TRIP GUNUNG TOK NENEK (2H1M)

1 comment
TRIP GUNUNG TOK NENEK, LOJING
Tarikh : 29 & 30 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu)
Tinggi : 1,916 meter/6,284 kaki
Tempat : Lojing, Sempadan Kelantan Perak

Bagi sesiapa yang inginkan pemandangan gunung yang tersangat cantik lagi mabeles, Tok Nenek adalah gunung yang boleh aku suggest untuk korang. Dari puncak gunung, pemandangan adalah 360 darjah dengan banjaran gunung-ganang yang menghijau. Sekeliling kamu cuma nampak gunung yang menghijau dengan pepohon kayu. Syaratnya, kamu mesti sampai ke puncak!! Haha.

Dari puncak Tok Nenek, boleh nampak di sana Gunung Yong Belar

Trip yang dianjurkan oleh Trip Kembara & Rekreasi (TKR) ini diketuai oleh gogo Tuan Muhd Arif. Mengikut tentatif, meeting point kami adalah di RnR Lojing pada jam 7.00 pagi. Aku, Muiz, Muzz, Muaz dan Firdaus telah bertolak pada pukul 11.30 malam dari Kota Bharu dengan dua buah kereta. Plan bertolak awal malam supaya sampai kat RnR nanti boleh la nak tidur sejam dua. Tapi, sebenarnya kami dah tak awal dah, group lain ada yang bertolak pukul 10 malam lagi. Dan yang paling lewat adalah group Kak Sri yang bertolak pukul 5 pagi.


Di rnr Lojing, breakfast dahulu sambil bahagi ration.

29 Jun 2018
Semua sampai dalam masa yang telah ditetapkan oleh gogo. Selepas solat Subuh, sarapan pagi dan pembahagian ration, kami semua bertolak ke perkampungan orang Asli untuk starting point. Kami akan parkir kereta di sini dengan bayaran sebanyak RM 15 untuk sebuah kereta. Kat perkampungan orang Asli ini ada surau dan ada juga anjing yang berkeliaran. Ada coklat lebih, bagi la dekat anak-anak kecik kat sini, nasib baik kita boleh melihat mereka senyum.

Tempat parkir kami. bangunan yang nampak tu adalah surau

Dengan sedikit briefing daripada guide dan bacaan doa daripada gogo sendiri, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Nenek pada jam lebih kurang 9.30 pagi. Fasa pertama yang perlu ditempuhi oleh kami adalah laluan balak lebih kurang setengah jam sebelum bertemu dengan sungai yang pertama untuk diseberang. Guide telah memaklumkan yang sebanyak 12 sungai/anak sungai akan kami cross sepanjang trip ini. Jadi, korang boleh sediakan kasut/sandal yang sesuai untuk dipakai nanti. Aku cuma bersandal sebab kuku masih lagi sakit. Tahan la jugak kalau pakai sandal tu, tak adalah kaki tu kecut sangat.

Beji muka garang ye? Semua line up dan krew serta gogo

Perjalanan kami adalah menuju ke Kem Belumut seperti mana yang ada pada tentatif. Tapi, hasrat kami itu tidak kesampaian sebab kami sampai ke Kem Hari pun sudah pukul 4.00 petang. Guide memutuskan untuk kami bermalam di Kem Hari. Lagipun campsite dia pun luas dan selesa berbanding dengan hari dan sungai dia juga agak besar berbanding Belumut. Jadi, nak mandi-manda tu agak selesa la. Bagi yang tahan sejuk, memang mabeles la kalau mandi air sungai pukul 4 petang.

Baru nak mula perjalanan. Jalan balak.

Trek sepanjang ke Kem Hari agak landai dan santai. Tiada yang pacak. Cuma sedikit jauh dan sebab itu lah kami sampai ke Kem Hari pun dah pukul 4 untuk pasang fly dan ground. Yang belakang sekali rasanya sampai dalam jam 5.30. Semua selamat tiba. Cuaca sedikit lembab sebab malam sebelum tu kemungkinan hujan dengan tanah yang basah.

Hidden Waterfall. Cikgu disiplin cakap tak yah berangan nak singgah masa balik!! Haha

Untuk sampai ke Kem Hari ni, korang pasti akan menyumpah seranah dekat trek yang terdapat pohon buluh. Kira-kira selama sejam setengah hingga dua jam juga korang akan menempuh trek yang terdapat pohon-pohon buluh. Apa tidaknya, korang terpaksa meniarap, merangkap dan yang seumpama dengannya sepanjang trek buluh tersebut. Nasib baik trek tidak lecak dengan lumpur dan selut, kalau tak, memang dah jadi macam kerbau berguling la jawabnya.

Merentas anak sungai lagi. Belum mental lagi ni kan? Haha

Pada malam itu, menu yang disediakan oleh gogo adalah soto dan lontong dan tukang masaknya adalah gogo sendiri. Aura hari raya masih belum lagi hilang kan? Masakan gogo boleh tahan sedapnya tapi selalu la gogo ni akan suruh sesiapa line up untuk try masakannya untuk test sama ada sudah cukup garam atau gulanya. Mungkin juga ni taktik gogo untuk dengar orang cakap, hmm... sedapnya gogo masak. Hahaha. Pada malam tu, ada juga line up yang terkena lotong berkuahkan air kopi. Apa tidaknya, boleh pula tertukar kicap untuk diletakkan dalam kuah dengan air kopi yang ada dalam periuk bersebelahan dengan kuah soto. Merasalah juga ye. Janji dalam hutan semuanya sedap!

Kopi dalam periuk tu la ada yang tertukar dengan kicap. 

Untuk malam itu, tak ada ice breaking secara formal. Lagipun trip ni semuanya macam dah lama kenal sebab asyik muka sama je yang join trip. Kalau ice breaking pun macam yang baru join je yang kena banyak soal. Lampu tutup awal, esok pagi jam 3 pagi lagi kami perlu gerak untuk ke puncak. Yang tinggal cuma petugas dapur yang perlu masak nasi. Kali ini, Muzz dan Bazli berada di dapur. Katanya mereka jumpa makhluk lain pada malam itu. Nasib je lah. Haha.

Doktor Sihanan


30 Jun 2018
Ada juga yang kejutkan aku pukul 12.30 malam sebab nak memerut. Haha. Sape tu? Bangun je lah demi member. Nanti tiba time kita memerut tengah malam, boleh timbal balik kan? Lepas dari teman kawan aku memerut tu, macam tak boleh tidur pulak. Agas banyak. Tutup dengan sleeping bag, dengan hoodie jacket pun tak berkesan. Hmm.. agas ni dihantar untuk menguji kesabaran agaknya.

Jejaka TKR

Pukul 3  pagi semua bangun. Menggeliat rasa terpaksa dalam rela untuk bangun dan menukar pakaian untuk hiking. Part yang paling malas dan seksa untuk menyarung pakaian hiking yang basah disebabkan mandi dengan pakaian tersebut pada petang tadi. Jadi, rancang baik-baik nak pakai yang kering atau yang basah. Nak yang kering, kena berat memikul la kan. Melainkan korang tak mandi, terus je tidur dengan pakaian hiking. Nanti bangun tidur tak adalah susah-susah, malas-malas nak salin pakaian. 

Pewai lepas muntah. Haha.

Breakfast pack sudah siap dipacking oleh gogo. Menu nasi goreng. Gogo bangun lagi awal berbanding kami untuk memasak breakfast dan dimakan masa on trek nanti. Siap semua, kami ready untuk bergerak. Dalam kekalutan bersiap tadi, ada sorang line up yang muntah. Rasanya habis semua lotong yang dimakan malam tadi terkeluar. Katanya sebab lewat makan ubat, ada yang kata sebab dia makan nasi air dingin yang basi. Haha.

Ada line up yang setiap 3 langkah nak capture gambar! Haha

Guide sudah berada di depan. Kami mula melangkah dalam gelap dengan berbekalkan cahaya terang dari head lamp. Ada yang pakai wind breaker ada yang cuma berlengan pendek. Trek menuju puncak dari Kem Hari tidak lagi landai. Pacak terus dengan daun-daun kering yang menutup akar-akar pokok. Dan ternyata, line up yang muntah tadi pewai di tengah perjalanan. Mungkin kurang tenaga. Berehat kejap dan bagi minum air garam serta gula-gula untuk tenaga dia. Dalam setengah jam juga rehat, baru boleh gerak balik. Kami Subuh di Kem Belumut.

Dinding batu nak ke puncak.

Trek ni amat menguji kesabaran bila sampai di trek yang berbatu. Dindingnya adalah batu. Kadang-kadang risau jika ada batu-batu yang jatuh bergolek dari atas. Trek pacak dan batu-batu kecik dari line up kat depan tu mungkin boleh jatuh kat line up yang di bawah. Kena jarakkan diri betul-betul antara satu sama lain.


Trademark Beji ni. Son Goku,

Pukul 8.30 pagi lebih kurang, aku sampai di puncak. Boleh dikatakan sudah lewat sebab tak sempat nak sunrise di puncak. Puncaknya tidak begitu luas. Tapi pemandangan dia, fuhhh... amat berbaloi. Rasa hilang segala penat. Angin yang lembut meniup, udara yang begitu segar dan pemandangan yang menyejukkan mata. Penat itu pergi bersama angin yang bertiup. Apa lagi, santaplah breakfast tu. Penat bawa. Lepas tu sesi bergambar pula.

Kami tak ramai, tapi kami gembira

Dalam jam 10.30 kami mula turun dan pukul 2.30 aku sampai di Kem Hari. Nampak semua fly sudah siap disimpan oleh orang yang lebih awal lagi sampai. Paling awal sampai pukul 2.00 petang. Nasi sudah siap dimasak. Air sudah siap dibancuh. Tunggu sahaja ketibaan gogo untuk memasak lauk. Menunya adalah daging kicap. Untuk makanan kali ini dipacking dan akan dimakan dalam perjalanan kerana risau lambat untuk bertolak turun. Pukul 4 kami bergerak turun. Ketika itu hujan sudah mula turun. Mula-mula sikit, lama kelamaan hujan agak lebat. 

Mood raya

Bila hujan, faham-faham la trek buluh pada semalam tu macam mana. Habis lecak dengan lumpur. Kami memang betul-betul dah macam kerbau guling. Habis berselut kerana merangkak dan meniarap. Part ni mental kena kuat. Yang kami nampak cumalah kereta yang sudah diparkir di perkampungan orang Asli.

Ini adalah Bazli. 


Tapi, keinginan kami tertangguh seketika bila guide untuk memutuskan untuk tidak menyeberangi sungai last ke laluan balak disebabkan arus air sungai yang agak besar. Maka, kami berhuhu di pinggir sungai. Buka dapur masak maggi, masak air nescafe denga harapan agar hujan tidak lagi turun. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Guide buat kira-kira yang mungkin terpaksa menunggu hingga 2 jam untuk arus sungai perlahan. 

Abang Faisal dengan gadis-gadis pingitan jagaannya.

Pukul 11 malam, guide memutuskan kami sudah boleh menyeberangi sungai tapi dengan syarat dengan bertiga-tiga. Teknik menyeberangi sungai ditunjukkan oleh guide dengan tangan bersilang memegang orang yang tengah dan berjalan dengan mengiring. Muka guide sedikit serius, nada suaranya agak tegas, sebab itulah dia digelar guru disiplin oleh line up. Haha.

RnR cuci pasir dan buang air. 

Semua berjaya menyeberangi sungai yang terakhir. Muka kegembiraan sudah jelas. Jalan balak sudah boleh berborak santai, tiada lagi mental dan emosi yang tidak stabil. Nasi panas dengan air milo ais sudah terbayang di benak kepala. Semuanya akan berakhir tidak lama lagi!!

Gogo Tuan Muhd Arif a.k.a TMA

Sampai di tempat parkir, bersiap-siap untuk pulang. Aku terpaksa pulang awal kerana member aku kena pergi ke Besut pada awal pagi lagi esok. Barang-barang company dan ration yang lebih diserahkan kepada gogo. Tepat jam 12.00 malam, kami berdua memecut pulang. Tepat jam 5.00 pagi, aku sampai di Pasir Mas. 

Belakang sana adalah Yong Yap, jom next mission!!

Berakhir trip Gunung Tok Nenek. Terima kasih TKR, terima kasih gogo dan terima kasih semua line up dan krew. Korang memang sempoi. Masa turun menyumpah tak nak dah naik gunung, tapi rasanya, tengah mengintai trip lain untuk join. Hahaha.
Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia