Skip to main content

TRIP YONG BELAR 2H1M (MEI 2018)

Suka dalam duka bila hiking ni memang sentiasa ada. Suka dan duka itu sering kali silih berganti semasa on trek sahaja. Manakala yang suka memanjang bila sebelum dan selepas off trek.

Gunung Yong Belar adalah antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia yang terletak di Lojing, sempadan Kelantan. Apa yang menarik tentang Yong Belar adalah hutannya yang mossy dengan pokok-pokok yang kelihatan kehijauan bersama dengan lumut-lumut halus yang melekat pada keseluruhan pokok.

Trip pada 11&12 Mei ini adalah yang dianjurkan oleh Group Team Kembara dan Rekreasi atau lebih senang dengan panggilan TKR. Group ini diketuai oleh Tuan M. Arif sebagai Gogo telah merancang aktiviti menawan puncak Yong Belar dengan menjadikan air terjun Pelaur sebagai tempat persinggahan bermalam. 

Apa yang seronoknya hiking ni bila dapat camping dan santai-santai menikmati alam. Kita tidak terkejar-kejar untuk menawan puncak sahaja, tetapi setiap perjalanan kita itu sentiasa ada makna dan kenangannya yang tersendiri. Lain orang lain tujuannya. Bagi aku, yang santai, yang relax itu lebih bermakna daripada tujuan untuk menawan puncak gunung semata-mata.

Aku dan tiga lagi kawan bertolak dari Kota Bharu menuju ke Lojing dalam pukul 10 malam. Sampai di Gua Musang dalam pukul 2 pagi untuk berhenti rehat dan juga makan. Kemudian kami sampai di Masjid Lojing, yang mana merupakan meeting point untuk semua line up pada jam 4 pagi lebih atau kurang. Aku pun tak ingat, tapi yang pastinya sejam sebelum Subuh.

Hari Pertama

Siap semua solat Subuh, semua line up sudah ada. Gogo membahagikan ration kepada setiap line up bersama dengan lunch pack yang mana menunya adalah nasi himpit dengan rendang daging. Kemudian sedikit taklimat ringkas dari gogo bilamana powil (fourwheel) sudah datang di perkarangan masjid untuk mengangkut semua line ke starting point memanjat Yong Belar.

Kami parkir kereta berhadapan dengan Masjid Lojing yang mana tempat yang telah disediakan untuk parking kereta dengan sedikit bayaran yang dikenakan. Sebenarnya selepas solat Subuh, kedengaran ajk masjid telah pun membuat announcement melalui loud speaker yang para pendaki tidak dibenarkan memarkir kereta di perkarangan masjid.

Selepas itu, dengan 2 buah powil kami memecut ke starting point melalui kebun-kebun kubis dan pelbagai sayuran di sepanjang jalan. Cuaca sangat baik dan lebih kurang 40 minit, powil kami sampai di kebun kubis untuk menurunkan kami. Maka dengan sedikit taklimat perjalanan, sedikit bacaan doa, kami memulakan perjalanan menuju ke gunung Yong Belar pada jam 8.45 pagi. Rancangan adalah kami mesti sampai di tapak perkhemahan air terjun pelaur pada jam 11 pagi dan terus shoot ke puncak Yong Belar.

Kami sampai di Air Terjun Pelaur pada jam 12.00 yang paling awal. Yang paling last pula adalah pada jam 1.30 petang. Jadi, gogo putuskan untuk shoot ke puncak pada pukul jam 4 pagi esok. Ini disebabkan masa sudah terlalu lewat kerana dijangka 6 jam juga dari air terjun pelaur nak ke puncak. Jika diteruskan, bimbang sampai di puncak pada waktu malam dah view sudah tidak ada. Tambahan pula mesti leceh nak turun dalam keadaan gelap gelita yang bertemankan dengan cahaya suram head lamp sahaja.

Jadi, fly dan ground disetup oleh para krew TKR. Gogo mengambil port untuk memasak. Menghirup kopi panas bertemankan dengan deruan bunyi air terjun dalam suasana yang damai bersama gemersik daun-daun hijau yang bertiup. Fuhhh.. layan jiwa. Sebelah petangnya sempat pula meneroka air terjun pelaur dengan memanjat naik sebelah atas. Lagi membelah jiwa bila viewnya memang lawa. Batu-batu yang berlumut bersama air jernih yang memutih mengalir di celah-celahnya. Sekali pandang semacam gambar wallpaper dah tapi dengan mata yang dipandang sendiri.

Malam itu kami semua makan awal dah pukul 8.00 malam sudah masuk khemah untuk tidur. Esok perjalanan pukul 4 pagi!! Minta-minta malam nanti tidak lah sejuk sangat sebab di air terjun pelaur ini ketinggiannya sudah mencecah 1500 meter.

Hari Kedua

Seperti yang dirancang namun tidak keseluruhannya kerana pukul 4.45 pagi baru kami gerak dari campsite menuju ke puncak Yong Belar. Bersama kami adalah breakfast pack untuk dimakan semasa perjalanan menuju puncak. Kami berjalan dalam gelap dalam keheningan Subuh. Langkah diatur perlahan. Pukul 6.30 kami berhenti di puncak view untuk solat Subuh. Nampaknya perjalanan kami seakan sudah jauh.

"Bang, berapa minit lagi nak sampai ni?" aku bertanyakan guide yang mesra dipanggil Abe La (Jula).
"Dalam 15 minit lagi kita sampai Kem Kasut, lepas tu dalam 45 minit dari Kem Kasut tu kita sampai la dekat puncak." jawab Abe La dengan penuh yakin.

Di puncak view, sudah ada beberapa orang line up makan breakfast dengan breakfast pack yang dibawa. Ada yang simpan untuk makan di puncak memandang mereka tidak lapar lagi. Bergerak dari Puncak View, kami berjalan santai dengan lenggang lenggok kerana dalam minda cuma 15 minit sahaja lagi untuk sampai ke Kem Kasut. Kami sudah tidak jauh lagi untuk menawan puncak!

Rupa-rupanya perasaan kami sudah dicalar oleh abam guider yang bernama Jula. Sudah hampir 40 minit kami berjalan. Matahari sudah menampak wajah dan sinarnya tapi kami tidak masih lagi menemui kem kasut. Mungkinkah kami tersalah jalan? Mungkinkah trek yang kami ambil ni bukan trek ke Yong Belar. Kami sedikit risau. Abam guider dah jauh ke depan. Bayang pun tak nampak!

Kami teruskan lagi perjalanan tanpa henti. Yang tadinya santai sudah tidak ada lagi. Fokus kami adalah mencari Kem Kasut. 20 minit selepas itu, sampai lah kami kem kasut. Ternampak Jula sudah tersengih awal lagi. Lebar pula tu senyuman dia. Nampaknya kami sudah terkena. Haha. Dilipak oleh Jula. Apakan daya?

Aku buka breakfast pack dan terus makan. Perut sudah berkeroncong. Pedih kerana ditipu oleh Abam Guide. Terasa perasaan ini dipermainkan oleh Abam Jula. Haha. Habis nasi goreng yang digoreng oleh gogo, rasa pedih tadi turut beransur-ansur hilang. Mungkin pedih ini disebabkan lapar?

Dari kem kasut, kami terus mendaki dan berjalan. Katanya Jula, ada la dalam 40 minit lagi untuk sampai ke puncak. Dia cakap kali ini dia boleh jamin, hanya 40 minit sahaja. Riak mukanya begitu serius. Okay, aku percaya cuma 50-50 sahaja Abam Jula. Tak mahu meletak harapan yang tinggi.

Dari kem kasut, treknya begitu teruk dengan lumpur. Akar yang licin dan trek yang pacak tetapi masih lagi boleh layan. Bagi aku, part yang lumpur tu sedikit yang tidak selesa. Penat dah nak elak kaki yang longlai ni dari terpijak ke dalam lumpur. Last sekali, lantaklah kasut dan kaki, asalkan sampai puncak!!

Tepat pukul 10 pagi, aku dan beberapa line up sampai ke puncak Yong Belar. Fuhhhh, puas hati. Sampai jugak akhirnya setelah menempuh beberapa fasa penderaan mental dan juga fizikal. Perasaan puas itu suatu kemestian dan ditambah pula dengan view di puncak yang cantik dan lawa dan superb dan marvelous. Subhanallah. Begitu indah. View yang nampak padanya gunung ganang yang menghijau. Bersamanya ada sedikit tompokan awan yang datang mengikut deruan arah angin.

Mengikut Abam Jula, ini adalah rezeki kami kerana selama 4 trip yang dia bawa sebelum ni semua tak dapat merasa melihat view di puncak Yong Belar. Tipsnya, sampai di puncak sebelum jam 10 pagi ye untuk melihat view yang menarik. Pasti tak menyesal. Kirala berapa jam kami berjalan mengheret kaki dari kem pelaur hingga ke puncak. Haha. Rasa puas hati itu mesti ada.

Sejam di atas sana. Posing-posing ambil gambar. Pukul 11, aku dan beberapa krew sudah mula turun. Kami mempunyai tugas untuk memasak air, memasak nasi untuk line up ini makan sebaik sahaja mereka sampai di campsite. Jadi, kami perlu turun awal.

Ya Allah, turunnya bukan kemain azab, aku terbayangkan perjalanan yang amat jauh. Destinasi yang masih jauh lagi untuk sampai. Dengan trek naik turun naik turun. Masa ini lah mental boleh down dan fizikal jadi malas. Mungkin masa ini juga istilah pewai digunakan oleh para hiker. Hadap je lah, asalkan kaki melangkah tanpa henti.

Aku dan Adli berjalan sama-sama. Mungkin ada peneman. Berjumpa juga dengan dia di Puncak View. Dari Kem Kasut aku berjalan sorang-sorang. Sesekali terserempak dengan pendaki-pendaki dari group lain. Melayan perasaan. Aku dan Adli sampai ke Kem Pelaur pada jam 1.30 petang. Setengah jam lambat berbanding orang yang paling awal sampai. Apa lagi, terus terjun mandi air. Tapi kejap je lah sebab air terlampau sejuk. Beku bossss. Hanya bertahan 5 minit. Kami masak air, kami masak nasi sementara menunggu gogo sampai untuk memasak.

Gogo sampai setengah jam/40 minit selepas aku dan Adli sampai. Makanan sudah siap. Line up yang paling last sampai dari puncak pada pukul 3.30 petang. Pada masa itu sudah ada group-group lain yang sampai di campsite. Kami terpaksa bersiap-siap untuk memberi ruang kepada mereka untuk memasang khemah. Pukul 5.00 petang, kami angkat sauh. Berjalan pulang menuju jalan yang sama kami datang. Head lamp sudah tersedia di tempat yang mudah dicapai.

Trek turun naik tetapi tidak lah pacak sangat melainkan hendak pergi ke Kem Tudung Periuk. Sekali tengok memang azab. Semasa dalam perjalan pulang, ada seorang line up yang pewai dan tak berdaya untuk melangkah kaki lagi. Rupanya dia tidak sempat makan tengah hari tadi!! Nasib baik ada abang sweeper yang handsome ada untuk menggalas tugas ini. Mungkin ini kisah lain untuk diceritakan.

Akhirnya, kami semua selamat turun dengan line up yang terakhir sampai di pintu rimba pada jam 9.30 malam. Sejam lambat berbanding group kecik aku, Adli, Muzz dan Kapten Muaz. Kapten Muaz injured lutut kot. Membebel dia kat lutut dia. Haha.

Macam terlalu panjang entry kali ini. Namun masih banyak benda yang tak diceritakan. Cerita mistik paranormal supernatural lah. Cerita pewai angkat beg lah. Hmmm...Setakat ini dulu lah. Adios..






























Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-