SYURGA BUATMU ADIK-ADIK TAHFIZ ALHASYIMI

1 comment
Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian kemalangan jalan raya yang menimpa adik-adik tahfiz dari Maahad Tahfiz Alhasyimi di Kuala Krai, Kelantan. Dikhabarkan 6 orang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka. Mereka pergi pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan juga pada hari yang penuh mulia iaitu hari Jumaat.

Mereka bersahur di dunia, namun berbukanya insyaAllah bersama dengan makhluk langit yang sudah menanti mereka di sana.

Van yang dinaiki mereka telah terbabas dan merempuh sebuah rumah kayu yang berada di tepi jalan. Mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai menuju ke Kota Bharu untuk program tadarrus di Madinah Ramadhan, Kota Bharu. Perjalanan mereka adalah untuk ke tempat yang baik dan dengan niat yang baik. Mereka tidak sampai ke Madinah Ramadhan, tapi mungkin mereka sampai di taman-taman syurga.

Van yang merempuh rumah kayu. - Gambar Facebook.

Apa yang terkilan adalah ada lagi sebahagian manusia yang sibuk menyalahkan ustaz pengiring selaku pemandu van tersebut. Sedang manusia yang lain sedang berduka, sibuk pula dia mencari salah siapa. Sudahlah sibuk mencari salah, sibuknya dia sehingga membuat tuduhan-tuduhan yang tidak betul terhadap pemandu van tersebut.

Ada satu posting di Facebook yang mengecam pemandu van kerana memandu dalam keadaan mengantuk sehingga terbabas van yang dibawa. Katanya, ustaz tersebut tidak tahu mendahului mana yang utama kerana terlalu asyik beribadah di malam hari hingga ke Subuh yang menyebabkan dia mengantuk untuk memandu keesokan paginya. Tuduhan apakah yang sebegini? Dikatanya ustaz tersebut adalah seorang abiid (kuat beribadah) yang jahil.

Ya, posting tersebut ditulis oleh orang Melayu, beragama Islam dan seorang rakyat Malaysia. Kadang-kadang, terlintas sama ada orang sebegini mendapat pendidikan yang cukup atau tidak. Mungkin cukup, tetapi pelajaran akhlak dan budi pekertinya mungkin tidak setanding dengan ijazah ditangannya. Jauh nampak tersasar dari nilai-nilai manusia yang bertamadun.

Apa pun yang sebenar, usah sibuk menunding jari menuduh dan mengata orang. Benda yang belum lagi betul dan masih dalam siasatan. Dua guru pengiring yang merupakan ustaz di situ terselamat dan kita tidak berada di tempat mereka, menyelam rasa hati dan perasaan mereka. Bagaimanakah perasaan kita bila berada di tempat mereka? Amat berat perasaan yang terbeban di jiwa mereka.

Yang betul setakat ini, punca kemalangan adalah disebabkan tayar pecah semasa pemanduan dan pemanduan ketika itu adalah sederhana laju. Mungkin 70-80 kilometer sejam? Wallahualam. Doakan mereka agar bersama dengan para soleh dan moga-moga yang terselamat cekal hati dan semangat untuk menempuh hari yang mendatang. Ini adalah ujian Allah buat hambanya yang kuat di bulan Ramadhan penuh keberkatan.

Gambar screenshoot punca kemalangan dari Facebook Ustaz Ubaidillah.

Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia