa orang menggelarnya dengan final year. Istilah ini seolah dipakai umum dalam kalangan pelajar yang menuntut di universiti. Mungkin juga Mei sekarang ni bersamaan dengan Rejab dalam bulan Islam. Aku menagih doa daripada kalian semua. Minta semoga Allah memudahkan urusan peperiksaan aku nanti. Moga - moga semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Mungkin ada di

Jangan Tolak Hadis

Salam penghulu hari buat semua. Jumaat yang pernuh keberkatan dan rahmat. Jumaat yang mana ada suatu detik dan ketika, padanya yang tidak akan tertolak doa seorang muslim. Banyakkan selawat kepada baginda junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tentu, kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang kedekut dalam memperbanyakkan selawat ke atas baginda S.A.W.   Intro kemain nampak macam ustaz kan? Sudah lama blog ni tak ada sesi tazkirah pada hari Jumaat. Dulu ada sorang writer tu yang selalu update tazkirah. Kalau dia busy, aku yang akan cuba olah ayat sendiri untuk bagi tazkirah. Tak lain tak bukan, tazkirah ni lebih kepada nak peringatkan diri sendiri yang memang selalu lalai. Cumanya, alang - alang untuk diri sendiri, biarlah orang lain dapat merasakan tempiasnya walaupun sedikit. Ada la juga sahamnya nanti kan?   Tadi aku ada terbaca satu post dalam page facebook Dr. Mahathir yang mengulas mengenai penangkapan Kassim Ahmad. Jelas ada nada sesal dalam ayat yang dizahirkan