Skip to main content

Posts

Happy Birthday to You

Di sini aku nak untuk ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat seorang sahabat jauh di malaysia sana. Seorang blogger yang famous dengan panggilan ostad jiji. Pemilik blog Nesloo . Mohamad Azizi Azahazuhari. Nama dia setakat Azizi je, yang belakang tu nama bapa  dia. Haha. Tuannya handsome. Cute. Pakai spec. Body tough mengalahkan Justin Bibir. Dulu la tough. Sekarang ni tak tahu la macam mana.. haha.. maybe tough juga. Tapi bentuk je lain. Tak banyak aku tahu pasal dia ni. Aku cuma first kenal dia masa zaman sekolah menengah. Masa aku form 1 tu dia dah form 4. So, aku tak kenal sangat la brader ni. Lagipun masa kat sekolah dulu. Dia ni taiko. Semua junior kalau boleh tak nak terserempak dengan dia. Garang sangat. Kalau lalu ikut dorm number 104 masa tu, sah la.. akan ada suara memanggil dari dalam bilik tu.. " Woiii budak, masuk sini kejap.!! ". Abang taiko panggil, takkan buat derk je kan budak - budak tu. Haha Biasa budak tu akan masuk, kalau berdua, sorang akan

Masing - masing

Politik tengah rancak. Harga emas tengah turun. Madinah makin panas. Hati bertambah rindu. Tengok, semua benda tersebut masing - masing tidak mempunyai kaitan dengan yang masing - masing. Masing - masing punya isu tersendiri dan pengolahannya yang tersendiri. Sebagaimana hidup seseorang. Masing masing punyai agenda masing - masing. Banyak kan masing - masing? Biasalah, masing - masing ada cara masing - masing. Ikut citarasa individu masing - masing untuk penggunaanya. Politik tanah air makin panas. Siap ada markaz partis yang kena bom lagi. Dah macam movie pula lagak politik di Malaysia. Penuh dengan konspirasi. Sehingga siap ada khabar angin mengatakan sampai berpuluh billion duit digunakan untuk berkempen. Kalau betul sampai berbuluh billion. Sah, ini gila!! Sementara politik tengah rancak dan hangat membara, pengerusi Public Gold menyarankan agar sesiapa yang punya duit lebih untuk membeli emas. Dikatakan harga emas turun mendadak sejak dari tahun 90 an. Mungkin dia juga ad

Politik dan Kehidupan

Nun jauh di Malaysia mesti tak habis lagi pasal politik. Tajuk entry pun aku nak letak perkataan politik jee. Haha. Dah memang sebati dah politik dengan kaum melayu ni. Pelbagai isu hangat dimainkan sekarang ni. Pelbagai manifesto sibuk dijulang. Lepas PRU nanti, redalah sikit tu. Tunggu 5 tahun lagi untuk hangat kembali. Tunggu manifesto baru pula. Kita lupakan manifesto yang tak terlaksana. Ni bukan entry politik, ni adalah entry bebas. Tidak terikat dengan mana - mana parti politik. Tidak terikat dengan mana - mana syarikat kerajaan. Hanya seorang yang miliki account google dan menggunakan khidmat google blog untuk menulis. Hehe. Kalau google bertanding, menang besar ni. Ni juga bukan nak cerita pasal google. Sebernarnya ini adalah cerita kehidupan. Manusia seperti kita ni, tak kira dari parti apa pun.. kerja apa pun, asalkan dia itu adalah keturunan adam dan hawa, semuanya akan menjalani empat peringkat yang kehidupan. Itu adalah kepercayaan Islam. Lain

Melayu dan Politik

Masing - masing sibuk berkempen parti masing - masing. Di sini hijau, di sana biru. Masing masing sibuk berbicara pasal politik. Masing masing sibuk memasang bendera di jalanan. Masing - masing dengan manifesto masing - masing. Masing dan masing. Semangat kepartian itu saling mengatasi antara yang lain. Sebab itu sehingga ada yang bertetak dengan parang dan pedang akibat salah faham pasal bendera. Agaknya begitulah suasana sekarang di Malaysia. Melayu khasnya. Melampau. Melayu makin lama makin hilang jati dirinya. Dulu sangat terkenal dengan sopan dengan tingkah lakunya. Makin lama mencapai merdeka, makin tipis malu yang ada pada Melayu. Manakan tidak, sekarang penuh dengan video - video lucah tersebar. Semuanya melibatkan ahli politik. Tidakkah benda itu terlalu umum untuk disebarkan? Sehingga sudah menjadi benda yang biasa dan seakan sudah lali untuk budak budak sekolah rendah melihat aksi sebegitu. Sedangkan mereka ini lah yang akan menerajui Malaysia nanti. Politik Malaysi

Budak Jahat? Siapa Salah?

Kecoh dekat laman media sosial tentang video seorang budak yang dikatakan ketua kelas dipukul beramai - ramai di sebuah sekolah. Facebook PDRM sendiri ada memuat naik video tersebut dan meminta mana mana saksi mahupun mangsa mahupun sesiapa yang mengetahui perkara tersebut menghubungi pihak polis untuk membantu mangsa. Sesiapa yang tengok video tu mesti akan merasa bengang, rasa marah, rasa geram, rasa menyampah dengan budak budak yang jadi pemukul dalam video tu. Manakan tidak, 3 lawan 1. First tu nampak la sorang budak siap dengan aksi tomoi, penyiku, penumbuk, kaki, lutut semua dia bagi kat budak yang lengkap beruniform sekolah. Kesian tengok budak tu, siap dengan beg sekolah lagi tu. Dibuat macam punch bag je. Tapi, baca komen facebook.. diorang kata budak ni kuat juga... 3 orang bantai dia, dia tak tumbang pun. Kalau lawan satu sama satu mungkin advance budak tu lagi la. Cara jantan la tu.. Tak tahu la apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Masih bersekolah yang ta

Celoteh West Brom vs Arsenal

Nampaknya game Liga Inggeris bermain lebih awal sekarang dan ini bermakna peminat bola sepak liga inggeris di Malaysia tidak perlu mendera mata kuyu mereka untuk menonton perlawanan pada lewat malam lagi. Game Arsenal dan West Brom pada awal malam ni ye. Maybe orang bujang nampak masih di awal malam, orang dah berkahwin mungkin ala - ala lewat. Kita perlukan team kita untuk menang kesemua 8 lagi baki perlawanan. Kita perlu menang untuk mendaki di puncak liga biarpun bayangan kedudukan no satu tu sudah tidak kelihatan. Paling puncak sudah runtuh. Paling kurang kita perlu duduk di tempat ketiga ataupun keempat untuk melayakkan kita merebut piala UCL pada musim depan. "Sudah sudah la Arsenal, sembang kosong je.." haha.. tu para haters Arsenal. Biarkan diorang. Kita tumpukan match kita malam nanti. Nampak yang performance player Arsenal sedikit up sekarang ni dengan menangnya kita ke atas Reading biar pun kita tidak layak untuk mara diperingkat UCL. Gervinho yang aku sel

Sabar Lagi

Dalam selama kita menanti sesuatu, kita akan terasa lama dari detik kepada detik yang seterusnya. Bila tiba saat waktu itu, pernah tak kita terlintas yang penantian kita selama ni tidak lah selama mana yang kita fikirkan ? Sedarkah kita yang penantian itu adalah sesuatu yang sangat berat untuk ditanggung biarpun waktu yang perlu ditunggu sekitar sejam hingga ke dua jam. Penantian itu suatu penyesakaan. Zahir dan batin. Pernah dengar bukan? Tak percaya? Cuba tunggu queue untuk cucuk duit dekat atm. Satu barisan yang dalam 9-10 orang beratur untuk mengambil duit, dan kita adalah orang yang ke 11. Terasa lamakah akan terasa untuk sampai saat kita mengambil duit dari mesin atm tersebut. Tak lama..? Sebentar sahaja..? Memang orang itu seorang yang penyabar. Salute untuk orang yang macam tu. See, hidup kita tak dapat lari daripada perbuatan sabar. Sabar dan terus sabar. Kalau diikutkan, semua kita nak cepat je. Tak nak lambat, tak nak menunggu. Tak nak jadi orang yang last. Semua ki

:D

Kelas tafsir hari ni berjalan macam biasa. Hari ni lain sikit tempat aku duduk dalam kelas. Kebiasaannya aku duduk sebelah tepi kanan kelas. Rapat sangat dengan dinding. Bukan apa. Untuk mendapat network. Hari ni aku berganjak sedikit. Kali ni kebahagian kiri kelas dan terkebelakang sikit. Hari ni aku lewat sikit, arab laju je nak duduk situ, nak network juga la tu. Lecturer aku mula mengambil kedatangan. Tiba nama aku dipanggil, " Muhammad Hafizin..." aku angkat tangan seraya berkata, "Haadhirr..". Lect macam menoleh ke kanan kelas untuk mencari aku. Tapi tak ada. Bila nampak aku kat belakang, dia merungut sesuatu. Tapi aku tak berapa nak dengar sangat. Aku biarkan aja. Rupanya network kat tempat baru aku ni lagi kuat signalnya. 2 orang budak arab sebelah kiri aku masing masing dengan handphone. Dari awal kelas sampai akhir kelas. Sorang tu iphone kat tangan, satu lagi bb atas meja. Tak cukup satu. Sebelah kanan aku pun sama. 2 orang dengan phone, dari awa

Usah Dipendam Rasa Itu

Ada seorang lelaki ni minat dengan seorang gadis. Sudah lama dia memendam rasa suka dia tu. Tapi dia tak luah kan. Dia hanya biarkan perasaan itu bersoal sendiri. Menjawab sendiri. Dia buntu dan juga dilema. Mahu diluah atau pun tidak. Dia risau, jika diluah.. apakah perempuan tadi akan menerimanya. Kalau menerima... dia gembira, suka sangat. Jika direject.. dia tak tahu apakah dia dapat menerima kenyataan itu. Dia tak sanggup nak hadapi hakikat. Persoalan itu dibiarkan berlegar, dia dengan aku ada jodoh ke tak ye..? Dia bertanya kepada seorang  yang alim. Biarpun orang alim itu tidak lagi berkahwin, lelaki tadi cuba untuk meminta pandangan dan pendapat. " Jika tidak diluahkan, macam mana kita boleh tahu kita dengan dia ada jodoh ke tak. Bagitahu dahulu. Kena berani. Kalau dia tolak, mungkin kita boleh kata kita tak ada jodoh dengan dia, boleh cuba untuk mencari orang lain". ringkas sahaja jawapan orang alim tadi. Ada betulnya. Sampai bila kita nak memendam rasa.