Skip to main content

Posts

Higuain For Arsenal?

ENTRY ARSENAL Lama sudah tak update berita tentang Arsenal. Bukannya hilang semangat The Gunner dalam diri  ni. Cuma tak berapa nak bermaya sikit dengan Arsenal season ni. Merajuk dengan Arsenal. Merajuk dengan Wenger. Bara Arsenal masih lagi hangat membara walaupun jarang sekali menyala menyambar. Hihi. Terbaru pasal Arsenal adalah tentang transfer pemain baru untuk musim yang akan datang ni. Pre Open. Maybe juga pre order. Higuain adalah yang paling hangat sekarang ni dikaitkan dengan Arsenal. Deal bernilai 22 Juta euro untuk kontrak 5 tahun berkhidmat dengan Arsenal. Higuain... hmmm.. not bad la untuk ganti tempat Persie. Baru 25 tahun mamat jambang tu. Tapi, Higuain juga dikaitkan dengan Tottenham. Katanya, Higuain akan memilih Arsenal ataupun Tottenham. Tengok team mana yang layak pergi Champion League untuk musim depan. Jadi, pre order ni nampaknya macam  tertakluk dengan syarat, dan syarat itu juga adalah munasabah diletakkan oleh Higuain. Nak main Champion League l

Lelaki Itu Sama Je!!!

Soalan dan jawapan penting untuk perempuan memahami lelaki Allah SWT sebut dalam al-Quran, 'وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى' Dan bukanlah anak lelaki itu sama seperti anak perempuan.' [Ali-Imran:36] 1. Kenapa lelaki suka melihat perempuan? Aljawab, kerana melihatnya dapat memuaskan nafsu. Seperti kucing suka melihat ikan, si lapar melihat makanan. Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَاتِ مِنَ ٱلنِّسَاءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَاطِيرِ ٱلْمُقَنْطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلأَنْعَامِ وَٱلْحَرْثِ ذٰلِكَ مَتَاعُ ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَٱللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ ٱلْمَآبِ 'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Ali-Imran:14] 2. Apa lelaki mahu ap

Tahniah Buat Sahabat 'KING'

sebak tengok gambar macam ni. :) Orang sibuk dengan mendundi hari ni. Tapi aku dapat berita gembira dari seorang sahabat di sekolah dulu. Tidak ku sangka. Orang tu kata dia buka FB penuh je home dia dengan politics. Penuh je dengan gambar jari orang upload. Biasanya orang yang first time mengundi kot upload semua tu.. haha. Teruja sebab dapat mengundi untuk first time. Maybe dia rasa dia cukup matang dah. Haha. Tapi aku buka fb tersenyum sebab ada post ni dekat group batch 24 mtaq. Assalamualaikum.. Sesungguhnya perancngan Allahlah yg terbaik.. Bismillahirahmanirahim, insyaAllah pada mlm ini 4.5.13 ini,saya Muhammad Mustaqim b Othman akan dijabkabulkan dengan pasangan hidup sy..mohon doa kalian utk kbaikan dn kbhagiaan kami dunia akhrat..maaf lmbt oyk ke saim2 dan ini hnyalah mjls keluarga trdkt shja insyaAllah mjlis walimah/kenduri akan djemput semua nti..tQ,, INI KALILAH :) Aku pun tak tahu kenapa dia pilih tarikh tu. Orang pun ingat dia macam main - main je sebab

Teori Konspirasi Versi Ubibadok

Esok 5 May wei.. Ye.. 5 May. Ramai je manusia manusia yang menunggu saat 5 May ni sejak sebulan yang lepas lebih kurang. Benda yang dalam 5 setahun sekali je ada dekat Malaysia. Sampai bangla bangla pun turut tumpang gembira sebab dapat ic baru. Haha. Sampai cina - cina menyatakan rasa tidak puas hati sebab dianak tirikan berbanding dengan bangla ni. Entah la Malaysia, susah nak faham percaturan politik ni. Ye laa.. Tuhan sendiri ada sebut yang manusia itu sendiri zalim kepada dirinya sendiri. Aku percaya semua majoriti rakyat Malaysia nak satu sistem pilihan raya yang bersih. Tidak ada libatkan pengundi hantu ini semua. Bukan nak tuduh.. tapi dah memang ada bukti untuk kes - kes yang lepas. Sehingga kita sendiri tidak tahu, masih keliru sebenarnya yang mana satu pilihan rakyat kehendak. Kita tahu ada unsur orang - orang asing di bawa masuk untuk mengundi bagi meraih undi sesuatu parti. Tindakan yang sangat memalukan dan pengecut mungkin.  Bukan apa, kalau betul orang - orang

Ego Vs Honest

Lelaki adalah satu makhluk yang mempunyai ego pada tahap kayangan. Tinggi memuncak.  Mungkin ada lelaki yang menafikannya. "Saya tidak ego okay..". Tetapi percaya lah, sifat ego itu akan ada juga walaupun sedikit. Mungkin dia belum menemukannya dan mungkin dia tidak pernah berada dalam situasi yang menguji keegoaan dia. Lelaki, baka kita semua adalah sama. Kadang - kadang lelaki ni akan ada satu rahsia peribadi yang cukup besar baginya. Sangat besar. Suatu rahsia yang disimpan kemas dan rapat hanya untuk dia seorang. Diletakkan security yang paling ketat. Boleh jadi rahsia itu adalah rahsia kisah lampau dia yang buat dia malu untuk mengaku dengan suasana dia sekarang. Mungkin la. Mungkin juga suatu rahsia yang sangat aib buat dia hingga dia sendiri pun tidak mahu menerimanya. Mungkin juga rahsia  yang dia ingin padamkan dalam kisah kehidupan dia. Tidak mahu ingat dan kenang lagi buat selamanya. Tapi, dalam suatu perhubungan, haruskah rahsia ini tetap akan menjadi rah

Happy Birthday to You

Di sini aku nak untuk ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat seorang sahabat jauh di malaysia sana. Seorang blogger yang famous dengan panggilan ostad jiji. Pemilik blog Nesloo . Mohamad Azizi Azahazuhari. Nama dia setakat Azizi je, yang belakang tu nama bapa  dia. Haha. Tuannya handsome. Cute. Pakai spec. Body tough mengalahkan Justin Bibir. Dulu la tough. Sekarang ni tak tahu la macam mana.. haha.. maybe tough juga. Tapi bentuk je lain. Tak banyak aku tahu pasal dia ni. Aku cuma first kenal dia masa zaman sekolah menengah. Masa aku form 1 tu dia dah form 4. So, aku tak kenal sangat la brader ni. Lagipun masa kat sekolah dulu. Dia ni taiko. Semua junior kalau boleh tak nak terserempak dengan dia. Garang sangat. Kalau lalu ikut dorm number 104 masa tu, sah la.. akan ada suara memanggil dari dalam bilik tu.. " Woiii budak, masuk sini kejap.!! ". Abang taiko panggil, takkan buat derk je kan budak - budak tu. Haha Biasa budak tu akan masuk, kalau berdua, sorang akan

Masing - masing

Politik tengah rancak. Harga emas tengah turun. Madinah makin panas. Hati bertambah rindu. Tengok, semua benda tersebut masing - masing tidak mempunyai kaitan dengan yang masing - masing. Masing - masing punya isu tersendiri dan pengolahannya yang tersendiri. Sebagaimana hidup seseorang. Masing masing punyai agenda masing - masing. Banyak kan masing - masing? Biasalah, masing - masing ada cara masing - masing. Ikut citarasa individu masing - masing untuk penggunaanya. Politik tanah air makin panas. Siap ada markaz partis yang kena bom lagi. Dah macam movie pula lagak politik di Malaysia. Penuh dengan konspirasi. Sehingga siap ada khabar angin mengatakan sampai berpuluh billion duit digunakan untuk berkempen. Kalau betul sampai berbuluh billion. Sah, ini gila!! Sementara politik tengah rancak dan hangat membara, pengerusi Public Gold menyarankan agar sesiapa yang punya duit lebih untuk membeli emas. Dikatakan harga emas turun mendadak sejak dari tahun 90 an. Mungkin dia juga ad

Politik dan Kehidupan

Nun jauh di Malaysia mesti tak habis lagi pasal politik. Tajuk entry pun aku nak letak perkataan politik jee. Haha. Dah memang sebati dah politik dengan kaum melayu ni. Pelbagai isu hangat dimainkan sekarang ni. Pelbagai manifesto sibuk dijulang. Lepas PRU nanti, redalah sikit tu. Tunggu 5 tahun lagi untuk hangat kembali. Tunggu manifesto baru pula. Kita lupakan manifesto yang tak terlaksana. Ni bukan entry politik, ni adalah entry bebas. Tidak terikat dengan mana - mana parti politik. Tidak terikat dengan mana - mana syarikat kerajaan. Hanya seorang yang miliki account google dan menggunakan khidmat google blog untuk menulis. Hehe. Kalau google bertanding, menang besar ni. Ni juga bukan nak cerita pasal google. Sebernarnya ini adalah cerita kehidupan. Manusia seperti kita ni, tak kira dari parti apa pun.. kerja apa pun, asalkan dia itu adalah keturunan adam dan hawa, semuanya akan menjalani empat peringkat yang kehidupan. Itu adalah kepercayaan Islam. Lain

Melayu dan Politik

Masing - masing sibuk berkempen parti masing - masing. Di sini hijau, di sana biru. Masing masing sibuk berbicara pasal politik. Masing masing sibuk memasang bendera di jalanan. Masing - masing dengan manifesto masing - masing. Masing dan masing. Semangat kepartian itu saling mengatasi antara yang lain. Sebab itu sehingga ada yang bertetak dengan parang dan pedang akibat salah faham pasal bendera. Agaknya begitulah suasana sekarang di Malaysia. Melayu khasnya. Melampau. Melayu makin lama makin hilang jati dirinya. Dulu sangat terkenal dengan sopan dengan tingkah lakunya. Makin lama mencapai merdeka, makin tipis malu yang ada pada Melayu. Manakan tidak, sekarang penuh dengan video - video lucah tersebar. Semuanya melibatkan ahli politik. Tidakkah benda itu terlalu umum untuk disebarkan? Sehingga sudah menjadi benda yang biasa dan seakan sudah lali untuk budak budak sekolah rendah melihat aksi sebegitu. Sedangkan mereka ini lah yang akan menerajui Malaysia nanti. Politik Malaysi