Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

TRIP GUNUNG TOK NENEK (2H1M)

TRIP GUNUNG TOK NENEK, LOJING Tarikh : 29 & 30 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu) Tinggi : 1,916 meter/6,284 kaki Tempat : Lojing, Sempadan Kelantan Perak Bagi sesiapa yang inginkan pemandangan gunung yang tersangat cantik lagi mabeles, Tok Nenek adalah gunung yang boleh aku suggest untuk korang. Dari puncak gunung, pemandangan adalah 360 darjah dengan banjaran gunung-ganang yang menghijau. Sekeliling kamu cuma nampak gunung yang menghijau dengan pepohon kayu. Syaratnya, kamu mesti sampai ke puncak!! Haha. Dari puncak Tok Nenek, boleh nampak di sana Gunung Yong Belar Trip yang dianjurkan oleh Trip Kembara & Rekreasi (TKR) ini diketuai oleh gogo Tuan Muhd Arif. Mengikut tentatif, meeting point kami adalah di RnR Lojing pada jam 7.00 pagi. Aku, Muiz, Muzz, Muaz dan Firdaus telah bertolak pada pukul 11.30 malam dari Kota Bharu dengan dua buah kereta. Plan bertolak awal malam supaya sampai kat RnR nanti boleh la nak tidur sejam dua. Tapi, sebenarnya kami dah tak awal dah

MOREH KERANG UNTUK ANAK-ANAK SEKOLAH

Alhamdulillah. 'Plan' moreh kerang untuk anak-anak sekolah ni berjalan dengan lancar. Sama macam tahun lepas. Cuma kali ini, moreh ini diadakan sehari sebelum anak-anak dekat sekolah pulang bercuti. Itu pun selepas berbincang dengan PKHEM; ada baiknya buat sehari sebelum mereka pulang. Kalau buat awal, ada jika ada kes sakit perut, cirit-birit sebab makan kerang terlalu banyak, macam mana aku nak menjawab dengan Pengetua kan? Haha. So, kerang sampai pada pagi Rabu, 6 Jun sebanyak 104 kilogram. Banyak ke? Pelajar dalam 200 orang. Agak-agak cukup ke tidak? Atau terlampau lebih? Aku dapat harga RM 8.50 untuk setiap kilogram. Pada waktu tu kira harga yang sudah agak murah jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di pasar-pasar basah yang berdekatan. Dekat pasar basah, harga dalam lingkungan RM 9 - RM 12 untuk gred kerang yang macam aku dapat ni. Kerang besar, fresh dan nampak menggiurkan.  Maka, bermulalah kerja-kerja pembersihan kerang. Nasib baik ada sukarel

BERBUKA PUASA DI PUNCAK BUKIT PANAU, TANAH MERAH

Semalam, ahli majlis 'menukat' TKR mengadakan satu trip untuk berbuka puasa di puncak Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Trip pada awalnya dibuka untuk ahli group whatsapp TKR, tetapi nampaknya macam tidak ada sambutan. Hambar dan sepi. Mungkin ada yang menyangka ini satu kerja gila sebab hiking pada bulan puasa. Siap masuk paper weii.. haha. Utusan Online  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/berbuka-di-puncak-bukit-panau-1.679345 Yang sebenarnya, tak ada la gila sangat sebab bukit panau ni tak ada la tinggi mana pun. Dalam setengah jam dah boleh sampai ke puncak jika pace terlalu perlahan dan santai. Semalam kami gerak dari kaki bukit dalam pukul 6.40 petang dan sampai di puncak pada pukul 7.10 malam. Okay la sebab pada masa tu matahari pun dah tak panas lagi. Trek pun trek tar je. Sebelum tu, kitorang dah plan menu apa yang perlu dibawa untuk potluck. Ada yang bawa ayam golek, ada yang bawa murtabak, ada yang bawa kuih akok, ada yang bawa popia sira, ada ya

TRIP YONG BELAR 2H1M (MEI 2018)

Suka dalam duka bila hiking ni memang sentiasa ada. Suka dan duka itu sering kali silih berganti semasa on trek sahaja. Manakala yang suka memanjang bila sebelum dan selepas off trek. Gunung Yong Belar adalah antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia yang terletak di Lojing, sempadan Kelantan. Apa yang menarik tentang Yong Belar adalah hutannya yang mossy dengan pokok-pokok yang kelihatan kehijauan bersama dengan lumut-lumut halus yang melekat pada keseluruhan pokok. Trip pada 11&12 Mei ini adalah yang dianjurkan oleh Group Team Kembara dan Rekreasi atau lebih senang dengan panggilan TKR. Group ini diketuai oleh Tuan M. Arif sebagai Gogo telah merancang aktiviti menawan puncak Yong Belar dengan menjadikan air terjun Pelaur sebagai tempat persinggahan bermalam.  Apa yang seronoknya hiking ni bila dapat camping dan santai-santai menikmati alam. Kita tidak terkejar-kejar untuk menawan puncak sahaja, tetapi setiap perjalanan kita itu sentiasa ada makna dan ken