Skip to main content

Posts

Selama Menjadi Anak

kadang kadang kawan itu memberi pengaruh yang besar kepada kita. Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya dengan colour mahupun patern yang dikehendaki mereka. Nak yang merah, nak yang pink... nak yang corak batik ataupun nak yang coral modern.  Asalnya adalah kosong, putih bersih dan suci murni. Ibu bapalah yang menjadikan anak mereka itu Islam, Yahudi, mahupun Nasrani. Asas agama yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam mendidik anak. Tanggungjawab ibu bapa yang paling besar adalah memberi didikan agama. Tak kiralah, nak anak dia jadi doctor mahupun cikgu mahupun posmen. Agama itu mesti menjadi akar yang kukuh  dan sihat untuk menjadikan batang, dahan dan akhirnya menghasilkan buah yang elok dan masak ranum.  Mungkin memakan masa yang agak lama, tapi pasti ibu bapa akan berpuas hati bila tibanya masa menuai nanti. Ibu bapa itu sudah sehabis baik menjaga anak - anak mereka. Tapi ibu bapa kadang - kadang tak sedar yang adanya unsur - unsur dari luar yang tur

Satu Jawapan untuk Semua Paper Exam

entry kat bawah ni macam tak ada kaitan dengan gambar dan juga tajuk. haha Berpagi - pagi di pagi Jumaat. Cuaca makin sejuk. Tadi 9 Celcius. Tapi, Madinah tak pernah turun salji. Mungkin tidak mustahil jika Allah mengizinkan, tapi mengikut tahun - tahun  dan tahun yang lepas salji tak pernah turun di bumi Madinah. Sampai ada yang kata, " kalau salji turun kat Madinah.. kiamat dah kot " Bukan nak bermaksud salji turun dekat Madinah tu adalah tanda - tanda alamat. Tidak pernah pun disebut oleh Nabi kita. Hanya cuba nak menyatakan yang ianya betul - betul mustahil untuk berlaku mengikut logik akal manusia. Allah tahu segalanya. Maha tahu segalanya. Tengoklah gambar kat atas tu. Soalan untuk peperiksaan baru - baru ni untuk budak sekolah menengah under Universiti Islam Madinah. Tengok jawapan dia. ' Allahu ya'lam " Allah mengetahuinya. Budak ni aku rasa dia dah confident yang jawapan dia betul. Tapi, syeikh yang check  paper dia siap tulis 'sifr&#

Tiket Di Emirates Naik Lagi

 ENTRY ARSENAL! Nampaknya team Arsenal menjadi topik perbualan hangat di sekirat London sekarang ni. Harga ticket yang mahal menjadi isu kepada fans lawan atau pun fans Arsenal sendiri. Mana tidaknya kerana harga ticket sekali lagi naik untuk menentang Man City di Stadium Emirates Ahad nanti. Arsenal telah meletakkan harga ticket sebanyak 62 pound untuk fans Man City yang akan bertandang ke Emirates. Manakala, untuk fans Arsenal sendiri boleh mencecah sehingga 126 pound untuk satu seat. Mahal bukan? Arsenal  sekarang sudah memegang carta yang tertinggi dalam liga perdana inggeris yang mengenakan ticket untuk away yang paling tinggi. Berikut adalah senarai antara yang tertinggi mengenakan harga ticket away untuk stadium masing - masing :   - Arsenal, Emirates Stadium 62 pound. -Chelsea, Stamford Bridge 59 pound. -QPR, Lotfus Road 55 pound. -Tottenham, White Hart Lane 54 pound. -Manchester City Etihad Stadium 51 pound. Aku sebagai fans tidak bersetuju denga

2 in 1

Termenung. Bungkam. Dingin membalut tubuh yang separuh bogel. Hanya bertuala, perlahan kaki mengarah ke bilik air. Teringat fitrah kita. Dilahirkan tanpa pakaian. Bogel. Sungguh hina kan..? Tapi, Allah tak pandang apa pun pakaian yang kita pakai semasa kita dilahirkan, ketika remaja, mahupun dewasa. Allah hanya pandang pakaian made in   takwa dan keimanan!! Tapak tangan yang sedikit kasar ini disilang, menggosok tubuh yang sedikit mulus.  Digosok berulang kali untuk menghasilkan haba. Tubuh terasa sedikit kehangatan. Hasil pembelajaran Sains semasa Darjah 4 dulu. Tahun 2001. Sekarang 2013. Sungguh cepat masa itu berlalu kan? Masa yang seiring berjalan tak semestinya pakaian takwa kita seiring dihias dengan iman dan ihsan. Adakalanya ia makin compang. Makin reput ditutup dengan debu maksiat. Kaki mengikut arahan minda. Melangkah seakan dipaksa. Sudah bertahun tubuh menerima reaksi sama. Sejuk menggigil bila tubuh disimbah dengan air kala fajar begini. Tubuh kata tak nak..tapi a

First Mobile

yang no.2 paling best...haha Nampak gambar di atas. Seingat aku, handhone tu zaman aku remaja je. Zaman nakal - nakal. Kalau bagi kat budak zaman sekarang, sah..tarik muncung terpajang. Nak yang screen touch je. Dulu, aku tengok orang ada handphone, nak ada juga satu kan? Haha. Padahal buat main game snake je. Pro sangat main game snake sampai ekor snake tu tak muat dah nak menyelusur di screen handphone. Game snake tu biasanya untuk fon Nokia. Masa tu maybe Nokia ni setaraf dengan Apple mahupun Samsung pada masa sekarang. Sangat laku dan laris di pasaran. Biasanya buudak yang stay kat  asrama ni, nak sangat buat - buat benda yang dilarang kan? Bila ustaz kata jangan bawa handphone ke sekolah. Makin lah rasa tercabar nak buat. Makin dilarang, makin nak dibuat... degil macam FA. Seingat aku.. masa zaman sekolah dulu 3 jenis handphone je sempat dengan aku. Semuanya buat isi kekosongan masa duduk asrama. First masa form 2, Nokia 2300, setahun je tahan. Seingat aku hilang. L

Mancini dan Balotelli Bergaduh

Why Always Me? Haha. Seringkali Balotelli jika dia menjaringkan gol akan terus menanggalkan jersey dan akan terpampang perkataan ni dekat baju dalam dia ( baju fit ). Tapi, kali ni juga 'why always me', why always me yang kena marah dengan manager. Kali ni manager Man City, Roberto Mancini. Kecoh dalam dunia bola sepak selepas tersebar satu gambar terbaru kelihatan Roberto Mancini bergaduh dengan Balotelli. Siap pegang baju lagi. Tengok kepada situasi gambar tu, boleh nampak yang Mancini macam geram sangat dengan Balotelli. Aku rasa, segala maki hamun balotelli dapat rasa masa tu. Tangan Mancini macam nak bagi penumbuk je. Tapi, bila tengok balotelli yang tinggi dan seram macam raksasa tu.. macam terbatal pula hasrat mancini tu. Tak ke seram ke tengok balotelli ni? Kalau Balotelli senyum dekat budak, confirm menangis - nangis budak tu. Aku rasa balotelli ni semua orang tak puas hati dengan dia. Hatta fans City pun aku rasa diorang buat - buat suka je Balotelli ni. Haha

Exam

Pagi Khamis. Biasanya universiti aku akan cuti hari ni. Hari Khamis dan hari Jumaat. Tapi, disebabkan exam, hanya kuliah Syariah yang menduduki paper tertentu je yang tak berapa nak cuti hari ni. Semalam siap ada main bola lagi. Aku tak mampu nak turun..kena pegang buku untuk paper hari ni. Exam jam lapan. Tapi, dah kalih sangat dengan perangai arab ni. Tak menentu. Kadang kadang pukul lapan tu penjaga exam pun tak datang lagi. Kalau kita datang lewat, kadang - kadang nasib kita yang tak berapa baik. Dapat penjaga yang datang awal, 7.30 dia dah ada dalam dewan.. sah - sah kena banyak alasan untuk masuk dewan nanti. Tapi, hari ni aku dah set... 7.55 pagi baru pergi.. Jalan kaki dalam 500 meter. Sedang - sedang la, sampai dalam jam lapan. Pukul 8 tu ramai lagi budak - budak arab berkeliaran kat luar. Aku jenguk dewan bernombor 307. Kosong. Penjaga tak ada lagi. Aku bukan bajet hebat nak jawab paper awal, tapi aku cuma nak cepat sebab nak reply whatsapp. Nasiblah hp tertinggal.

Hanya Seri Dengan Soton

ENTRY ARSENAL !! Walcott Podolski - Cazorla - Chamberlain Arteta - Wilshere Gibbs - Vermaelan - Koscielny - Sagna Shazwani Subs : Martinez, Mertesacker, Ramsey, Gervinho, Coquelin, Rosicky, Giroud Arsenal nampak lesu dan tidak bermoral malam ni kerana telah seri 1-1 sama dengan Soton. Apa nak jadi...? Taring dan bisa hanya menyerlah di Stadium Emirates. Hilang segala bisa bila bertandang ke gelanggang lawan. Gol dijaringkan O.G. Bukan Oliver Giroud. Tapi, own goal. haha. Tidak ku salahkan Wenger. Tidak juga ku salahkan player Arsenal. Semuanya sudah bermain dengan baik. Aku salahkan jadual permainan yang terlalu padat. Skuad yang sama pada menentang the Catle diturunkan di Soton  pada malam ini. Kita telah bermain dengan baik pada game yang lepas. Pressure dan tactical yang baik. Aku nampak Walcott sudah tidak laju. Penat mungkin. Wilshere asyik jatuh. Lesu mungkin. Sagna ada masalah ketika menyepak bola, sakit urat mungkin. Haha.. semua nak komen kan.? Bai

1 January 2013

Tahun 2012 sudah berlalu pergi. Sudah tinggal sejarah. Ramai yang menantikan saat detik 12 malam untuk meraikan 1 January 2013. Ada bersamanya bunga api, ada di sana juga konsert. Ada di sana juga tilam yang empuk untuk tubuh merehatkan diri. Semua di tangan kita. Kita yang tentukan. Aku? Pilih tilam lagi baik kot. Tak kisah sangat tahun lama ataupun tahun baru. Tahun baru sama je dengan tahun - tahun yang sebelumnya jika kita masih lagi di takuk lama. Masih sama kita yang di tahun 2012 dengan tahun 2013 nanti. Ramai yang update status senarai azam dekat facebook sempena  tahun baru 2013. Azam yang mana tahun 2010 lagi di senaraikan, tapi sampai kini belum lagi tertunai. Tak salah jika dibuat senarai, tapi.. macam tak ada guna jika tiada usaha untuk tunaikan azam tu. Orang sibuk menyambut tahun baru.. tapi aku tak kisah sangat tahun baru. Apa yang aku kisahkan adalah satu january. Satu tarikh yang merupakan tarikh yang bermakna dalam hidup setelah 21 tahun hidup di dunia. Ye..