Skip to main content

Posts

Ahmad Hafizuddin

Cerita Arsenal dah lepas untuk minggu ini. Arsenal menang bergaya dengan Sunderland di tempat sendiri dengan jaringan 4 - 1. Namun, masih ramai yang tengah  mencanang gol Rosicky pada malam itu. Superb gol. Class gol. Kita ada dua game sebelum bertemu Bayern di Allianz Arena. Satu game liga dan satu lagi game FA Cup. Minta semuanya menang. Kita tak nak dihalau oleh fans lain untuk masuk gua. Haha. Entry kali ni bukan entry bola mahupun Arsenal. Haha. Cerita dua minggu lepas ataupun 3 minggu lepas. (Rasa kekok bila lama tak menulis). Cerita ini adalah cerita pasal kawan aku yang belajar di Jordan. Tercapai juga hajatnya untuk menunaikan umrah dan menjadi tetamu Allah sebelum pulang ke Malaysia. Tahniah dan moga - moga umrah itu adalah umrah makbul dan diterima Allah.  Nama kawan aku ni adalah Ahmad Hafizuddin bin Othman. Aku tak pasti 'd' tu double atau satu. Seawal tingkatan satu aku kenal si budak nakal ni. Masa mula - mula masuk sekolah lagi dah boleh nampak dah

Arsenal Berentap dengan 10 Orang Pemain, Kalah 0 - 2 Kepada Bayern Munich

Selamat pagi warga Arsenal Malaysia. Apa macam pagi khamis? Haha. Takziah diucapkan buat peminat Arsenal. Arsenal pada pagi tadi tewas di kaki Bayern Munich dengan jaringan 0 - 2. Jangan nak moody sangat, jangan nak pening kepala  nak hadap pemaki hamun atau pun hater - hater nanti. Buat macam orang tak ada perasaan je nanti. Jangan ubah air muka. Ahaks. Jangan risau sebab kita ada 90 minit lagi di gelanggang lawan. Cuba untuk jadi seorang yang positif dan optimis. Hihi. Tak nak ulas panjang. Arsenal hanya bermain dengan 10 orang pemain seawal babak separuh masa pertama lagi ikutan daripada Shezni mendapat layanan kad merah daripada pengadil. Manakala, highlight lain adalah Ozil tidak memasukkan jaringan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil. Jangan nak maki Ozil. Cuba bertenang. Aku rasa kita dapat fight Bayern di Allianz nanti sebab pada awal separuh masa pertama sebelum Shezni keluar, Arsenal berentap dengan baik dan banyak kali bola berada di muara gol Bayern. Chamberlain

Arsenal Mara ke Separuh Akhir FA Cup

Entry Arsenal lagi kan? Biasala.. Idea tengah tak ada, jadi Arsenal jadi topik untuk menghiburkan tangan mengetip keyboard. Cerita Arsenal pada hari ini adalah kemenangan Arsenal melawan Liverpool. Round ke 5 FA Cup. Menang 2 - 1 pada malam tadi adalah satu kegembiraan buat peminat Arsenal. Dapat keluar dari gua sejak Arsenal kena bantai di Anfield minggu lepas 1 - 5. Walaupun Arsenal hanya menang 2 - 1 pada malam ini, ianya tetap berbaloi. Wenger hanya menurunkan muka - muka baru pada malam tadi. Hanya Ozil, Koscielny dan Mertesacker yang kekal dari skuad melawan Man Utd yang lepas. Chamberlain dan Podolski sebagai flank dan nampak ia memberi impak terhadap strategi Wenger apabila kedua - duanya menggegarkan jaring lawan. Tak lupa juga, aksi Fabianski pada malam ini memang patut dipuji. Mungkin ramai yang tertanya - tanya mengapa Wenger mengetepikan Lord Bendtner dan menyenaraikan Sonogo sebagai first eleven. Katanya Wenger, "saya ingin memberikan peluang kepada Sonogo untuk berm

Seri di Emirates

Ramai ke fans Arsenal yang berjaga pagi untuk tengok game Arsenal lawan Menyu? Apa perasaan korang lepas reff tiup wisel penamat? Tak menyesal kan? Fans tegar mana boleh menyesal, always behind the team. Kalah, menang ataupun seri. Tapi, game malam ni memang hambar. Sayu dan layu je.  Arsenal pada pagi ini hanya dapat mengutip satu mata apabila hanya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Menyu. Ramai fans yang mempertikaikan kenapa kita hanya mampu seri dengan Menyu sedangkan banyak kelab-kelab bawahan dapat tibai Menyu dengan sesuka hati diorang.  Sudah tersurat sedemikian. Nak buat macam mana kan? Nak tibai tu memang nak bila mana kita kalah 0-1 di Old Trafford pada awal musim ini. Pak Wenger memberi ulasan. Katanya, pemain kita pada malam ini fokusnya hanya tidak mahu gawang dibolosi. Fobia la tu apabila Sabtu lalu gawang Shazwani teruk dirogol oleh Liverpool.  Taktik Pak Wenger adalah menguatkan bahagian defend dengan memasukkan Gibbs sebagai first eleven dan juga Rosicky menggantikan

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

Usbu' Mayyit

Minggu ni adalah minggu study week untuk student yang belajar dekat Arab Saudi. Aku tak pasti apa takwim and status universiti dekat Malaysia sebab ada sorang blogger tu update entry yang dia tengah mid sem break. UiTM Shah Alam. Tak tahu la dia punya cuti sendiri atau pun memang official daripada UiTm. Kalau ikut kira kan, takwim dekat sini kadang - kadang hampir sama dengan takwim universiti dekat Malaysia.  Setiap kali study week benda ni pasti terjadi. Selama hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswa tanpa ijazah ni, selama itu lah terjadi. Benda yang kalau seminggu dua lagi nak study week, pada masa tu seolah diri begitu ghairah, sudah berkobar dalam hati semangat yang ingin study bersungguh - sungguh pada study week. Makin dekat,  makin tekad azam untuk study dan cover balik pelajaran dengan harapan final exam nanti dapat jawab dengan smooth. Semua ini terbukti bila datangnya study week itu sendiri. Itu semua adalah konon. Kononnya! Haha Kat sini memang tak guna istilah stud

Ops Pintu

Semalam adalah suatu hal yang menyebabkan hati tak henti-henti menyumpah seranah Arab buat suatu masa yang seketika cuma. Bengang tak habis dengan perangai Arab ni. Kadang - kadang sampai tak masuk akal kalau nak difikirkan. Tak tahu la macam mana otak diorang ni berfikir. Bukan budak lagi, dah berjanggut, berjambang dan bermisai apa semua. Tapi, perangai macam orang tak cukup akal. Ceritanya, kelas aku ada test pada pagi tu. Aku ambil seat yang second last dari belakang. Belakang aku tu ada satu seat dan belakang seat yang last tu adalah pintu kelas yang memang forever locked. Maknanya pintu kelas aku cuma beroperasi yang hadapan sahaja. Aku sempat membelek nota - nota sebelum lect datang untuk pass soalan. Lepas tu ada sorang Arab,  lenggang lenggok berjalan, datang duduk belakang aku. Aku buat tak tahu je. Bila lect sudah hampir sampai untuk menghulurkan kertas soalan, aku cepat - cepat menyimpan nota. Pada  masa yang sama, Arab belakang aku memanggil aku. Aku toleh ke bela

Kena Lanyak 6 - 3 dengan Man City

ENTRY ARSENAL Game semalam ternyata satu aib yang besar buat pasukan kita. Kena lanyak 6 - 3 dengan Manchester City. Kita mungkin dapat bagi alasan dengan bermain di tempat lawan. Tapi alasan tu hanya alasan budak sekolah rendah. Tak boleh nak pakai sangat kalau nak diikut kirakan. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada sampai 6 gol Shezni bolos semalam. Ternyata game lepas ni menjadi penentu Arsenal akan terus berada di puncak liga ataupun tidak. Arsenal akan menentang Chelsea di Emirates hari Isnin 23 haribulan nanti.  Wenger menurunkan Walcott sebagai kesebelasan utama menentang City. Ternyata Walcott memang berbisa dengan menjaringkan 2 gol. Satu harapan yang baru kepada Arsenal sementara Giroud ketandusan jaringan gol. Sagna pun turut turun sebagai kesebelasan utama. Cuma semalam tak tahu mana yang silapnya. City terlalu mudah menembusi benteng pertahanan kita. Lebih - lebih lagi bila pertahanan terbaik kita Koscielny terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut dan d

Tumpas 0 - 2 dengan Napoli

ENTRY ARSENAL Napoli turun bermain di gelanggang sendiri dengan misi menjaringkan tiga gol bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam UCL. Tapi, apakah yang terdaya kerana Arsenal menghalang perjalanan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Mereka berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2 - 0 pada malam ini tetapi mereka tetap tidak dapat mara berikutan Dortmund berjaya mengutip 3 mata dengan menumpaskan Marseille. Ayat skema kan? Tengah berlatih untuk menulis ruangan sukan ni. haha Game malam ni memang menghiburkan penonton Napoli dan mencemaskan penonton Arsenal. Kedua pasukan bermain dengan baik dan masing - masing mengekalkan tempo permainan yang agak tinggi. Game laju, dan saling berbalas asakan di pintu gol masing - masing walaupun asakan di gawang Napoli sedikit kurang mencabar kerana striker Arsenal adalah Giroud! Gol pertama yang dijaringkan oleh Higuain memang menggugat semangat juang pasukan Arsenal kerana seluruh stadium bergema dengan sorokan. Suatu suara