TRIP GUNUNG BASOR, JELI KELANTAN (PART 2)

Leave a Comment
Bersambung  untuk part 2. Untuk yang mana-mana belum lagi baca part 1, boleh baca dulu tapi kalau tak baca pun tak apa sebab plot ceritanya sangat mudah. Tak baca part 1 pun boleh faham je yang part 2 ni. Bukan macam cerita Avengers ni. Hahaha

29/3

Gogo dan Mat Zam menyiapkan roti pita

Awal-awal pagi gogo dah bangun untuk masak sarapan buat line upnya. Menu sarapan kami adalah roti pita bersama dengan tuna. Tak tahu nak komen macam mana. Makanan kalau semuanya makan dalam hutan, memang tak ada yang tak sedap. Semua rasa sedap je. Aku balun 3 roti pita disebabkan terlalu sedap.


Breakfast kami


9.20 pagi
Kami memulakan perjalanan kami daripada kemsite untuk menuju ke puncak Gunung Basor. Masing-masing berbekalkan dengan 1.5 liter air sungai yang di bawa di dalam beg daypack. Cuma aku sahaja yang bawa 3 liter. Aku tahu yang aku minum banyak air, disebabkan itulah aku siap sedia untuk bawa air lebih. Mana tahu tengah ontrek nanti ada mari rasa nak berak ke? Mudah sikit nak basuh kan?

Trek yang perlu menebas
Perjalanan kami sedikit perlahan kerana trek yang dilalui oleh kami adalah trek yang baru dirintis oleh Pok Ed. Trek ni binatang pun tak pernah lalu katanya Pok Ed. Kami mungkin tersasar daripada trek permatang. Kami terpaksa menebas ranting-ranting halus dan juga duri-duri rotan sepanjang ontrek. Bagi yang bawa parang, mungkin masa ini lah dia ingin menunjukkan ketajaman parangnya dalam menebas hutan belukar dan segala balak yang terdapat di Hutang Dara Gunung Basor.

Yang tak bawa parang duk di belakang ye..

Aku dan matzam di belakang sekali. Sekali sekala bergilir dengan Izzat. Kami bertiga adalah geng yang tidak membawa parang. Jadi, kami santai-santai sahaja sambil lenggang-lenggang sepak daun. Macam menyusahkan orang pun adakan sebab tak bawa parang? Tapi hakikat sebenar adalah parang yang disediakan oleh gogo telah tertinggal oleh gogo sendiri.

12.05 tengah hari
Kami berhenti rehat sebentar. Terasa kelelahan bejat di dada kami. Kami namakan check-point yang kami rehat itu adalah Check Point (CP) Wonda kerana ada line up kami yang baru minum air kopi wonda yang diberikan oleh gogo semalam. Kami rehat agak lama jugak di sini. Di sini Pok Ed bercerita tentang pengalamannya sebagai pekerja NGO untuk pertubuhan pemuliharaan harimau. Katanya, harimau ini kalau boleh dia nak mengelak daripada terserempak dengan manusia kerana dia tahu, nilainya sangat tinggi di sisi manusia. Harimau ni tahu yang ramai manusia yang ingin memburunya.

CP Wonda. Penat ke tu?

12.50 tengah hari
Kami menyambung semula perjalanan kami. Trek pada masa itu terus menaik. Pacak. Terasa keletihan. Hujan mulai turun. Hutan sedikit gelap dek kerana sinar mentari yang tidak tembus ke bumi. Dalam perjalanan kami, ada beberapa tempat kami berhenti sekejap, sekadar untuk melepaskan lelah. Farah pada masa ini sudah sangat mental hingga tidak mahu meneruskan perjalanan. Tapi gogo dengan ayat manisnya mampu meyakinkan farah untuk terus melangkah.

Tengah berhenti bila terdengar azan zohor.

2.00 petang
Pada kali ini kami berhenti berehat untuk makan tengah hari. Lunch pack dengan nasi putih dan lauk ayam masak merah yang dibekalkan oleh gogo kepada setiap line-up sungguh menyelerakan. Perut kami sudah berkeroncong. Amat lapar. Dapur dibuka, air direbus untuk dijadikan kopi panas. Ahhh.. nikmat betul. Angin sejuk yang mendayu bertiup sambil menghirup kopi o yang pekat dan panas.

Makan-makan untuk refill balik tenaga.

2.40 petang
Kami menyambung perjalanan kami. Pada kali ini, kami sudah berjumpa dengan mossy forest. Hujan juga turun secara renyai-renyai. Trek untuk sampai ke mossy forest memang sangat kejam. Pacak  75 darjah dengan trek yang baru saja ditebas. Mungkin ditebas oleh geng yang baru naik sebelum kami kerana bekasnya masih terlalu baharu. Pada bahagian mossy forest, sudah nampak batu sempadan yang menandakan sempadan negeri Perak dan Kelantan. Kami berjalan di atas sempadan negeri Kelantan dan Perak gitu. Part mossy paling sukar kerana akarnya yang tinggi dan kami terpaksa menggunakan tangga untuk memanjat ke atas.

Kanan perak, kiri kelantan. Batu sempadan.


3.50 petang
Akhirnya, tiba di puncak Gunung Basor. Awas, ada bekas tanah runtuh di puncak Gunung Basor semasa banjir besar tahun 2014. Jadi, kalau tengok ke bawah tu, macam seram jugak la. Entah-entah tanah tempat kita pijak tu runtuh pulak. Hati-hati ye nanti.

Puncak Gunung Basor. Misi berjaya!

Disebabkan cuaca hujan, view tak berapa jelas disebabkan awan putih yang bertebaran. Sekiranya ada rezeki, aku pasti viewnya tak mengecewakan kerana view di sebelah kiri adalah gunung-ganag di Negeri Perak manakala view sebelah kanan adalah gunung-ganang sebelah Kelantan. Dari puncak Gunung Basor, boleh nampak bandar Jeli dengan jelas. Waaaa. sungguh cantik. Keletihan kami terubat apabila kaki kami mencecah puncak Gunung Basor.

Hujan lebat. Kabus dan view tak nampak sangat.

Tapi, kami sedikit kecewa kerana rupa-rupanya sudah ada signboard Gunung Basor yang dipasang oleh group sebelum ini. Kami ingatkan kamilah orang yang pertama yang akan pacak papan tanda puncak gunung basor. Hahaha. Tapi tak apa, janji sampai puncak. Kami pun turut memasang signboard Puncak Gunung Basor dengan nama Trip Kembara dan Rekreasi di puncak Gunung Basor. Akhirnya tercapai.

4.20 petang
Kami sudah menggigil kesejukan disebabkan hujan tak henti-henti. Angin pula laju di atas puncak sana. Kami terus turun tapi kali ini kami tidak mengikuti trek pacak 75 darjah tu lagi. Kali ini Pok Ed membawa kami mengikut trek binatang. Trek yang mudah dan tidak banyak ranting-ranting halus yang menghalang perjalanan kami. Cumanya di pertengahan jalan, Pok Ed sedikit melereng ke kiri. Katanya dia tak nak bawa kami kepada trek yang ada puncak tipu. Katanya dalam 2 atau 3 puncak tipu ada. Penat weii kalau naik puncak tipu.

Dah nak turun dah..

Tak apalah Pok Ed. Kami ikutkan sahaja sebab Pok Ed kan guide. Hahaha. Kami mengikuti trek lain iaitu trek yang biasa Pok Ed bawa sebelum ini. Kami tak lalu trek yang kami naik tadi kerana kami ingin memasang sign-board di Kem Kubang. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke Kem Kubang, kami disajikan dengan pokok bonsai yang mengitu cantik. Pokok bosai yang rengek sepanjang ontrek yang turun naik begitu mempersonakan mata yang memandang. Ahh.. hutan memang mengasyikkan.

5.45 petang
Kami sampai di Kem Kubang. Di sini kami berhenti berehat dan juga berhenti untuk solat. Di sini juga kami memasang satu signboard iaitu sign board Kem Kubang. Kem Kubang ni luas dan boleh dijadikan kemsite untuk bermalam cuba kekurangannya adalah tiada punca air. Mungkin juga tempat ini menjadi laluan gajah.

Pasang signboard di Kem Kubang.

6.20 petang
Kami gerak, plannya kami nak sampai di Kem Bakso sebelum Maghrib. Tapi nasib kami tidak seperti yang dirancang oleh kami. Pukul 7.30 malam, kami cuma sampai di Kem Tak Pernah Singgah. Terpampang signboard di batang pokok. Kemungkinan ada group yang sampai tengah malam di situ dan terpaksa bermalam di situ kerana keletihan. Kemungkinan mereka itu sudah over time.

Hutan sudah gelap. Kami berhenti bagi menghormati waktu Maghrib. Memang kebiasaan kami mendaki, waktu maghrib kami akan berhenti sekejap dan akan mula menyambung perjalanan pada jam 8.00 malam. Katanya kalau kami tak berhenti, akan ada makhluk-makhluk yang kami tak boleh nampak akan mengganggu sepanjang perjalanan.


7.50 malam
Pok Ed sudah mengangkat beg dan sudah ingin meneruskan perjalanan. Kami gerak dalam satu line. Di sini 2 kali Pok Eid tersalah trek. Trek ada, tapi bila turun ke bawah trek putus. Pok Eid memutuskan untuk naik semula ke Kem Tak Pernah Singgah. Kali ketiga itu Pok Eid sorang yang pergi tengok trek. Bila dia yakin trek itu betul, barulah dia memanggil kami semua untuk mengikut trek tersebut.

Satu-satunya jejaki dalam line up kami.

8.55 malam
Kami sampai di Kem Bakso. Kami mengambil keputusan untuk berhenti sekejap kerana kami turun tadi terlalu laju. Langsung tak ada rehat.  Sekadar melepaskan nafas lelah yang tersisa. Bunyi cengkerik menghiasi malam yang gelap gelita. Hujan sudah lama berhenti.

9.07 malam
Perjalanan dari Kem Bakso menuju ke Kem TKR. Jalan ini kami sudah lalu pada petang semalam. Jadi, sudah tidak ada masalah bagi kami. Dalam kepala masing-masing sudah terbayang untuk sampai ke kemsite cepat-cepat. Tepat 9.27 malam, kami semua selamat sampai ke Kem TKR tanpa ada seorang pun line up yang cedera. Tepat juga 12 jam kami daypack dari Kem TKR-Puncak Gunung Basor-Kem TKR. 

9.40 malam
Pada malam itu, gogo cuma masukkan bihun sup untuk kami semua. Katanya nak yang panas-panas untuk panaskan badan kami. Tak panas lagi ke badan kami berjalan 12 jam? Haha. Nasib baik pada malam itu langit cerah dengan bintang yang bersinar cantik. Tiada tanda-tanda yang hujan akan turun. Jika hujan, mood akan spoil la kan? Malam itu, lepas je makan terus aku letak kepala untuk tidur. Roh aku tercabut dari badan dan mataku terpejam rapat. Bagi rehat kepada badan dengan sebenar-benar rehat.

30/3
11.20 pagi
Tepat jam 11.20 pagi, kami gerak dari campsite. Breakfast kami pada pagi itu sungguh sedap. Nasi lemak telur dadar dan teluar mata. Semua sampah sarap sudah dibersih. Katanya Pok Ed, nanti group yang dia bawa, dia nak singgah di campsite ni. Kami kena hadap pacak dari campsite untuk ke Kem Bakso. Badan belum panas lagi dah nak kena hadap pacak? Hahaha. Termengah dibuatnya.

Gogo tengah masak breakfast.

Breakfast aku dan Izzat.

11.45 pagi
Kami sampai di Kem Bakso. Macam biasa, mesti letak punggung punya lepas layan pacak. Bagi rehat sikit. Lepaskan lelah dulu. Tapi kami tak lama, langit nampak gelap. Petanda yang hujan nak turun. Masa ni aku terus sarungkan beg dengan raincover. Malas nak berhenti ontrek untuk sarungkan rain cover. Tak lama, pukul 12 tengah hari kami terus gerak. Malas nak hadap hujan.

Selesai mandi. Sudah nak gerak.

12.50 tengah hari
Kami sampai di Sungai Renyok. Sebelum sampai sini, Pok Ed ada nak rintis trek baru, tapi nampaknya hari ni bukan hari Pok Ed sebab Pok Ed suruh patah balik ikut trek asal masa naik hari tu. Pok Ed sudah malas nak rintis bila tak jumpa trek. Terpaksalah kami patah balik. Macam jauh jugak bila patah balik tu. Di Sungai Renyok ni pun kami tak lama, banyak pacat dan nyamuk! Pukul 1.10 kami dah gerak. Tak sabar nak mandi kat starting point.

Cuci kemsite sebelum meninggalkan hutan basor.

1.30 tengah hari
Akhirnya kami sampai di Intake 2 Sungai Renyok iaitu starting point untuk naik ke Gunung Basor. Betapa gembiranya kami. Misi sudah berjaya. Aku terus letak, bukak baju dan mandi sepuas-puasnya. Alhamdulillah. Misi kami berjaya tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan.

Putera-putera bunian tengah mandi.
Previous PostOlder Post Home

0 komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.