LELAKI ITU SAMA SAJA
Soalan dan jawapan penting untuk perempuan memahami lelaki Allah SWT sebut dalam al-Quran, 'وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى' Dan bukanlah anak lelaki itu sama seperti anak perempuan.' [Ali-Imran:36] 1. Kenapa lelaki suka melihat perempuan? Aljawab, kerana melihatnya dapat memuaskan nafsu. Seperti kucing suka melihat ikan, si lapar melihat makanan. Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَاتِ مِنَ ٱلنِّسَاءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَاطِيرِ ٱلْمُقَنْطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلأَنْعَامِ وَٱلْحَرْثِ ذٰلِكَ مَتَاعُ ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَٱللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ ٱلْمَآبِ 'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Ali-Imran:14] 2. Apa lelaki mahu ap...