Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

PENGAKHIRAN 2017

2017 sudah mahu melabuhkan tirai yang pasti tidak akan tersingkap lagi. Maka, tirai 2018 menjadi kesinambungannya. Masa yang telah pergi, tidak sesekali akan kembali namun ianya akan disingkap kembali bersama dengan neraca yang Maha Adil di padang masyar kelak. Diputar kembali masa untuk kita dipertanggungjawabkan apakah yang telah kita lakukan sepanjang masa tersebut dalam mengabdikan diri kepada Allah. Apakah lalai kita itu lebih banyak dari ingatnya kita kepada Sang Pencipta yang Maha Agung? Terkunci rapat bibir kita. Lidah kelu tidak bergerak seperti mana di dunia dahulu. Di dunia mungkin lidah ini yang paling berkuasa. Boleh sembang, mengaku yang diri ini hebat sehingga boleh terbangke bulan bahkan hingga galaksi yang diri sendiri belum pasti kewujudannya. Lidah, adalah raja manusia di dunia. Bermodalkan air liur anugerah tuhan. Siapa sangka, siapa yang dapat memberi jaminan apakah 2018 ini sempat kita habiskan. Yang tinggi imannya mungkin mengharap supaya dapat bertemu la

SYURGA BUATMU ADIK-ADIK TAHFIZ ALHASYIMI

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian kemalangan jalan raya yang menimpa adik-adik tahfiz dari Maahad Tahfiz Alhasyimi di Kuala Krai, Kelantan. Dikhabarkan 6 orang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka. Mereka pergi pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan juga pada hari yang penuh mulia iaitu hari Jumaat. Mereka bersahur di dunia, namun berbukanya insyaAllah bersama dengan makhluk langit yang sudah menanti mereka di sana. Van yang dinaiki mereka telah terbabas dan merempuh sebuah rumah kayu yang berada di tepi jalan. Mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai menuju ke Kota Bharu untuk program tadarrus di Madinah Ramadhan, Kota Bharu. Perjalanan mereka adalah untuk ke tempat yang baik dan dengan niat yang baik. Mereka tidak sampai ke Madinah Ramadhan, tapi mungkin mereka sampai di taman-taman syurga. Van yang merempuh rumah kayu. - Gambar Facebook . Apa yang terkilan adalah ada lagi sebahagian m

PERMULAAN 2017

Mungkin masih belum terlewat untuk satu entry menyambut kedatangan tahun baru. Apa yang ada pada tahun 2017 bakal dicorakkan dengan satu corak yang indah. Mungkin. Mahu saja yang indah, tapi belum tentu indah seperti yang kita inginkan. Boleh jadi indah itu datang selepas berlalunya seribu kecewa. Tapi, usah risau. Hidup ini adalah hidup yang bertuhan. Dan semuanya tak akan berlaku tanpa adanya izin dari Tuhan. Bukankah begitu apa yang kita pegang selama ini? Sebab beruntungnya jadi mukmin dan muslim adalah bilamana dia ditimpa musibah dan ujian dari Tuhan, dia bersabar. Bilamana dia diberi nikmat dan kurniaan, dia bersyukur.