Skip to main content

Posts

wordless wednesday

credit : MedikTv

wordless wednesday

panas membahang

alhamdulilah.masih lagi hidup dengan normal macam orang lain. semua 5 deria masih lagi berfungsi dengan elok. kalau korang yang baca ni terasa yang 5 deria korang masih lagi okay. cuba lahirkan rasa syukur dalam hati tu.. sedikit pun tak pe..hehe. aku kat sini kena mengharungi suhu 50 darjah celcius..kalau stay kat bilik suhu dalam 20-30 darjah celcius je. so, untuk elakkan kekeringan air dalam badan dan pembaziran air yang terhidrat akibat panas, banyak masa dihabiskan didalam bilik. layan anime naruto sambil belajar bahasa jepun. aku kena susun masa untuk keluar daripada tempat hibernasi aku dengan baik sekali. memandangkan aku mengambil kelas shortsem, masa untuk berada di bawah terik matahari hanya ketika perjalanan pergi dan balik ke kelas je. memang teruji panas kat sini, nak pergi masjid yang dekat pun iman boleh jadi nipis senipisnya.haha kena ingat. lain orang lain ujian yang Allah bagi kat kita. kat bawah ada jadual aku sepanjang shortsem. kalau korang nak belajar vocab

Khamis yang Lepas

blog sepi beberapa hari..keke.. hari khamis yang lepas aku berangkat bersama - sama dengan member untuk ke Mekah. menunaikan umrah. sudah lama rasanya tak buat umrah. dekat je jarak antara mekah dan madinah. cuma aku je yang malas. malas nak bersusah - susah. memang tak patut. tak patut dan tak patut. plan memang macam biasala kalau nak pergi ke mekah secara beramai - ramai. naik bas kat Madinah. bas yang syarikatnya nama Saptco. Aku rasa Saptco ni satu - satunya syarikat bas yang ada kat Saudi. Syarikat bas yang rasminya di bawah kerajaan Saudi. Rasa - rasa je la. SAPTCO ( Saudi Public Transport ). Kira - kira ada dalam 14 orang nak pergi mekah termasuk aku. Kat sini senang, nak bertolak baru beli tiket. Tapi yang susahnya kena beratur la. Kebetulan malam minggu, memang ramai plak yang nak pergi Mekah. Tiket dalam SR 54 untuk pergi dan balik. Harga untuk student. 50 peratus diskaun. Harga sebenar kali la dengan dua. Naik bas kat sini ada beberapa kekurangan. Satunya adalah penum

mood bercuti

hari hari di madinah masih lagi diteruskan. masih lagi dalam mood bercuti. tidur, bangun, makan. mungkin akan berterusan selama seminggu. haha.. sedang menghitung hari. hari Jumaat ni mesti tak ramai yang tinggal. ramai yang pergi ke Taif untuk mengikuti Program Hafazan Quran. tinggal beberapa orang je. nak lepak mesti tak best. yang tak pergi program tu mesti orang yang malas. dah boleh bajet dah.. aku pun tak pergi program tu..hehe aku rasa tiket 12 Julai ni aku nak percepatkan kepada 21 Jun. terasa juga duduk di Madinah pada musim panas. pukul 8 pagi tu dah macam pukul 12 tengah hari di musim lain. sangat panas. bayangkan, suhu hari - hari boleh mencecah 50 darjah celcius. ni baru permulaan. fasa pertama. hehe. ada fasa juga ke? Tengok kepada sejarah tahun - tahun yang lepas, suhu boleh mencecah kepada 60 darjah celcius. cuba bayangkan. Banyak kucing - kucing yang berkeliaran kat sini mati kehausan. Mati kepanasan. Tu yang aku rasa kena cancel plan untuk ambil shortsem. Untuk

Bas Upin & Ipin

percaya ke tidak yang syarikat bas di Saudi menggunakan nama Upin dan Ipin untuk menarik perhatian penumpang. sebenarnya aku pun tak pasti apa motif sebenar sebuah syarikat bas di Saudi ni menggunakan nama Upin dan Ipin. Tapi, yang jelasnya, memang nama Upin & Ipin terpampang di hadapan bahagian bas tu.... nak lebih jelas, tengok gambar kat bawah je. korang boleh bagi tafsiran masing - masing. haha.. tapi, aku pun konfius kalau nama upin & ipin tu adalah nama tempat. setahu aku tak de lagi nama tempat kat area Saudi ni yang namanya adalah upin & ipin... gambar ni aku cilok dari FB Haji Arshad. Orang melayu yang stay kat Mekkah. Businessman la lebih kurang. aku kenal je dia. tapi, dia mungkin tak kenal aku..haha aku pun tak pasti gambar ni edit ke tak..hehe. *kredit utk haji Arshad.

orang Jordan datang lagi

hari ahad. hari minggu dan hari untuk santai menyantai. hari ahad juga adalah hari sebenar untuk aku berlepas pulang ke malasia. tarikh yang asalnya termaktub di atas tiket untuk aku terbang bersama sama saudi airlines. tarikh 4 jun plak dijangka kaki aku sudah terpijak di alam nyata. negara nyata bernama Malaysia.kah3 tapi, itulah masalanya. tak jadi balik. extend tiket kepada bulan Julai. entah pape. rugi bilangan hari untuk aku berlibur.. biasanya macam tu la. time cuti lambat lg, mulalah terasa nak balik cepat. haaa.bila cuti dah datang, rasa tak nak pulang. tersembunyi di dalamnya hikmah. semalam sempat lagi jumpa sahabat dari Jordan yang datang buat umrah. kalau aku balik hari ni, rasanya tak sempat kot nak bermesra. mungkin sibuk dengan persiapan packing & sebagainya. walhal memang tak pernah packing awal pun. member yang kenal time aku bermusafir kat Jordan tika musim sejuk baru2 ni. sekali kenal, selamanya kita kenal. sekali bersahabat, sampai mati kita bersahab

datang kembali

selamat petang jumaat..lama rasanya tak memanaskan jari dengan menaip kata kata puitis untuk blog ini terasa dirinya terupdate. serius..lately ada je masa kosong..tapi masa kosong untuk berblog ni rasa hilang...mungkin time tu sibuk nak exam..haha tapi..rasanya nak kembali beraktif aktif..lama tak jengok blog member member alam maya..blog dkna, saizuan, kak lm, mama zul..tak tersebut kot kalau nak buat list kat sini. baru 2 3 hari exam final dah habis.. tapi, masa sekarang banyak dihabiskan untuk game. berlibur katakan.. aku berblog ni untuk isi masa lapang je. untuk tambah kenalan, untuk menghiburkan diri sambil nasihat menasihati sesama kita.kalau ada ilmu manfaat, boleh jugak share mengsharekan..?.hehe. kalau sampai terabai kerja yang utama disebabkan blog, kena stop dulu..fikir balik tujuan berblog..lagipun masih lagi belajar..itu yang utama.. hanya ini je yang mampu