Skip to main content

Posts

segan rasanya

salam semua..blog dah tak update dalam 2 3 hari..segan rasanya nak menaip balik..dalam tak update..dalam tu jugak tak pegi jenguk member2 blogger sekalian..segan rasanya.. musim haji. makin ramai jemaah haji yang datang malaysia..ada saudara mara yang kenal tu nak jumpa..nak minta temankan beli barang..nak postkan barang..tak sedap jugak kan dia datang tempat kita, kita buat derk je kan..tolong la selagi yang termampu.. baru semalam baru teman sorang tok penghulu pergi shoping..nasib baik lelaki..senang je nak beli..masuk satu kedai cakap nak jubah yang saiz macam ni..nak berapa helai semua..tapi ada sedikit bantahan daripada isteri dia..nak pilih patern la..nak tengok dulu la..tapi, dia tak endahkan..haha.. tengok..kan senang beli macam tu..tak cerewet sangat..nak yang penting je..saiz and bilangan..kerja membeli pom sebentar..nak buat ibadah lain pom senangkan...? ps : segan rasanya bila tak update..

wordless wednesday

soalan kak KalamHati

kak Kalamhati ada tanya kat komen semalam..pasal hukum tanam gigi...tanam yang dah besar and matang..bukan tanam dengan benih lagi..nak tahu soalan asal cuba la tengok dalam kotak komen.. nak printscreen..tengok tak muat plak ruangan entry..memanjang sampai ke luar..jadi tak letak lah printscreen tu...minta maaf kak Kalam Hati sebab tak letak..takpe kan..? jadi, hukumnya adalah tak mengapa melakukan implan gigi ni..implan gigi ni adalah dia akan masukkan sesuatu ke dalam gusi sebagai akar..tak main la luaran macam gigi palsu ni..mudah goyangkan..?so, dia tanam terus..mungkin versi upgrade.. ia bukannya termasuk mengubah ciptaan Allah kerana kita implan tu adalah untuk kegunaan harian kita kan??gigi tiap2 hari kita gunakan untuk makan....?so, ustaz saya dulu kata boleh..kalo kak nak implan gigi tu..share la kat mana tempat murah2..heee ps : minta maaf tak sempat singgah blog korang..fit sgt skang ni.. :)

entry kosong

rasa macam tak tahu nak tulis pape je kat sini..sapa ada soalan atau apa - apa nak tanya aku..blh la tanya..nanti nak buat entry satu satu sapa yang tanya soalan tu..haha.. okeh..nak p kelas dulu..minggu yang sibuk dan sibuk...

entry tanpa tajuk # 5

sibuk...hari ni mungkin sibuk..nak buat sedikit urusan haji..tahun ni kena p jugak haji sebab tahun lepas dah terlepas da..minta sama-sama doakan... first aku kena ambik tasrih haji kat idarah safar (pejabat permusafiran) hehe...time nak ambik ni kena bagi dia sekeping gambar and lepas dapat tasrih haji tu..kena p cop dengan bos bahagian dia..biasanya arab kalo orang ramai2 yang buat urusan..dia main lepas je..tak nak cop.. second aku kena p spital..kena injection..sakit ke..?tak yah nak sakit la kalo bergelar jantan kan..?pastu kasi fotostat kad pelajar dan ic kad sini..lepas tu hantar kat sorang guru kat sini..pergi dengan guru kat sini best skit..kemudahan tu banyak... sesape yang ada pergi haji tahun ni bagitahu la..blh kita pergi sama-sama ke mekah..sape yang datang madinah pom..bagitau la..nak suh aku belanja ke...ehehe ps : tengah sibuk ni #

impian # 1

hoho..kalo di kesempatan umur aku..aku sempat kawin and sempat menimang anak..aku rasa aku nak didik anak aku tu arah kegamaan sikit..tak nak jadi nakal macam aku.. tak nak bagi ayah aku pening jaga cucu dia macam dia pening jaga aku dulu..time budak budak lagi asyik tak duduk rumah je..mak nak tengok anak dia pom susah..itu pasal ayah hantar asrama..kasi jadi orang..jangan jadi macam lembu.. jangan ada plak blogger kata aku ni otak sempit nak hantar anak sekolah agama..nanti anak nak kerja apa la..nak sara kita nanti dengan apa la..jangan pikir macam tu ok..jangan sempitkan pemikiran korang sama dengan orang orang kata time aku aku masuk sekolah agama dulu.. imam As-Syaukani ada mengatakan rahimahullah. . " Tak pernah aku lihat ulama' yang telanjang tanpa pakaian, merempat tiada tempat tinggal, mati kebuluran tiada makanan ". yang penting hak kita untuk memberi didikan agama kepada anak dah terlepas kan..? ps : aku nak anak lelaki..#

entry tanpa tajuk # 4

kali ni dah tak yah sedar da..sebab memang terjaga terus..tak perlu nak buat ayat tersedar la kan..?terima kasih yang tolong sedarkan aku dengan komen2 dari kalian semua..sesungguhnya aku takkan tersedar jika asyik dibuai buaian.. disebabkan tersedar pagi ni..semangat sangat nak ke kelas..sampai boleh terlupa nak mandi..nasib baik jubah dah iron kan..?pakai jubah pom susah gak..nak iron malas, nak basuh susah kalo yang putih..terpikir nak je pakai seluar3suku dengan tshirt ke kelas..stail student benua afrika buat.. tapi..tak berani lagi nak buat macam tu..takut tertukar dengan diorang...kang tetiba student benua afrika tanya aku datang belah negara mana..haha..jenuh nak menjawab..nak bagi asalan tak leh plak..bak kata sorang blogger tu hidup jangan penuh dengan alasan...(aku tak ingat blogger mana..ada dalam entry dia baru ni) 3 kelas pagi ni..kelas feqh je paling menarik..bincang pasal bab haji..adakah orang mati ini wajib ditunaikan hak hajinya jika dia mempunyai harta yang cu

baru ku sedari # 2

baru tersedar dari tido..entah ke berapa kali tersedar..sedar je teringat entry seorang blogger...mulakan dengan sedar dari tido itu dengan syukur alhamdulillah sambil cuba mengukirkan senyuman.. cuma senyum mampu merawat hati yang rawan..hati yang sengsara dengan pelbagai tomahan dan cacian..body je nampak fit dan lincah di luar..tetapi, hati ini sudah layu..tiba masa untuk gugur.. aku tersedar lagi..tersedar dan tersedar..entah..kebelakangan ini asyik je tersedar..tersedar yang entry blog ini cuma merapu...merapu dan mengarut dan membosankan..iye, aku berani menerima kritikan.. tersedar dan tersedar..eh, tersedar lagi!!!aku sedar yang aku patut minta maaf dengan korang semua kerana entry - entry yang di postkan telah banyak membazirkan masa korang..nasib baik aku tak ping kat fb..kalo tak makin banyak sumpahan seranahan yang aku dapat..aku sedar siapa diri aku.. ps : aku sedar yang aku kena bersiap untuk ke kelas.. #

baru ku sedari

tersedar dari lamunan...baru aku sedar..nak kawin itu bukannya susah and bukannya senang..tapi memerlukan disiplin yang kuat bersama gaya yang simple dan meced..fikiran kena matang...bukan macam budak - budak.. tersedar kali kedua..baru aku tahu yang nak kawin itu memerlukan sekurang-kurangnya seorang calon isteri yang betul - betul sepadan dengan kita..yang betul - betul ngam dengan kita..bahasa kelasnnya adalah sekufu... tersedar lagi dari lamunan..baru aku tahu yang nak kawin tu memerlukan ekonomi yang kukuh dan stabil...kewangan yang boleh menjamin masa depan rumah tangga yang ceria meria.. last sekali aku tersedar..baru aku tahu yang nak kawin ni kena rancang perjalanan masa depan perkahwinan kita..masa depan anak - anak yang bakal kita corak nanti..baru aku sedar yang aku ni tak layak lagi untuk kawin.. ps : aku nak cadi meced ala ala sempoi...