Skip to main content

Posts

:D

Kelas tafsir hari ni berjalan macam biasa. Hari ni lain sikit tempat aku duduk dalam kelas. Kebiasaannya aku duduk sebelah tepi kanan kelas. Rapat sangat dengan dinding. Bukan apa. Untuk mendapat network. Hari ni aku berganjak sedikit. Kali ni kebahagian kiri kelas dan terkebelakang sikit. Hari ni aku lewat sikit, arab laju je nak duduk situ, nak network juga la tu. Lecturer aku mula mengambil kedatangan. Tiba nama aku dipanggil, " Muhammad Hafizin..." aku angkat tangan seraya berkata, "Haadhirr..". Lect macam menoleh ke kanan kelas untuk mencari aku. Tapi tak ada. Bila nampak aku kat belakang, dia merungut sesuatu. Tapi aku tak berapa nak dengar sangat. Aku biarkan aja. Rupanya network kat tempat baru aku ni lagi kuat signalnya. 2 orang budak arab sebelah kiri aku masing masing dengan handphone. Dari awal kelas sampai akhir kelas. Sorang tu iphone kat tangan, satu lagi bb atas meja. Tak cukup satu. Sebelah kanan aku pun sama. 2 orang dengan phone, dari awa

Usah Dipendam Rasa Itu

Ada seorang lelaki ni minat dengan seorang gadis. Sudah lama dia memendam rasa suka dia tu. Tapi dia tak luah kan. Dia hanya biarkan perasaan itu bersoal sendiri. Menjawab sendiri. Dia buntu dan juga dilema. Mahu diluah atau pun tidak. Dia risau, jika diluah.. apakah perempuan tadi akan menerimanya. Kalau menerima... dia gembira, suka sangat. Jika direject.. dia tak tahu apakah dia dapat menerima kenyataan itu. Dia tak sanggup nak hadapi hakikat. Persoalan itu dibiarkan berlegar, dia dengan aku ada jodoh ke tak ye..? Dia bertanya kepada seorang  yang alim. Biarpun orang alim itu tidak lagi berkahwin, lelaki tadi cuba untuk meminta pandangan dan pendapat. " Jika tidak diluahkan, macam mana kita boleh tahu kita dengan dia ada jodoh ke tak. Bagitahu dahulu. Kena berani. Kalau dia tolak, mungkin kita boleh kata kita tak ada jodoh dengan dia, boleh cuba untuk mencari orang lain". ringkas sahaja jawapan orang alim tadi. Ada betulnya. Sampai bila kita nak memendam rasa.

Langkah Pertama

Sampainya kita ke destinasi yang jauh itu tak dapat tidak kena dimulakan dengan langkah pertama. First step kalau bahasa mat salleh nya. Mat salleh tak semestinya dia orang soleh ye.  So, sesuatu perjalanan yang jauh dan tibanya kita ke destinasi yang dituju itu dengan adanya first step. Bermulanya first step ini bermakna bermulalah satu adventure yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya. Kita tidak sedar yang kita dalam adventure. Jeng.. jeng.. jeng.. Sama juga hal ketikanya kita untuk menggapai apa jua matlamat yang kita idamkan dan juga inginkan. Nak itu. Nak ini. Tapi, setakat nak je.. usaha tak ada. Nak kawin je.. isteri tak nak cari, kerja malas. Habuk juga kan..? Nak berjaya, nak cemerlang, nak lulus dalam pelajaran... studynya tidak... tidur je lebih... kelas jarang - jarang je pergi.. apa kesudahan nya? Sama - sama sudah tahu jawapannya. Kalau tak gagal, teruk juga la keputusannya. Tapi, pergi kelas jarang - jarang tu pergi juga.. Kira first step la tuu.. Ye..