Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

TRIP GUNUNG BASOR, JELI KELANTAN (PART 1)

Gunung Basor. Ya, satu nama gunung yang terdapat di Negeri Kelantan. Mungkin nama gunung ini tidak segah seperti Gunung Stong, tidak dikenali ramai orang tapi Gunung ini mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada Gunung Stong iaitu dengan ketinggian 1840 meter. Gunung ini juga berada dalam daerah Jeli tetapi hanya terkenal di kalangan penduduk setempat, tidak tersohor seperti nama-nama gunung G7. Sarapan pagi dahulu. Buang-buang apa yang patut. Kali ini, Trip Kembara dan Rekreasi (TKR) yang diketuai oleh gogo (Group Organizer) yang hensem lagi bergaya, Abe Areh telah menganjurkan trip ke Gunung Basor. Trip ini memakan masa selama 3 hari iaitu pada 28-30 Mac 2019. Sebenarnya, TKR sudah lama merancang untuk ke Gunung Basor iaitu pada tahun 2018 tetapi pada tarikh yang dirancang pada tahun lepas, gunung di Kelantan telah ditutup untuk pendakian kerana musim tengkujuh dan Gogo terpaksa menunda ke tarikh lain yang akhirnya diputuskan pada tarikh 28-30 Mac. Aku merupakan