BERBUKA PUASA DI PUNCAK BUKIT PANAU, TANAH MERAH

1 comment
Semalam, ahli majlis 'menukat' TKR mengadakan satu trip untuk berbuka puasa di puncak Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Trip pada awalnya dibuka untuk ahli group whatsapp TKR, tetapi nampaknya macam tidak ada sambutan. Hambar dan sepi. Mungkin ada yang menyangka ini satu kerja gila sebab hiking pada bulan puasa.


Yang sebenarnya, tak ada la gila sangat sebab bukit panau ni tak ada la tinggi mana pun. Dalam setengah jam dah boleh sampai ke puncak jika pace terlalu perlahan dan santai. Semalam kami gerak dari kaki bukit dalam pukul 6.40 petang dan sampai di puncak pada pukul 7.10 malam. Okay la sebab pada masa tu matahari pun dah tak panas lagi. Trek pun trek tar je.

Sebelum tu, kitorang dah plan menu apa yang perlu dibawa untuk potluck. Ada yang bawa ayam golek, ada yang bawa murtabak, ada yang bawa kuih akok, ada yang bawa popia sira, ada yang bawa air tuak dan macam-macam lagi. Dan sudah diingatkan oleh gogo yang makanan utama perlu disediakan sendiri oleh peserta. Tak kira la dia nak makan nasi ke, nak makan mee ke. Terpulang pada perut masing-masing.

Apa-apa pun, ini adalah satu pengalaman yang baru. Sungguh indah permandangan di puncak Bukit Panau. Dari atas sana boleh nampak dari kejauhan bandar Kota Bharu, boleh nampak Kok Lanas, boleh nampak Kubang Kerian. Bila malam beransur menjelma, lampu-lampu neon di jalanan menyerikan lagi permandangan dari atas. Dari kejauhan seolah lampu itu berkelip-kelip menceriakan suasana malam di hilir Kelantan.














Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. bermalam kat situ ke... bila duk di atas tu mmg la kagum benar tgk ciptaan Ilahi, lagi rasa kerdil kan...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia