Skip to main content

Posts

Renew Passport / Perbaharui Passport

Ku menghitung hari, masa semakin berlalu. Rabu depan flight terbang ke Madinah. Tidak perlu gusar, masa tidak akan berhenti, ia akan tetap berdetik tanpa lelah. Menunggu akan membuatnya terasa lama. Hanya jalani masa sekarang dengan sebaiknya. Manfaatkan even bersorang ataupun berdua. Jauh mahupun dekat. Selesaikan apa yang patut. Utamakan yang penting. Before fly rabu depan, aku kena renew passport terlebih dahulu. Ni penting. Paling utama. Ikut takwim, passport aku akan expired jun 2014. Tak sampai setahun lagi. Nak selamat aku perlu renew. Boleh juga kalau aku nak renew passport dekat Saudi sana. Tapi, urusan kat sana melibatkan masa dan perjalanan yang jauh. Leceh dan akhirnya membuat kepala otak semakin stress. Elakkan kerja yang boleh bawa stress. Boleh buat jiwa kacau je kan? Hee. Plan aku nak pergi dekat wisma. Masa aku buat passport dulu pun kat situ. Kalau nasib baik, orang tak ramai. Tak lama  aku kena queue. Tapi hari ni, aku melencong ke simpang lain. Asalnya hanya nak

Even a smile

Syawal sedang berlalu. Ramadan sudah berlepas. Tidak dapat digapai, hanya mampu menunggu untuk datang lagi pada tahun hadapan. Hanya berdoa moga - moga kita panjang umur untuk menyambutnya nanti. Memang betul yang masa itu adalah suatu benda yang paling jauh. Berlalu ia, sama sekali tidak dapat diputar balik. Aku terpana sekejap apabila melihat TL twitter. Biasa, aku baca sepintas lalu je mana-mana twit dalam bahasa inggeris. Kali ini twit dia macam special. Ada gaya bahasa yang memukau dan isi yang padat untuk disampaikan membuat aku berulang kali membacanya. Ulang banyak kali tu sebab tak berapa nak faham je. Hee. Aku mengiyakan bila mana ia mengatakan sekeping gambar perempuan yang sedang tersenyum manis tu sudah boleh membuatkan kaum lelaki tidak senang suduk. Aku olah ayat aku sendiri je ni. Betul, kalau senyuman itu manis, lelaki yang tengok pasti akan terpana sekejap, mahu ditenungnya lama-lama. Itu normal, suka kepada perkara cantik. Kan? Tengok iklan tv kalau

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

3 syawal 1434 hijrah. Sudah berlalu Ramadan. Semacam tak ramai penduduk Malaysia menangisi kepergiannya. Perginya seakan dirai dengan mercun pelbagai bunyi. Boleh jadi semacam Malaysia ini medan pertempuran. Sini sana berbalas bedilan mercun. Tapi, tak kurang juga dengan bedilan pistol dengan 5 kes tembakan dan kematian pada 1 syawal. Kesian, mentaliti dan adat Melayu susah untuk diubah. Adat yang menyimpang tak perlu dikekalkan bukan? Adat yang tidak selari dengan tuntuan syariat perlu dilupuskan. Awal Islam lagi datangnya untuk menghapuskan adat arab jahilliyah yang menindas kaum wanita, adat yang bolehkan anak mengahwini bekas isteri ayah. Pelbagai. Banyak contoh. Bukti syaitan mula dilepaskan memang nyata sangat. Anak anak muda sudah tidak segan untuk kembali berfesyen dengan aurat yang terdedah. Jejaka jejaka yang macho sudah tidak malu hendak menghembus asap-asap putih. Dunhill mahal pun tetap jalan kerana ada John White sebagai alternatif. Jelas. Hari raya adalah hari merayak

10 Malam Terakhir

Masuk 10 terakhir Ramadan. Maybe kita dengar pasal ramadan itu terbahagi kepada 3 fasa. 10 malam awal dan pertengahan tu adalah fasa keampunan dan fasa rahmat. Fasa 10 terakhir adalah pelepasan dari api neraka. Ketahuilah yang benda tu disandarkan pada hadis Nabi pada awalnya, tapi..disepakati oleh alim ilmu hadis yang status hadis tu tidak cukup kuat untuk diriwayatkan dari Nabi jadi, bimbang takut-takut kita semua berdusta atas nama Nabi s.a.w. Jadi, elakkan.. kalau boleh jelaskan kepada yang belum tahu lagi. Ada juga hadis riwayat Bukhari yang menyuruh kita semua mencari malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Kita juga tahu yang bagaimana Rasulullah s.a.w memperbanyakkan iktikaf pada 10 terakhir Ramadan. Kita juga tahu yang mana isteri-isteri Nabi juga turut beriktikaf tetapi selepas selesainya suaminya beriktikaf dan sudah semestinya dengan izin suaminya. Kita juga tahu apa doa yang perlu diperbanyakkan bacaanya kalau pada malam seribu bulan melalui pertanyaan 'Aishah

Melalut ke Laut

Lelaki selalu sahaja dikaitkan dengan Mostly juga lelaki kena berdikari kerana golongan ini bakal mengetuai keluarga. Tak most la. Kena jadi ALL. Tak kira lah sebuah atau banyak buah keluarga. Janji adil dan mampu. Mereka ini adalah kapten kapal bahtera yang berlayar di tengah lautan. Karam atau selamat sampai ke destinasi adalah tanggungjawab kapten kapal ini. Besar tanggungjawab. Kalau tak berdikari dari awal.. awal awal lagi boleh nampak macam mana hala tujunya nanti. First sekali kena buktikan yang kita adalah mampu berdikari dalam hal duit. Hal kewangan. Jangan mengharapkan mak bapak sangat even mak bapak adalah dato' mahupun tan sri. Kalau aku, rasa malu juga  as lelaki tapi tak guna kudrat tenaga kita untuk cari duit. Takkan kawin nanti pun nak sara anak bini minta duit dengan mak ayah?! Lupakah yang lelaki itu kuat berbanding perempuan? So, bagi adik beradik perempuan je lah minta duit dekat parents. Jangan minta, kalau bagi..sapu jee. Haha. Aku ingat lagi masa sekolah

Sedar Tak Sedar

Ramadan ke 19. Makin mampir dengan penghujungnya. Sedar dalam tak sedar. Kalau yang sedar, baguslah. Peka. Kalau tak sedar.. bagus juga kalau khusyuk sangat beribadah sehingga tak sedar. Kalau yang 'sedar tapi tak sedar' ni yang susah. Dia sedar je Ramadan nak pergi, tapi tak ada sedar untuk melakukan amal soleh untuk bekal akhirat sana. Tidak mahu pelaburan pada bulan 'sale' pahala ni. So, orang ni rugi. Kan? Paling mudah nak dapat pahala dalam bulan Ramadan ini adalah dengan makan. Makan tika sahur dan makan tika berbuka. Tak kisah la dalam sedar atau tak sedar yang kita makan tu akan dapat pahala. Paling mudah sekali. Makan tak ada syarat yang maksima. Asalkan cicip sesuatu makanan ke dalam mulut, kunyah dan telan. Settle. Susah? Takkk. Sejak kecil lagi kita buat benda tu..sampai lah ke tua. Lewatkan sahur, awalkan berbuka. Suatu sunah yang simple tapi besar tuntutannya. Suatu benda yang kita sedar akan galakannya, tapi selalu ambil lewa dengan amalinya. Sedar atau

Misteri Malam Itu

Malam ini sungguh indah. Bulan mengambang penuh dengan warna kuning yang berbias keputihan. Tompok-tompok awan mencorakkan lagi langit yang indah dengan sinar gemerlapan bintang. Sungguh, cantik nan indah. Tak terungkap dengan kata-kata. Ringan mulut menutur 'subhanallah'. Pada ciptaanNya ada seribu tafsir. Kadang-kadang cahaya petunjuk kepada yang sesat dalam kekufuran. Malam 15 Ramadan. Ku menarik perlahan motorsikal dari bawah garaj. Gelap. Enjin dihidupkan. Aku memandu dalam kegelapan menelusuri jalan raya. Malam. Selalu disinonimkan dengan misteri, mistik dan kejahatan. Selalu dimogokkan dengan kisah hantu dalam kalangan masyarakat Melayu. Paranoid dengan kisah lebuh raya Karak. Hantu itu wujud pada waktu malam!! Kemuncaknya 2-3 pagi. Orang cakap, hantu akan menjelmakan diri jika kita takut kepadanya. Persoalannya... macam mana hantu itu tahu kita takut kepadanya? Reaksi muka? Perbualan kita? Sehingga kini ia masih lagi menjadi teori dalam diri aku. Teori yang belum dapa

Manisnya Ramadan

Ramadhan datang tanpa dipinta, berlalunya ia tanpa dihalang. Saban tahun, Ramadhan akan datang. Cukup masa ia akan berlalu pergi. Andai umur kita panjang, kita akan sempat merasai Ramadhan, andai jodoh dengan dunia ini tidak panjang, selamat tinggal Ramadhan. Ramai yang tahu Ramadhan ini adalah satu bulan yang mulia. Bulan yang mana Al – Quran diturunkan, bulan yang mana syaitan akan dibelenggu sepanjang bulan, bulan yang mana terdapatnya seribu bulan dan banyak lagi. Tapi, ramai mana yang tahu menikmati dan memanfaatkan kemuliaan bulan ini? Ramai mana manusia yang pandai menghargai kemanisan bulan yang agung ni? Satu persoalan yang saya lontarkan khasnya untuk saya sendiri menjawabnya. Ramadan itu akan terasa manisnya jika kita tahu bagaimana cara untuk memanfaatkannya. Hot chocolate pun, jika tidak ada kemanisan di dalamnya, tidak ada nikmatnya bukan? Kita ada gulanya, kita tidak gunakannya untuk kelazatan hot chocolate kita. Bukankah itu satu kerugian? Bukankah itu juga

Ishhh.. Lamanya Ramadhan

Dah sepuluh hari kan kita dalan Ramadhan. Sepuluh hari juga kita telah menjalani ibadah puasa. Bilangan je 12 hari, tapi ada je yang puasanya baru 7 hari, ada 8 hari. Heh..? Orang jauh terasa eh? Heee. Ada yang rasa, 'Eh, dah 12 hari Ramadhan..cepat sungguh masa berlalu'. Ada yang macam ni, 'Alaaaa.. baru 12 hari. Lama betul, semalam dah macam 15 hari dah aku kira'.  Ragam orang kan. Macam-macam ada. Sorang satu ragam, seribu orang seribu ragam! Aku ada satu teori. Aku rasa laaa, yang cepat sangat bilang Ramadhan bila nak habis ni adalah sebilangan golongan imam terawih. Prasangka buruk ke? Haha. Entah, macam pengalaman juga,  sebab aku ambil dari pengalaman para imam terawih sekeliling aku ni. Interview. Maybe antara mereka jadi imam sebab terpaksa. Heh..? Yee.. sorang kawan aku tu, ayah dia paksa dia jadi imam kat surau sebelah rumah. Buat kerana terpaksa. Haha. Kalau buat kerana terpaksa.. hmmm, memang dari malam ke malam terawih yang lain tu rasa lama sangat. Buat