Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

TRIP CAMPING SAMBIL MEMANCING DI JELI

Adakah dipanggil rancangan sekiranya rancangan tersebut tidak dirancang? Kita namakan sahaja ianya rancangan yang tidak dirancang. Rancangan untuk pergi memancing di kawasan sungai yang bersambung dan bersimpang siur dengan Sungai Renyuk telah dirancang oleh Kak Adah atau lebih popular dengan nama Mami. Aku pun tak tahu kenapa Kak Adah ni membahasakan diri dia dengan nama Mami. Mungkin dia rasa dia sudah lanjut usia dan anggap semua orang di sekelilingnya adalah anak-anak dia. Jadi, semua orang akan panggil dia dengan nama Mami. Boleh ke macam tu? Hahaha. Rancangan dia dalam group whatsapp tu bukan kemain lengkap dengan tentatif dan menu untuk makan sepanjang trip tersebut. Maklumlah, trip ni adalah trip bermalam. Masuk hutan pada petang Khamis, dan keluar pada pagi Jumaat. Ianya lebih kepada trip camping sambil memancing. Tarikh sudah dipacak. Semua bersetuju untuk jumpa di rumah Mok Bibi. Ikut pelan, powil akan bergerak pada jam 6 petang. Tapi, senyum saja sebab ni Gen