Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Arsenal

COMMUNITY SHIELD CUP 2020 : ARSENAL JUARA

Siapa sangka Arsenal boleh julang Piala Perisai Komuniti 2020? Tak ada yang sangka kecuali fans Arsenal sendiri. Lawan Liverpool kot. Team paling power dalam EPL. . Tapi, nampaknya team paling power telah tersungkur di kaki Arsenal dan ini menjadikan Arsenal adalah team paling power di seluruh England. Bukan Manchester United, bukan juga Chelsea, bukan juga Manchester City. Tottenham? Lagi la bukan! . Arsenal mendahului dengan 1-0 melalui jaringan Aubameyang. Serius, gol Aubameyang memang sangat cantik sengan rembatan melengkung dari sisi sebelah kiri padang dan menerjah gawang Alonso di sebelah kanan. Gerakan cantik dan Aubameyang pandai menggunakan peluang yang sedia terhidang. . Kemudian, permainan sedikit hambar. Arsenal kelihatan bermain secara bertahan. Tapi boleh tahan juga pertahanan Arsenal. Kukuh walaupun ada David Luiz sebagai Center Defender. Budak muda, Rob Holding dan Tierniey boleh puji. Rajin dan fokus. . Taktik bertahan Arsenal tidak bertahan selamanya bila gawang Mart

FA CUP 19/20 MILIK ARSENAL

Megah dengan Arsenal di dada. Hehe Sebenarnya lama sangat baju ni ambo simpan. Sayang nak pakai takut haus. Memang niat nak pakai kalau Arsenal angkat piala musim ni. . Malam tadi masa makan nasi kerabu tumis, ada seorang brader ni tengok ambo atas bawah je. Ambo syak dia ni penyokong Chelsea sebab dia pakai selipar ada lambang setan biru. . Ambo pun tengok juga dia. Lepas tengok tu, ambo pun tengok lambang Arsenal di baju ambo. Biar dia nampak lambang Arsenal megah di dada ambo. Lepas tu ambo senyum kepada dia. Dia pun senyum balik kepada ambo. Tapi sedikit sinis. . Masa dia lalu tepi ambo, dia berbisik kepada ambo, “Demo baru nak mengaku jadi fan Arsenal ke? Kolar baju keras molek tu.” . Ambo terkesima. Dia ingat ambo baru sokong Arsenal sebab Arsenal baru angkat piala. Ambo pendam. Sabar. Standard penyokong Chelsea nak provok sebab musim ni dia tak dapat piala lagi. . Lepas siap makan, ambo pun bangun basuh tangan. Sambil lalu tu, giliran am

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.

Benfica Dititik Arsenal 5 - 1

Arsenal titik Benfica 5 - 1 bhai semalam. Haha. Lebih menarik lagi, 4 gol dijaringkan oleh Sonogo!! Part ni aku nak gelak sebab Sonogo boleh jaringkan 4 gol. satu gol lagi dijaringkan oleh Campbell. Tapi, setakat Benfica je lah. Ada 2 game lagi. Malam ni Arsenal sama ada kena titik atau nak titik Monaco pula. Arsenal aku tak risau sangat kalau pra musim. Habis semua team dia nak titik. Masuk je awal musim tak risau juga, yang risau bila pertengahan musim. Bila semua player dah tak boleh main sebab injured.

Pemain Baru Keempat Musim Ini, Calum Chambers

Ada rupa owner ubibadok tak? haha Wenger mengamuk, Wenger mengamuk!! Pak Wenger dirasuk!! Haha. Aku tak tahu apa yang buat Wenger jadi serius semacam untuk musim ini. Masuk musim ini sahaja, Wenger dah membawa masuk Sanchez, Debuchy, David Ospina dan paling terbaharu adalah pemain pertahanan Southampton, Calum Chambers. Baru sebentar tadi Arsenal mengesahkan pemain ini telah menyarung jersi Arsenal dengan harga 12juta pound. Setakat ini, 2 pemain pertahanan dibawa masuk oleh Wenger dan adakah ini memberi petanda akan ada pemain pertahanan Arsenal akan meninggalkan skuad pada musim ni. Adakah Vermaelan? Hehe. Pak Wenger Berjaya membuat satu kejutan buat peminat Arsenal pada hari raya pertama. Satu kejayaan buat Pak Wenger kita. Aku masih tak berapa nak faham dan hadam dengan taktikal yang Wenger nak guna pakai pada musim ini. Pada musim lepas, kita tahu yang kita ni sedikit tumpul di bahagian serangan. Giroud hanya sekali sekala sahaja menunjukkan taring yang dah semak

Sedikit Cerita Tentang Arsenal

Lama tak update pasal Arsenal kan? Selepas Arsenal mengakhiri liga di tempat keempat, rasa tak update lagi pasal Arsenal. Apa - apa orang kutuk Arsenal, Arsenal masih lagi ada kebangkitan dan peningkatan apabila dapat merangkul piala FA pada musim lepas. Musim lepas sudah lepas, sekarang Pak Wenger pun dah sign kontrak baru sebagai manager dan perlu fokus untuk musim yang mendatang ini. Media putar belit sekarang tengah hot dan asyik dengan memuat naik berita, gosip ataupun rumours tentang perpindahan pemain. Aku kalau setakat gosip dengan rumours ni malas nak layan sangat melainkan daripada sumber - sumber yang betul - betul boleh dipercayai. Setakat ni, Pak Wenger dah dapat seorang pemain yang bersinar dalam world cup yang lepas dan seorang lagi defender yang tak kurang hebatnya even sedikit  berumur. Baru - baru ini, Pak Wenger membawa masuk Alexis Sanchez dan juga pemain pertahanan Perancis, Debuchy. Masa world cup pun dah dengar rumours yang Wenger pergi jumpa agen Sanche

Arsenal Berentap dengan 10 Orang Pemain, Kalah 0 - 2 Kepada Bayern Munich

Selamat pagi warga Arsenal Malaysia. Apa macam pagi khamis? Haha. Takziah diucapkan buat peminat Arsenal. Arsenal pada pagi tadi tewas di kaki Bayern Munich dengan jaringan 0 - 2. Jangan nak moody sangat, jangan nak pening kepala  nak hadap pemaki hamun atau pun hater - hater nanti. Buat macam orang tak ada perasaan je nanti. Jangan ubah air muka. Ahaks. Jangan risau sebab kita ada 90 minit lagi di gelanggang lawan. Cuba untuk jadi seorang yang positif dan optimis. Hihi. Tak nak ulas panjang. Arsenal hanya bermain dengan 10 orang pemain seawal babak separuh masa pertama lagi ikutan daripada Shezni mendapat layanan kad merah daripada pengadil. Manakala, highlight lain adalah Ozil tidak memasukkan jaringan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil. Jangan nak maki Ozil. Cuba bertenang. Aku rasa kita dapat fight Bayern di Allianz nanti sebab pada awal separuh masa pertama sebelum Shezni keluar, Arsenal berentap dengan baik dan banyak kali bola berada di muara gol Bayern. Chamberlain

Seri di Emirates

Ramai ke fans Arsenal yang berjaga pagi untuk tengok game Arsenal lawan Menyu? Apa perasaan korang lepas reff tiup wisel penamat? Tak menyesal kan? Fans tegar mana boleh menyesal, always behind the team. Kalah, menang ataupun seri. Tapi, game malam ni memang hambar. Sayu dan layu je.  Arsenal pada pagi ini hanya dapat mengutip satu mata apabila hanya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Menyu. Ramai fans yang mempertikaikan kenapa kita hanya mampu seri dengan Menyu sedangkan banyak kelab-kelab bawahan dapat tibai Menyu dengan sesuka hati diorang.  Sudah tersurat sedemikian. Nak buat macam mana kan? Nak tibai tu memang nak bila mana kita kalah 0-1 di Old Trafford pada awal musim ini. Pak Wenger memberi ulasan. Katanya, pemain kita pada malam ini fokusnya hanya tidak mahu gawang dibolosi. Fobia la tu apabila Sabtu lalu gawang Shazwani teruk dirogol oleh Liverpool.  Taktik Pak Wenger adalah menguatkan bahagian defend dengan memasukkan Gibbs sebagai first eleven dan juga Rosicky menggantikan

Kena Lanyak 6 - 3 dengan Man City

ENTRY ARSENAL Game semalam ternyata satu aib yang besar buat pasukan kita. Kena lanyak 6 - 3 dengan Manchester City. Kita mungkin dapat bagi alasan dengan bermain di tempat lawan. Tapi alasan tu hanya alasan budak sekolah rendah. Tak boleh nak pakai sangat kalau nak diikut kirakan. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada sampai 6 gol Shezni bolos semalam. Ternyata game lepas ni menjadi penentu Arsenal akan terus berada di puncak liga ataupun tidak. Arsenal akan menentang Chelsea di Emirates hari Isnin 23 haribulan nanti.  Wenger menurunkan Walcott sebagai kesebelasan utama menentang City. Ternyata Walcott memang berbisa dengan menjaringkan 2 gol. Satu harapan yang baru kepada Arsenal sementara Giroud ketandusan jaringan gol. Sagna pun turut turun sebagai kesebelasan utama. Cuma semalam tak tahu mana yang silapnya. City terlalu mudah menembusi benteng pertahanan kita. Lebih - lebih lagi bila pertahanan terbaik kita Koscielny terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut dan d

Tumpas 0 - 2 dengan Napoli

ENTRY ARSENAL Napoli turun bermain di gelanggang sendiri dengan misi menjaringkan tiga gol bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam UCL. Tapi, apakah yang terdaya kerana Arsenal menghalang perjalanan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Mereka berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2 - 0 pada malam ini tetapi mereka tetap tidak dapat mara berikutan Dortmund berjaya mengutip 3 mata dengan menumpaskan Marseille. Ayat skema kan? Tengah berlatih untuk menulis ruangan sukan ni. haha Game malam ni memang menghiburkan penonton Napoli dan mencemaskan penonton Arsenal. Kedua pasukan bermain dengan baik dan masing - masing mengekalkan tempo permainan yang agak tinggi. Game laju, dan saling berbalas asakan di pintu gol masing - masing walaupun asakan di gawang Napoli sedikit kurang mencabar kerana striker Arsenal adalah Giroud! Gol pertama yang dijaringkan oleh Higuain memang menggugat semangat juang pasukan Arsenal kerana seluruh stadium bergema dengan sorokan. Suatu suara

Hanya Seri dengan Everton

ENTRY ARSENAL Perlawanan pada malam ni nampaknya hanya berakhir dengan keputusan seri 1 - 1 melawan Everton. Everton telah berjaya membuat Chelsea dan Liverpool tersenyum dengan keputusan ini. Seri dengan Everton hanya dapat mengutip satu mata di Emirates dan menjadikan jarak mata dengan pesaing terdekat iaitu Liverpool hanya berbeza dengan 5 mata. Game malam ni sungguh layu dan sayu. Pemain kita nampaknya kurang bertenaga dan Everton pula memang lawan yang kuat, bermain dengan baik dan mampu menjaringkaln gol penyamaan pada minit - minit terakhir. Shazwani  Jenkinson - Mertesacker - Koscielny - Gibbs Arteta - Ramsey Wilshere - Ozil - Cazorla Giroud Skuad yang biasa Wenger guna sekiranya tidak menurunkan Flamini sebagai first eleven. First half kita sangat teruk. Tidak dapat menguasai ball possesion. Bola banyak bermain di bahagian pertahanan kita berbanding pihak lawan. Passing kita pun banyak yang tak menjadi malam ini. Aku tengok, player Arsenal malam ni n

Arsenal Gembira di Gelanggang Cardiff City

Arsenal tidak mengecewakan semalam. Malah menguntumkan senyuman buat semua peminatnya. Arsenal menang game semalam dengan jaringan 3 gol tanpa dibolisi. Arsenal nampaknya tidak terkesan dengan kekalahan 1 - 0 kepada Man Utd. Mungkin menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi untuk memperbaiki lagi mutu corak permainan. Arsenal bermain di gelanggang lawan dan dapat mengekalkan corak permainan dengan baik dan cantik.  Cardiff City bukan calang - calang pasukan. Mereka seri dengan Man Utd pada game terakhinya dengan 2 - 2. Mereka mengalahkan Manchester City dengan 3 - 2. Peminat Arsenal mungkin boleh berbangga dengan keputusan semalam apabila hanya Arsenal yang mampu membenam Cardiff dengan 3 - 0 di saat pasukan yang kuat gagal menundukkan Cardiff. Mereka underdog, itu tidak dinafikan. 2 gol dijaringkan oleh Aaron Ramsey. Satu gol hasil tandukan dari bola yang di'cross' oleh Ozil pada separuh masa pertama dan satu lagi gol pada minit terakhir dengan Walcott pencetus kepada

Pemain Pinjaman Arsenal untuk Januari

 ENTRY ARSENAL!! Lama tak dengar cerita pasal Arsenal kan..? Terbaru Arsenal menang 2-0 dalam liga baru-baru ni. Ni yang buat ada semangat sikit nak update pasal Arsenal. Walaupun dua - dua gol sumbangan daripada penalti Arteta. Tapi okay dan layan je. Janji menang. Aku hanya tengok goal Arteta je. Tak dapat nak download highlight untuk tengok perfomance Wilshere yang dikatakan telah meningkat mendadak sejak sembuh daripada kecederaannya. Aku pun tak tahu sampai mana tahap mendadak tu. Kalau boleh challenge Messi tu memang over mendadak sangat. Terbaru, Arsenal sudah mengesahkan kehadiran Thiery Henry untuk Januari nanti sebagai pemain pinjaman dan sudah pun dijanjikan yang Henry akan bermain untuk piala FA pada 6 Januari nanti menentang Swansea. Welcome home legend. Haha. Mesti rindu je kan dengan sentuhan Henry memandangkan tak banyak goal yang Arsenal dapat buat musim ni. Plan asalnya Wenger nak Henry ni kekal sampai akhir musim ni. Tapi, kelab Henry tu macam tak bagi

Manchester United 2 - 1 Arsenal

Nampaknya sangkaan aku yang Arsenal akan menang dengan Man Utd dengan jaringan 4 berbalas 2 ternyata meleset sekali. Jauh sekali meleset. Arsenal nampaknya hilang 3 mata di Old Trafford apabila kalah 1-2. Tak perlu melatah dan tak perlu meroyan apabila team kita kalah. Refree nampak okay je malam ni. Tak nampak sangat macam Man Utd beli.. hehe Gol Man Utd masing - masing dijaringkan oleh bekas kapten Arsenal, RVP seawal minit ketiga lagi dan satu lagi gol daripada Evra pada separuh masa kedua. Kita hanya sempat membalas balik dengan satu jaringan melalui Santi Cazorla. Tu pun dah last - last minit. Tapi terbaik. Banyak benda lagi yang Wenger perlu perbaiki untuk skuad musim ni. Giroud Podolski - Cazorla - Ramsey Arteta - Wilshere Santos - Vermaelan - Metesacker - Sagna Mannone Subs : Martinez - Koscielny - Chamakh - Chamberlain - Arshavin - Jenkinson - Walcott Gambaran ringkas first eleven kita menentang Man Utd. Nampak macam ada sedikit kesilapan bagi aku apabila We

Norwich City ( 1 ) v Arsenal ( 0 )

 ENTRY ARSENAL!!! Tak perlu cakap banyakkan bila Arsenal kalah kan.? Predict aku yang Arsenal akan menang dengan jaringan gol 3 biji tanpa sebarang bolos ternyata meleset sekali. Kita hanya merancang. Hanya Tuhan yang menentukan. Kita hamba nak buat apa lagi kan.? Hanya pasrah dengan segala suratan.. Hehe. Nampak dah macam emosi dah... Skuad adalah seperti biasa. Giroud sebagai penyerang,penyerang yang masih belum menunjuk bisa. Podolski dan Gervinho sebagai wing yang tak berapa lebar sayapnya, Arteta dan Ramsey sebagai Defensive Midfield dan juga Santi Cazorla sebagai arkitek di padang Norwich City. Mungkin ianya nampak sebagai skuad yang cukup ampuh untuk menumbangkan Norwich. Tetapi, itu semua adalah syok sendiri. Giroud Podolski - Cazorla - Gervinho Arteta - Ramsey Santos - Vermaelan - Mertesacker - Jenkinson Mannone Dah la kalah, lepastu ada berita buruk pula apabila Oxlade Chamberlain yang hanya masuk beberapa minit terpaksa keluar kerana kecederaan yan

Preview : Norwich v Arsenal

ENTRY ARSENAL !!! Malam ni adalah match Arsenal selepas international break. Menjadi tetamu kepada stadium Norwich City. Katanya Wenger, dia nak menjadikan Oktober adalah Oktober yang paling bermakna untuk Arsenal. Kita sama - sama tengok tahap mana kesungguhan Arsene Wenger dalam mengendalikan Arsenal. News yang baik setakat ni adalah dengan kehadiran Jack Wilshere dalam skuad utama Arsenal. Selama 15 bulan dia berehat. Mengambil masa untuk pulih dari kecederaannya. Paling tidak pun Wenger akan letak dia dalam pemain simpanan untuk malam ni. Untuk main first tu memang tak la aku rasa. Kehadiran Wilshere ni adalah pengganti dengan kecederaan Walcott yang cedera paru - paru pada perlawanan England menentang San Marino baru ni. Dengar khabar mengatakan yang paru - parunya lebam. Pelik betul kan istilah perubatan ni. Aku pun tak tahu macam mana kalau paru paru tu lebam. Boleh batuk darah katanya. 2 minggu untuk lebam itu surut mengikut pakar perubatan Arsenal. Kesian Walcott kena ta

Alex Song sudah menjadi warga Barcelona

WARNING : ENTRY ARSENAL Luka minggu lepas belum lagi hilang bila RVP berpindah ke kelab Manchester United dan hari ni Alex Song bagai menambah luka baru dengan secara rasminya dia sudah menjadi pemain Barcelona!!! Alex Song... pemain Barcelona. Ku sangkakan diriku bermimpi... bangun pagi ni pun cek berita memang betul. Betul dan betul... Alex Song dilaporkan sudah selesai menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dengan Barcelona dengan satu kontrak yang dirahsiakan. Mungkin bukan dirahsiakan.. Tetapi tidak mendapat capaian media.. Tidak dihebohkan sangat. Mungkin juga perpindahan secara tiba-tiba. Jadi, yuran perpindahannya tidak dapat dipastikan jumlahnya. Undisclosed fee. Aku berasa yakin dengan perpindahan Song bila buka laman web rasmi Arsenal dan terus ke pautan News. Berita perpindahan Song adalah betul - betul realiti walaupun hakikatnya minda waras aku menafikannya. Penafiaannya menandakan aku sangat - sangat menyokong Song sebagai tulang belakang Arsenal. Bagi aku, per

RVP sah jadi pemain Man Utd

Awas!!! Entry Arsenal... Heboh di media pasal Robin Van Persis (RVP) meninggalkan Arsenal untuk kelab gergasi Eropah, Manchester United. Dah seminggu kedengaran rumours yang RVP akan meninggalkan Arsenal untuk Man Utd. Sebelum ni aku macam tak percaya yang RVP akan pergi ke Man Utd. Hampir mustahil untuk aku fikirkan. Tapi, tengah hari semalam membuktikan fikiran aku jauh sekali betul. Man Utd telah membuat deal. 24 juta pound untuk membawa RVP ke dalam skuad mereka. Sungguh. Memecahkan tradisi. Aku boleh terima kalau RVP pergi ke kelab lain. Tapi, kalau Man Utd.. memang akal aku tak boleh terima. Menurut Arsene Wenger, dia tiada pilihan lain selain menjual RVP kerana RVP enggan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. RVP ada setahun berbaki kontrak dengan Arsenal. Disebabkan kedegilan RVP, aku rasa itu memang pilihan terbaik Wenger. Elok jual daripada lepas free pada musim hadapan. Lagipun fans dah marah-marah kat RVP sejak dia enggan menandatangani kontrak baru bulan lepas

Redknapp Konfident beb...

 Muka konfident giler..ehehe Assalamualaikum. Rasanya dah lama dah blog ni sunyi daripada update tentang bola sepak dan dunia Arsenal. Aku pom tak tahu apesal editor - editor ubibadok skang ni cam down sikit dengan Arsenal. Aku rasa la, editor2 ni cam sibuk sikit nak ambik peduli tentang dunia bola sepak. Mungkin sibuk dengan karier dan kerjaya masing - masing. Apa la nak dibanding sangat dengan Arsenal kan. Arsenal ni bukan hadaf utama, cuma sampingan dikala kesunyian je. Wakaka..ayat bajet murah ni. Aku skang ni nak post la skit pasal Arsenal yang semakin dipinggir oleh editor - editor ubibadok ni. Mungkin ada segelintir editor ni dah tergelincir dan tersokong Man United. Ehehe... Aku skang ni rasa cam nak tergelak je bila baca berita dari skysport football nih. Ada ke tajuk berita tu cakap yang Redknapp Confident. Pergh...konfiden tu. Biasala...psikologi. Cuba korang bayang la muka Redknapp tu konfiden. Macam dia tu ada perasaan la plak kan??haha Sedikit berita gembira yang a

Arsenal mesti menang!!

Arsenal semestinya perlu memenangi match menentang Burnley pada malam ini di turf Moor untuk kembali berada di tangga ketiga liga dan juga bagi menyaingi Manchester United. Ini kerana Aston Villa telah pun menang ketika bertandang ke Sunderland awal malam tadi. Walaupun arsenal kekurangan dua perlawanan, Arsenal semestinya perlu menurunkan skuad yang terhebat pada malam ini untuk merampas kedudukan tempat ketiga daripada Aston villa sekaligus menunjukkan semangat untuk mencapai status jura liga. Berita kecederaan yang menimpa pemain-pemain Arsenal sekarang ini belum dapat dikonfirmkan denga seratus peratus. Terbaru ialah tentang denilson dan juga Armand Traore yang masing-masing mengalami masalah sakit belakang dan juga harmstring. Ini menyebabkan kilauan untuk pemain midfield kurang menyerlah untuk menentang Burnley pada awal malam ini dan ditambah pula dengan kehilangan tonggak utama 3 permain pertahanan kiri yang sudah sedia ada. Khabar baiknya ialah, Emmanuel Eboue dapat beraksi