TRIP GUNUNG YONG YAP - PART 2

by - Saturday, July 27, 2019


Bersambung part-2. Boleh baca part 1 di sini.

20 APRIL 2019
4.00 gerak
Mengikut plan asal gogo, kami akan bergerak pada pukul 3 pagi. Mungkin masing-masing letih dan terlajak tidur. Kalau nak gerak pukul 3 pagi, pukul 2.30 pagi dah kena bangun untuk prepare. Mesti bangun pukul 3.30 pagi, baru boleh gerak pukul 4. Sebenarnya time management kena jaga juga supaya tidak lari dengan rancangan gogo. Naik awal, boleh la dapat sampai puncak tu awal. Dapat kejar sunrise dan tengok cantiknya matahari terbit di puncak gunung.

Shalaby

Tapi, kalau dah terbiasa melayan tidur, memang susah la nak bangun. Nak buka mata lagi. Tidur pula sedap. Sejuk dengan angin hutan yang perlahan-lahan meniup badan yang berselimut dengan sleeping bag. Memang satu cubaan betul untuk bangkit dari tidur. Alang-alang dah sampai, takkan tak nak sampai dekat puncak kan disebabkan nak melayan tidur?

Kami gerak dengan Jula di hadapan selaku guide. Aku, Beji, Koha, Shalaby, Kak Adah dan juga Kak Bibi antara yang berada di belakang. Tak sampai 15 minit berjalan, Kak Adah sudah nampak tidak larat. Setiap beberapa langkah dia akan berhenti untuk mengambil nafas. Tak berapa ingat, sama ada dia sakit kaki atau pun tercungap keletihan. Trek bermula dari Kem Jeruk memang betul-betul pacak, tak ada diskaun. Mungkin itu sebab Kak Adah keletihan.

Kem Jerok

Mendaki di pagi hari seawal jam 3 atau 4 pagi sebenarnya lebih senang bagi aku. Ini kerana cuacanya tidak panas, tenaga masih lagi segar dan jalan pacak dia kita tak nampak disebabkan gelap. Kalau nampak, memang betul-betul kena psiko sebab dari jauh nampak mencanak je. Sedikit tips, pada awal nak bermula mesti rasa sejuk dan rasa nak pakai windbreaker je. Tapi bila dah 10-15 minit, korang akan rasa panas dan rasa nak tanggalkan je windbreaker tu. Ikut kesesuaian badan, ada yang rasa selesa bila rasa panas dekat dalam, dan kat luar rasa sejuk-sejuk hutan macam tu.

Dinding akar.

Dekat setengah jam berjalan, kami berpisah. Aku berjalan sedikit di hadapan bersama Kak Bibi. Belakang aku ada Shalaby, Koha, Beji, Kak Adah dan anaknya. Aku berada beberapa langkah di belakang Kak Bibi. Paksa Kak Bibi berjalan di hadapan supaya aku tak tertinggal dia jika aku berada di hadapan. Yang paling selamat, kena berdua atau lebih ketika berjalan di dalam hutan, lebih-lebih lagi ketika waktu malam atau gelap. Macam-macam perkara boleh terjadi ketika berseorangan.

Layan pacak

Kak Bibi berhenti keletihan, tapi tidak melabuhkan punggungnya. Masih berdiri dan berpaut pada batang pokok untuk melepaskan lelah. Aku terdengar suara Shalaby dan Koha di belakang yang aku kira tidak jauh dengan aku. Aku anggar yang mungkin seminit jarak perbezaan kedudukan mereka dengan aku. Suluhan lampu kepala mereka pun aku nampak yang mereka sangat hampir.

Aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dan meninggalkan Kak Bibi kepada mereka. Masa ni aku jadi terlupa akan pesanan gogo supaya tidak berjalan berseorangan, lebih-lebih lagi ketika gelap malam kerana banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan gangguan makhluk alam lain juga boleh tahan banyaknya.

Acah pewai. Padahal nak rehat.

Pada masa ini aku merasakan tidak ada rasa takut dan tidak ada rasa was-was untuk aku meneruskan perjalanan. Aku berjalan keseorangan. Angin sejuk jarang-jarang menyapa tubuh aku. Bila aku rasa aku sudah jauh ke hadapan, aku memanggil mereka yang di belakang dengan panggilan ‘ooouuuukkk!!”. Ada sahutan, dan aku merasa yakin yang mereka tidak jauh ada di belakang aku.
Akhirnya aku merasa keletihan. Aku target ada je tempat landai, aku nak berhenti berehat. Duduk melepaskan rehat sambil menjamah roti yang dibawa sebagai alas perut. Perut sudah berkeroncong meminta untuk diisi.

Tempat landai dijumpai. Aku melabuhkan punggung di atas kayu balak yang sudah lama tumbang. Melepaskan lelah. Peluh berjurai turun dari kepala membasah muka. Betul-betul merasa puas dengan peluh yang membasah baju. 5 minit aku berseorangan di dalam gelap malam di dalam hutan dan akhirnya tiba Shalaby dan Koha di tempat aku berehat. Lega rasanya sebab nak ke hadapan lagi tak tahu orang di hadapan sudah berapa jauh mereka berada, dan untuk undur semula ke belakang bersama-sama dengan mereka juga merasa macam sudah rugi kerana sudah jauh memanjat.
Kata mereka, mereka tinggalkan Kak Bibi kepada Beji selaku satu-satunya orang lelaki paling maskulin yang berada di belakang.

Sekitar 5-10 minit kami berehat, kami meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi. 

Sepanjang mossy ada pula line telefon

5.15 Kem Balak Pecah
Akhirnya kami sampai di Kem Balak Pecah. Namanya bersempena dengan balak yang tumbang, lepas tu dia pecah. Mungkin sebab itu kem mendapat nama. Di situ sudah ada semua line up. Orang terakhir yang sampai sebelum kami sampai lebih kurang 15 minit yang lalu. Itu bermakna kami ni tidak jauh sangat ketinggalan. Kami menunggu orang last sampai, iaitu Beji dan anak-anak buahnya. Tidak lama, 5 minit kemudia Beji sampai. Cepatnya. Rasa macam dah jauh kami tinggal mereka. Haha.

5.30 gerak
Di situ tak lama. Kami terus gerak untuk mengejar solat Subuh di Helipad. Kak Adah dan Kak Bibi semakin okay dan rasanya mereka ni seperti enjin diesel. Lambat panas. Kalau dah panas, bermaknanya okay lah tu.

Penat ke tu?

6.00 helipad
Kami sampai di Helipad. Helipad ini adalah tempat helikopter mengambil seorang pendaki beberapa bulan yang lalu kerana mengalami kecederaan. Itu pasal tempat ni mendapat nama helipad. Ketika itu boleh nampak ada beberapa batang pokok yang sengaja ditebang untuk mengosongkan kawasan tersebut. Pokok tersebut terpaksa ditebang untuk memudahkan kerja helikopter dan pasukan penyelamat menjalankan operasi mereka. Best kan, panjat-panjat gunung, bila cedera ada helikopter datang ambil. Hahaha!

Di sini kami berhenti rehat sekaligus menunaikan solat Subuh. Mengikut plan asal gogo, kami akan solat Subuh di Simpang Bubu, tapi takut terlajak dan terlewat solat Subuh, gogo mengambil keputusan untuk solat di helipad.

Geng belakang. Dah peluk pokok.

6.30 gerak
Kami meneruskan perjalanan. Hari beransur-ansur cerah. Suasana hutan pada ketika itu betul-betul mendamaikan jiwa. Udara yang sangat segar memenuhi paru-paru. Maka nikmat mana lagi yang patut kita bersyukur kepada Tuhan Pencipta Alam.

7.10 Simpang Bubu

Kami sampai di Simpang Bubu. Kami itu adalah aku, Koha, Shalaby, Farah, Beji, Kak Adah dan anaknya, dan Kak Bibi. Masih menuggu di situ adalah Munim yang aku kira agak padu berjalan mendahului kami. Baki yang lain telah meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Laju betul langkah mereka. Mereka padu, kami yang belakang ni sendu. Haha.

Balak Pecah. Mana balak?

Simpang Bubu ni adalah persimpangan untuk ke Gunung Yong Yap dan ke Gunung Bubu. Ke kanan untuk ke Gunung Bubu, ke kiri menuju ke Gunung Yong Yap. Jangan risau tersalah jalan sebab kat sini ada sign board supaya pendaki jelas ke mana arah tujuan mereka. Kat sini ada line telefon, Celcom siap 4G lagi, tapi jarang-jarang sekali je.

7.30 gerak
Matahari sudah muncul. Kami meneruskan perjalanan. Part ini paling mencabar. Treknya sudah berselut. Kami bukan lagi mendaki, tapi memanjat dengan berpaut pada akar-akar pokok. Kami sudah memasuki kawasan mossy. Tanahnya berlumpur kehitaman dan treknya agak becak. Ini kerana di paras ketinggian ini, tanahnya begitu lembab kerana cuaca yang sejuk.


Ada beberapa tempat yang ianya semacam dinding. Lebih kepala dinding tanah tersebut. Kami perlu memanjat dinding tersebut dengan berpaut pada akar-akar kayu. Kalau yang jenis kaki pendek, memang sakit hati dan sakit jiwa la. Saat ini memang betul-betul menguji mental. Mengeluh pun sudah tidak ada guna kerana sikit lagi nak sampai puncak. Niat nak jaga kasut untuk tidak kotor tu harap lupakan. Haha.

Pak Kassim

8.15 Puncak Yong Yap
Akhirnya kami sampai di puncak Yong Yap. Puncaknya tidak ada view. Kena turun sedikit ke bawah baru ada view. Itu pun nasib kami tidak baik kerana awan dan kabus mengaburi permandangan gunung-ganang yang indah.

Orang yang paling awal sampai ke puncak katanya sempat dengan sunrise. Kalau itu target mereka, mereka sudah berjaya. Kami yang sendu ni asal sampai je dekat puncak. Haha.

Aku rasa puas kerana pada mulanya aku tidak menyangka akan dapat sampai ke puncak kerana prestasi dan stamina semalam agak teruk. Niat awal nak stay dekat Kem Jeruk sebab rasa tak mampu nak ke puncak. Tak dapat sunrise di puncak Yong Yap pun asalkan sampai je.

Kami breakfast dan melepaskan lelah di puncak agak lama. Sesi bergambar dan sesi membawang sebagai ubat untuk menghilangkan keletihan.

Koha aka Muzakkir

9.40 gerak turun
Aku bergerak turun. Ketika ini aku, Munim, Epi, Kak Bibi, anak Kak Adah gerak bersama. Gogo dan yang lain-lain awal sedikit di hadapan kami. Part turun ni boleh tahan laju. Sebab apa laju? Sebab main terjun je kalau nampak tempat tinggi. Kalau nak terjun, pastikan berhati-hati kerana silap langkah korang boleh injured.

11.00 helipad
Masa sampai helipad ni, aku cuma bertiga iaitu aku, Epi dan Munim. Entah dekat mana aku tinggal Kak Bibi dan anak Kak Adah. Rasanya aku tinggal dekat Simpang Bubu. Masa tu Jula offerkan diri untuk mengasuh Kak Bibi dan anak Kak Adah. Aku pun mengambil peluang ini untuk meneruskan perjalanan bersama-sama dengan Epi dan Munim. Niat di hati nak sampai di Kem Jeruk, boleh rehat dan mandi lama sikit. Koha dan Farah juga sengaja aku tinggal di Simpang Bubu untuk mereka cipta momen-momen indah. Hahaha.



Ambil tenaga

11.20 balak pecah
Sampai Balak Pecah ni kami sudah kehabisan air. Sekadar rehat 5 minit.

11.25 gerak
Meneruskan perjalanan kerana dalam kepala sudah nampak air sungai yang sejuk untuk berendam. Tambah pula perut sedang meroyan nak membuang isi buangan. 

Rehat di waktu pagi. Penat ke tu?

2.17 gerak
Kami bergerak turun. Siapa kami? Kami itu adalah aku, Beji, Shalaby, Koha dan Farah. Kak Adah dan gengnya sudah gerak bersama dengan gogo.

3.15 Membuang

Di sungai, kami terpaksa berhenti sekejap memandangkan satu-satunya wanita dalam kalangan kami yang ingin membuang. Buang yang besar. Jadi, makan masa la sedikit. Kami target nak sampai di starting point paling lewat adalah Maghrib.

Rehat makan nasi

3.29 Kem Agas
Masa ni kami sampai di Kem Agas. Meneruskan perjalanan tanpa rehat. Kat sini kami bertemu dengan Kak Adah dan gengnya iaitu Kak Bibi dan anaknya. Katanya mereka sedang menunggu kami. Gogo sudah tidak kelihatan. Mungkin gogo tinggal mereka untuk kami asuh dan jaga. Gogo nampak mengejar masa. Kami tidak rehat dekat Kem Agas. Kami meneruskan perjalanan.


Beji selaku ketua geng belakang telah memberi semangat dan kata-kata motivasi kepada geng sendu. Katanya, kita tidak akan berhenti rehat kecuali setelah sampai di Sungai Ration. Sungai untuk berhenti rehat semalam dan tempat membahagi ration aku kepada line up yang lain. Kami berjalan dan terus berjalan. Tanpa rehat. Kadang-kadang lagu yang dimainkan dari speaker Koha meneman sepi perjalanan yang terasa amat panjang.

Bergambar dan minum kopi di puncak

5.15  Sungai Ration
Kami tiba di Sungai Ration. Kami betul-betul penat. Jalan tanpa henti dan jalan tanpa rehat. Kaki terasa lenguh. Sampai je dekat sini, kami menurunkan beg dan melunjurkan kaki. Terasa lega. Dapur dibuka dan air kopi menjadi santapan kami untuk meraih semula tenaga.

6.00

Kami gerak. 45 minit rehat sudah cukup. Dalam perkiraan kami, paling lewat kami akan sampai di starting point pada jam 10.00 malam. 

Bendera Malaysia tu puncak Yong Yap

6.40 Kem Y
Kami sampai di Kem Y. Mengikut taklimat gogo, kami semua akan regroup dekat sini. Berkumpul semua dekat sini. Tapi nampaknya tidak ada seorang pun yang menunggu kami. Mungkin rancangan berubah dan mereka meneruskan perjalanan memandangkan hari sudah gelap dan kami jauh lagi di belakang. Tapi, anehnya tak ada pula makluman gogo kepada kami melalui radio walkie-talkie. Mungkin gogo betul-betul mengejar masa. Jadi, kami meneruskan perjalanan kerana hari sudah gelap.

6.48 Sungai Tali Oren

Lega kami bila sudah sampai di sini. Maknanya perjalanan kami berbaki sedikit sahaja lagi.

Nak sampai puncak

7.25 Maghrib
Jalan sudah mulai gelap. Pohon-pohon di hutan sudah semakin samar dari pandangan. Kami berhenti rehat. Petua kami di dalam hutan, kena berhenti ketika masuk waktu Maghrib. Jangan meneruskan perjalanan kerana banyak makhluk lain berkeliaran dan aktif ketika waktu ini.


Beg diturunkan sekali lagi. Ada yang menjamah makanan ringan. Ada yang minum air. Membasah tekak yang haus. Azan Maghrib dilaungkan oleh Koha memecahkan keheningan hutan yang hanya bertemankan bunyi-bunyi serangga hutan.

Mossy

Lampu kepada sudah dikeluarkan dan dipasang di kepala masing-masing. Kami akan bergerak pukul 8.00 malam. Itu adalah waktu yang ideal untuk bergerak selepas berhenti pada waktu Maghrib.

7.42 Gerak

Tapi, tak sampai pukul 8.00 malam dan kami terpaksa gerak kerana angin tiba-tiba kuat dan menggoncang pohon-pohon kayu sekitar kami. Kami kira hujan akan turun dan bergegas meneruskan perjalanan. Perjalanan pada waktu malam sedikit perlahan memandangkan jarak penglihatan kami agak terhad. 

Turun ke bawah untuk dapat view ni

7.57 Hidden Waterfall

Ketika ini kami sampai di Hidden Waterfall. Kami semakin hampir  dengan starting point. Hati kami semakin bersemangat. Radio walkie-talkie dari gogo dan line up yang tidak kedengaran untuk bertanyakan khabar kami. 

Puncak Yong Yap

8.25 Sungai Last

Kami tiba di sungai paling akhir. Bermakna sungai yang paling awal kami cross semalam. Lepas ni tak ada sungai lagi. Nasib air tidak tinggi seperti mana aku pergi Tok Nenek tempoh hari. Kalau tidak memang lama la nak kena tunggu untuk seberang ke sebelah. Sungai ni dalam dia paras peha la juga. Kami berjaya cross dengan selamat.

Helipad

8.30 Jalan Balak
Bermulalah perjalanan kami melalui jalan balak. Jalan berbatu. Kami sudah mulai lega. Walaupun jalannya tidak ada lagi pokok-pokok hutan, tetapi kami diingatkan untuk tidak berjalan berseorangan kerana masih ada lagi bahaya yang boleh terjadi kerana jalan masih lagi gelap.

Sedang berjalan dan berborak-borak, seorang line up terseliuh kakinya. Hero kami terus bergegas dan menjadi penyelamat. Disembur sedikit pain killer, perjalanan kami diteruskan seperti biasa.

Kawasan helipad

8.30 Jalan Balak
Bermulalah perjalanan kami melalui jalan balak. Jalan berbatu. Kami sudah mulai lega. Walaupun jalannya tidak ada lagi pokok-pokok hutan, tetapi kami diingatkan untuk tidak berjalan berseorangan kerana masih ada lagi bahaya yang boleh terjadi kerana jalan masih lagi gelap.

Sedang berjalan dan berborak-borak, seorang line up terseliuh kakinya. Hero kami terus bergegas dan menjadi penyelamat. Disembur sedikit pain killer, perjalanan kami diteruskan seperti biasa.

Trek sudah pacak

9.15 Kg. Rengil
Akhirnya sampai juga kami di starting point. Lampu surau menjadi penanda kami. Lega. Kami berasa amat lega. Sampai juga kami setelah berjalan tanpa henti dan kami kira ianya satu perjalanan yang agak panjang.

Sampai saja di surau, kelihatan Munim dan Mira berada di sana. Yang lain sudah pulang kerana ada yang tinggal di Melaka untuk bergegas balik ke sana. Manakala gogo, Jula dan Epi pergi makan kerana lapar katanya Mira kepada kami. Patutlah tak ada radio kami di belakang untuk bertanya khabar. Gogo lapar dan cepat-cepat nak sampai untuk pergi makan.

Menu malam. Nasi arab.

Kami bersiap. Mandi dan menukar pakaian. Kami yang satu kereta terus mengisi barang dan memecut pulang. Kami pun lapar. Nak makan.

Trip yang enjoy dan banyak pengalaman serta kenangan sebagai pelajaran dan pengajaran kepada diri sendiri. Terima kasih TKR. Terima kasih Beji. Terima kasih semua line up!!

Beji selaku sweeper











You May Also Like

0 komen

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(