Skip to main content

Posts

makna di sebalik wordless

gambar wordless wednesday tu aku letak gambar tulang ayam..hehe..manusia tak makan tulang tu. itu semua adalah makanan untuk jin - jin yang kebuluran. ingat, jin pun ada yang kebulur.. teringat time kat Turki. susah sangat untuk mencari nasi. kebanyakan diorang tak makan nasi. nasi kalau ada pun, mesti mahal teramat amat.. biasala.. barang yang susah nak dapat, penawaran harga mesti tinggi. time tu memang lapar, dari Bursa.. nak bertolak ke Istanbul. sambil2 menunggu bas, sempat melantak dekat restoran Popeye. Popeye ni satu2nya fast food yang sediakan ayam goreng.kat turki aku tak pernah nampak KFC. mungkin diorang banned sebab pekerja dia selalu je bergaduh. panas baran. harga pun boleh tahan. hanya order yang promosi je..30 ketul ayam. harga dalam 30 Turkish Lira. jauh lebih murah KFC Malaysia daripada Popeye. mustahil orang Malaysia boleh tahan tanpa makan nasi.. nafsu melahap nasi itu teramat besar.haha **ayam dia tak sespicy kfc..

rabu sepi

segmen : WRFW ! (walk,review,follow,win)

nak tahu lebih lanjut klik gambar segmen ni. ini adalah entry segmen. dah berzaman rasanya aku tak join segmen. tapi.. tengok segmen ni macam menarik je.. 4 dalam 1. siap ada hadiah lagi.. so, aku harap random.org pilih aku untuk jadi pemenang..haha lepas tu dia suruh tag  2 orang. yang part ni aku rasa serba salah je.. memandai nak tag orang kan..?macam la orang nak join segmen menyegmen ni..menyampah je..haha.jadi, aku nak tag orang yang baik hati dan caring je.. malahan mustahil dia nak marah aku.. mama..saya tag mama..boleh kan..? mama maszull  dan sorang lagi nak tag seorang yang caring dan daring.. ayah su.. saya tag ayah su ni..boleh kan..?hehe.. laman ayahsu . mama dan ayah jangan marah ye.

pedihnya cinta pandang pertama

amat indah cinta pandang pertama. perasaan cinta yang mana hadir ketika kali pertama memandangnya. pertama kali bertentang mata, pertama kali jantung berdegup kencang..oh, indah.. dari mata turun ke hati, firasat mengatakan dia adalah jodoh kita.. tetapi, cinta itu hanya cinta kita. tidak cinta dia. si dia cuma memandang kita dengan pandangan yang kehairanan, bukan dengan pandangan cinta. oh..rupanya kita hanya syok sendiri. menganggap si dia juga sama seperti kita. jatuh cinta dengan pandangan pertama.. rupanya firasat kita salah. mungkin kita salah dalam menafsir firasat. mungkin juga firasat kita tidak pernah betul. kes terpencil macam ni biasanya amat perit, pedih dan tragis. memakan masa untuk kita memahami. memakan masa untuk kita tahu yang kita sebenarnya syok sendiri. kita sebenarnya bertepuk sebelah tangan... cinta itu tidak perlu ditafsir, hanya perlu dihayati

manusia itu syaitan

tahu tak korang yang dalam kalangan manusia ni ada sebahagiannya terdiri daripada syaitan - syaitan..? ini adalah fakta dan bukannya auta..hehe.. mungkin nampak mustahil kan..? mana mungkin manusia menghasilkan kilang syaitan.. mustahil syaitan sama syaitan, keluar anak adalah manusia berdarah syaitan. amat mustahil manusia berkahwin sesama manusia tetapi keluar anak syaitan. sedangkan kita sendiri tidak pernah nampak macam mana rupa sebenar syaitan... inikan pula anak syaitan..semuanya mana mungkin.. habis tu.. macam mana dengan fakta yang adanya syaitan dalam kalangan manusia? Dari Abu Dzar r.a ; beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : " Wahai Abu Dzar, mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan - syaitan dalam kalangan manusia dan jin." Aku ( Abu Dzar ) berkata : Adakah dalam kalangan manusia juga wujud syaitan - syaitan? Rasulullah s.a.w bersabda : "Ya". - (hadis riwayat Ahmad) nampak tak..itulah buktinya. Nabi kita sendiri yang kata. makna sya

orang panggil dia Am

ini adalah entry rindu..haha..tetiba rasa teringat kat member aku ni.. seminggu dia menghilang. lari ke Mekah..dalam seminggu aku rasa kesepian. aku harap dia tak baca entry ni walaupun dia selalu usha blog aku.. nama dia Ilham. orang panggil dia dengan panggilan Am. haha.. nama macam watak novel ...tapi, tak ingat tajuk apa.. untung dapat kawan dengan dia.. baik hati..caring..boleh tumpang hensem dia..selalu je masak untuk aku.. yang part ni aku terharu sangat.. aku makan, dia masak.. tapi aku basuh pinggan mangkuk kuali lepas tu..nak ambil hati.. mak bapak dia datang umrah.. sebab tu dia menghilang.menemani mak bapak dia buat ibadah umrah. anak yang soleh kan..kena utamakan ibu bapa.. dalam seminggu aku dah tak merasa masakan dia.terpaksa masak sendiri.. habis rajin aku masak sardin je..lantakla..makanan orang bujang.. Ilham, terima kasih atas persahabatan ini. saya menghargainya sangat - sangat. Persahabatan saya bukan atas masakan awak, mahupun atas kekacakan awak..haha.koran

family meeting

ahli mesyuarat tingkap..cam tak aku??haha semalam..satu mesyuarat tingkap ahli keluarga berjaya diadakan..tanpa sebarang masalah walaupun ada 2 3 orang adik beradik yang tak mampu datang..hehe..mungkin diorang ada masalah yang tak dapat dielakkan..*sangka baik.. program family meeting ni bukan apa..sekadar berhimpun dan berkumpul. ingin bertanya khabar sambil bertemu dengan muka - muka yang jarang terserempak.. nampak tak..ukhuwah family itu sangat kuat.. family kat madinah ni tak banyak.. dalam 22 orang semuanya..tapi, ada juga yang tak dapat hadir semalam walaupun tarikan menu utama adalah KFC.. aku anggap diorang ni dah macam family da.. kalau orang lain tengok, dia akan kata yang prog ni macam reunion sekolah menengah..haha semuanya adalah dari satu sekolah. maahad tahfiz alquran wal qiraat pulai chondong. kita dari kilang yang sama dan terpilih ke madinah untuk menuntut ilmu. ibu bapa sebenar jauh dari kita. sesama kita lah tempat untuk mengadu dan meminta pertolongan.

tukang cuci dan tukang sapu

malam tadi aku dengar berita tentang kematian seorang pekerja universiti madinah. pekerja yang lebih dikenali dengan panggilan 'sodiq'. pekerja yang memastikan asrama di universiti islam madinah sentiasa bersih dari sampah sarap. kebanyakan tukang cuci / tukang sapu ni datangnya dari bangladesh. hampir macam tu kat sini. nama je tukang sapu, mesti terdiri daripada warganegara bangladesh atau seangkatan dengannya. dengar-dengar, pekerja tu mati akibat bunuh diri. menggantung diri sendiri di dalam tandas. serius.. sedih aku dengar cerita daripada sodiq - sodiq dekat sini. diorang seolah2 macam ditipu. diorang dijanjikan dengan gaji sebanyak SR 1000 untuk sebulan bekerja. tetapi syarikat (dikontrak oleh pihak universiti) yang menggajikan diorang hanya bagi SR 500. hanya separuh untuk bayar sewa rumah dan makan minum. kebanyakan diorang kat sini sudah ada anak bini. mungkin terdesak. ingin menghantar duit untuk keluarga nun disana. ingin balik tidak mampu.. kenal kumpul duit sen