MOREH KERANG UNTUK ANAK-ANAK SEKOLAH

1 comment
Alhamdulillah. 'Plan' moreh kerang untuk anak-anak sekolah ni berjalan dengan lancar. Sama macam tahun lepas. Cuma kali ini, moreh ini diadakan sehari sebelum anak-anak dekat sekolah pulang bercuti. Itu pun selepas berbincang dengan PKHEM; ada baiknya buat sehari sebelum mereka pulang. Kalau buat awal, ada jika ada kes sakit perut, cirit-birit sebab makan kerang terlalu banyak, macam mana aku nak menjawab dengan Pengetua kan? Haha.

So, kerang sampai pada pagi Rabu, 6 Jun sebanyak 104 kilogram. Banyak ke? Pelajar dalam 200 orang. Agak-agak cukup ke tidak? Atau terlampau lebih? Aku dapat harga RM 8.50 untuk setiap kilogram. Pada waktu tu kira harga yang sudah agak murah jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di pasar-pasar basah yang berdekatan. Dekat pasar basah, harga dalam lingkungan RM 9 - RM 12 untuk gred kerang yang macam aku dapat ni. Kerang besar, fresh dan nampak menggiurkan. 



Maka, bermulalah kerja-kerja pembersihan kerang. Nasib baik ada sukarela yang sudi membasuh kerang. Kerja aku cuma tengok dan lihat je lah. Terima kasih kepada kesungguhan mereka. Harapnya mereka ikhlas dan tidak mengharapkan habuan yang bermotifkan duniawi semata-mata. Cumanya ada sesekali mereka merungut habis rosak jari kuku mereka ketika membersihkan kurang. Jadinya, untuk tahun depan, mungkin aku boleh sediakan glove untuk mudahkan proses membersihkan kerang. Post-mortem kan? Haha.



Lepas Asar, terus rebus dalam kuali besar. Kuali dan dapur pinjam dengan kantin je lah. Nak sewa atau nak angkut dengan orang lain nanti jauh pula. Letak air, letak sikit serai nak suh bagi bau dan rasa. Lepas tu tunggu je air mendidih dan bila kerang dah mula terkopak kulitnya, bolehlah diangkat. Selepas disejat dan kerang sudah sejuk, aku packing dalam beg plastik dan akan membahaginya mengikut dorm. Di sekolah ni ada 13 buah dorm, jadi dapatla satu beg plastik yang besar dan satu lagi beg plastik yang kecik. 



Selepas Isya', pastikan semua ketua dorm datang dan mengambil kerang yang sudah siap direbus untuk ahli-ahli mereka melahap. Bagi juga sekali dengan sebotol pencicah untuk menyedapkan lagi rasa kerang bila mana isi kerang tadi menyentuh lidah dan bergaul sebati dengan air liur. Hmmm.. kecur air liur dibuatnya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dapat juga aku guna sedikit duit sumbangan orang untuk buat makan anak-anak dekat sekolah pada bulan Ramadan ni. 



Apa itu moreh? Moreh itu biasanya istilah yang digunakan oleh masyarakat Kelantan untuk makan ringan-ringan selepas solat terawih. Moreh = terawih. Betul ke? Hahaha




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. salam aidilfitri.... seronoknya ada moreh ngan kerang rebus lg... xjupo kerang pun akak thn ni... kerang pun mahal loni... makan ramai2 sedap ter

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia