Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

TRIP CAMPING SAMBIL MEMANCING DI JELI

Adakah dipanggil rancangan sekiranya rancangan tersebut tidak dirancang? Kita namakan sahaja ianya rancangan yang tidak dirancang. Rancangan untuk pergi memancing di kawasan sungai yang bersambung dan bersimpang siur dengan Sungai Renyuk telah dirancang oleh Kak Adah atau lebih popular dengan nama Mami. Aku pun tak tahu kenapa Kak Adah ni membahasakan diri dia dengan nama Mami. Mungkin dia rasa dia sudah lanjut usia dan anggap semua orang di sekelilingnya adalah anak-anak dia. Jadi, semua orang akan panggil dia dengan nama Mami. Boleh ke macam tu? Hahaha. Rancangan dia dalam group whatsapp tu bukan kemain lengkap dengan tentatif dan menu untuk makan sepanjang trip tersebut. Maklumlah, trip ni adalah trip bermalam. Masuk hutan pada petang Khamis, dan keluar pada pagi Jumaat. Ianya lebih kepada trip camping sambil memancing. Tarikh sudah dipacak. Semua bersetuju untuk jumpa di rumah Mok Bibi. Ikut pelan, powil akan bergerak pada jam 6 petang. Tapi, senyum saja sebab ni Gen

Program Jaya Waris kali Kedua 2019

**Coretan ini cuma sebagai kenangan kepada pengalaman diri sendiri. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Boleh jadi sebagai pengajaran kepada diri sendiri. Peperiksaan Percubaan SPM sudah lama berlalu dan SPM sebenar tidak sampai sebulan lagi. Malam ini sekolah mengadakan satu program yang dinamakan Jaya Waris dan ini merupakan program yang sama diadakan kali kedua untuk tahun ini. Antara objektif program ini adalah untuk mengadakan perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar SPM bagi mencari jalan untuk meningkatkan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan SPM. Yang terlibat adalah pihak pentadbiran sekolah, guru-guru yang mengajar subjek SPM dan ibu bapa pelajar tingkatan 5. Aku selaku guru SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) terdetik untuk melihat analisa peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Angka GPS menunjukkan prestasi sekolah tidak berada di tahap yang memuaskan hati semua pihak. Baik pihak sekolah mahu pihak ibu bapa. Hatta pihak YIK sekali mesti sangat tid

TRIP GUNUNG YONG YAP - PART 2

Bersambung part-2. Boleh baca part 1  di sini . 20 APRIL 2019 4.00 gerak Mengikut plan asal gogo, kami akan bergerak pada pukul 3 pagi. Mungkin masing-masing letih dan terlajak tidur. Kalau nak gerak pukul 3 pagi, pukul 2.30 pagi dah kena bangun untuk prepare. Mesti bangun pukul 3.30 pagi, baru boleh gerak pukul 4. Sebenarnya time management kena jaga juga supaya tidak lari dengan rancangan gogo. Naik awal, boleh la dapat sampai puncak tu awal. Dapat kejar sunrise dan tengok cantiknya matahari terbit di puncak gunung. Shalaby Tapi, kalau dah terbiasa melayan tidur, memang susah la nak bangun. Nak buka mata lagi. Tidur pula sedap. Sejuk dengan angin hutan yang perlahan-lahan meniup badan yang berselimut dengan sleeping bag. Memang satu cubaan betul untuk bangkit dari tidur. Alang-alang dah sampai, takkan tak nak sampai dekat puncak kan disebabkan nak melayan tidur? Kami gerak dengan Jula di hadapan selaku guide. Aku, Beji, Koha, Shalaby, Kak Adah dan juga Kak

TRIP GUNUNG YONG YAP - PART 1

Gunung Yong Yap adalah gunung yang dikategorikan sebagai Gunung G7 iaitu antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Jadi, Yong Yap ini bukan biasa-biasa. Tidak semudah memanjat Bukit Panau di Tanah Merah tapi treknya lebih kurang menaiki Gunung Tok Nenek. Entry Gunung Tok Nenek sudah aku up dan boleh baca di sini . Starting point untuk ke Gunung Yong Yap ini adalah sama dengan Tok Nenek iaitu di Kg. Rengil. Simpang sedikit selepas RnR Jelawang. Trip yang dianjurkan oleh TKR pada kali ini seramai 18 orang sebagai line up termasuk dengan guide iaitu Jula Masta. Aku, Koha, Munim dan Beji carpool sama-sama dengan menaiki Perodua Alza Beji. Kami bertolak dari rumah Beji di Kadok pada pukul 11 malam menuju ke rnr Jelawang. Meeting point kami adalah di rnr Jelawang. Tidak ada yang menarik sepanjang perjalanan kecuali celoteh Beji untuk menghilangkan sepi dan juga menghalau cengkerik di malam hari dengan bunyian krik krik krik. Beji ni sebenarnya adalah seorang y